Cari Blog Ini

Ahad, 1 Jun 2014

MB: Kaji keputusan PRK Teluk Intan, DAP sudah buat terbaik

Oleh: Norhayati Umor
 
SHAH ALAM 1 JUN: DAP sudah memainkan peranan dan tugas dengan cara terbaik dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan biarpun Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti amat tipis bagi mempertahan kerusi itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata faktor pengundi luar kawasan yang tidak mengundi merupakan antara punca DAP tidak dapat mempertahankan kerusi itu yang memerlukan kajian mendalam.
Abdul Khalid berkata kegagalan itu juga disebabkan manifesto dan janji yang ditawarkan oleh Kerajaan Pusat menyebabkan pengundi memilih calon daripada BN.
dyana12“Walaupun baru setahunnya berlangsungnya PRU-13, disebabkan kerana pengundi yang tinggal di luar kawasan tidak pulang dan cara promosi calon BN, ia tidak berpihak kepada DAP.
“Dalam PRK ini ada sokongan kuat dari Kerajaan Pusat untuk mempromosikan dan memujuk pengundi untuk memilih calon BN,” katanya dalam sidang media di Dewan Jubli Perak selepas merasmikan kursus perdana Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA), di sini.
Abdul Khalid berkata, namun apa yang positifnya adalah peningkatan sokongan kaum Melayu dalam memberikan undi kepada calon DAP.
“Ada persamaan dengan PRK Kajang, saya merupakan Pengarah pilihan raya PKR, penglibatan komuniti Cina kurang.
MB“Seperti di Kajang, ada sikap selesa antara pengundi Cina di Teluk Intan kerana keputusan tiada kesan besar pada status quo, PRK ini bukan penting dan mereka enggan pulang melaksanakan tanggungjawab,” katanya.
Dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan semalam, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong memenangi pilihanraya itu apabila mendapat 20,157 undi berbanding calon DAP, Dyana Sofya yang mendapat 19,919 undi, memberikannya majoriti tipis iaitu sebanyak 238 undi.
Pada PRK itu, peratusan keluar mengundi adalah rendah iaitu sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir berbanding 80.7 peratus pada Pilihanraya Umum ke 13 lepas.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.
Seah pada PRU 13 menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi manakala calon bebas, Moralingam Kannan mendapat 279 undi.
EZY

Sabtu, 19 April 2014

Enam Orang Pemimpin Tertinggi PR Akan Ditangkap ???

Enam Orang Pemimpin Tertinggi PR Akan Ditangkap ???
SEBERANG JAYA 18 APR: Dengan rasa sebak dan sedih, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kehilangan beliau dan keluarga atas kematian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.
Dalam ceramah Anwar di Seberang Jaya malam tadi, beliau diberitahu oleh isteri mendiang, Gurmit Kaur bahawa Karpal bimbang dengan konspirasi untuk menambah tempoh hukuman penjara Anwar.
"Antara kata-kata terakhir Karpal yang disampaikan oleh isterinya semasa ditemui di kediaman mereka ialah Karpal susah hati kerana kes Fitnah II, kerajaan cuba untuk menambahkan lagi tempoh hukuman penjara Anwar.
"Karpal mahu pulang ke Pulau Pinang untuk mencari jalan dan berfikir dengan tenang cara untuk menyelamatkan Anwar, " ini antara kata-kata yang dinyatakan oleh Karpal kepada isterinya sebelum maut dalam kemalangan tersebut.
Oleh kerana itu, kata Anwar, Karpal sendiri sudah sedia maklum tindakan yang sedang dirancang oleh kerajaan Umno-BN bagi menyumbatkannya ke dalam penjara dalam tempoh yang lebih lama.
Anwar juga berkata usaha untuk menangkap dan memenjarakan pemimpin PR bukan satu perkara baru.
Jelasnya senarai nama pemimpin yang akan dipenjarakan oleh kerajaan Umno-BN sepertimana yang dinyatakan dalam Parlimen baru-baru ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Rafizi Ramli, Tian Chua, Syed Azman dari PAS dann juga Anthony Loke dari DAP.
Dalam pada itu kata Anwar, beliau merasakan Karpal seperti telah menjadi sebahagian dari keluarganya berikutan komitmennya menjadi peguambela sepanjang kes Fitnah II.
"Karpal adalah sebahagian dari keluarga saya dan juga Azizah.
"Kami amat merasai kehilangan beliau sebagai seorang pejuang yang sanggp menentang kezaliman yang diamalkan oleh kerajaan khususnya dalam sistem perundangan negara," kata Anwar.
- keadilandaily.com

