Cari Blog Ini

Ahad, 1 Jun 2014

MB: Kaji keputusan PRK Teluk Intan, DAP sudah buat terbaik

Oleh: Norhayati Umor
 
SHAH ALAM 1 JUN: DAP sudah memainkan peranan dan tugas dengan cara terbaik dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan biarpun Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti amat tipis bagi mempertahan kerusi itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata faktor pengundi luar kawasan yang tidak mengundi merupakan antara punca DAP tidak dapat mempertahankan kerusi itu yang memerlukan kajian mendalam.
Abdul Khalid berkata kegagalan itu juga disebabkan manifesto dan janji yang ditawarkan oleh Kerajaan Pusat menyebabkan pengundi memilih calon daripada BN.
dyana12“Walaupun baru setahunnya berlangsungnya PRU-13, disebabkan kerana pengundi yang tinggal di luar kawasan tidak pulang dan cara promosi calon BN, ia tidak berpihak kepada DAP.
“Dalam PRK ini ada sokongan kuat dari Kerajaan Pusat untuk mempromosikan dan memujuk pengundi untuk memilih calon BN,” katanya dalam sidang media di Dewan Jubli Perak selepas merasmikan kursus perdana Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA), di sini.
Abdul