Zulkifli Noordin dan Nawawi Ahmad patut belajar dari kenyataan Ling Liong Sik ini..



Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan mendiang Karpal Singh sebagai pelajar yang suka main-main dan selalu gagal dalam peperiksaan.

Dr Ling yang tinggal sebilik dengan Karpal di asrama pada awal 1960-an berkata mereka bersama-sama menuntut di Universiti Malaya di Singapura.

"Kami menginap di asrama yang sama di Dunearn Road di Singapura dan saya mengingati beliau sebagai seorang pelajar nakal yang selalu gagal dalam peperiksaan.

"Semasa saya menjadi presiden kesatuan pelajar, Karpal masih di semester satu sebagai anggota jawatankuasa," kata beliau kepada pemberita sebelum memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di George Town semalam.

Beliau berkata, pada suatu ketika, Karpal bertekad untuk lulus semua kertas peperiksaan dan memperoleh ijazah untuk menjadi peguam yang dihormati dan beliau telah membuktikannya.

Ketika ditanya mengenai persahabatannya dengan Karpal, Dr Ling berkata kedua-dua mereka menjalin "hubungan rapat secara senyap" memandangkan mereka menyertai parti politik yang berbeza selepas memperoleh ijazah.

"Pernahkah anda mendengar Karpal memarahi Liong Sik atau saya memarahi Karpal. Tidak, kami tidak pernah memarahi satu sama lain di sebalik berbeza fahaman politik. Saya hanya memarahi DAP dan beliau cuma memarahi MCA.

"Saya amat merasai kehilangan Karpal dan negara juga kehilangannya," kata bekas menteri pengangkutan itu yang kelihatan sebak apabila menceritakan mengenai kawan lamanya.

Bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu pula berkata Karpal selalu membangkitkan persoalan bagi kepentingan rakyat dalam sidang Dewan Rakyat.

"Saya dan beliau sama-sama menghadiri sidang Parlimen (Dewan Rakyat) selama beberapa tahun dan setiap kali beliau membangkitkan soalan, ia selalu untuk faedah rakyat.

"Apa sahaja soalan yang beliau bangkitkan, saya akan memberi jawapan yang memuaskan. Saya akan menyediakan maklumat lanjut jika beliau memerlukan penjelasan selanjutnyua.

"Pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada negara dan saya berasa amat sedih kerana kami telah kehilangan seorang rakan yang karib," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau mengenali Karpal semasa sama-sama menjadi anggota Parlimen pada 1986.

"Kami mungkin berbeza pendapat semasa perbahasan di Parlimen tetapi di luar, kami masih berkawan dan saya rasa pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada negara," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata kerjaya politik Karpal lebih cemerlang daripada kebanyakan orang yang seangkatan dengannya pada masa itu.

"Karpal meninggalkan warisannya untuk dikenang oleh rakyat Malaysia terutama dalam politik dan juga dalam kalangan pengamal undang-undang," katanya.

Mereka yang memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di kediamannya di Jalan Utama di George Town semalam termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow, ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Karpal Singh terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pukul 1.10 pagi kelmarin. Mendiang berusia 74 tahun.

Turut terbunuh dalam nahas itu ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornelius, 39 ~ Bernama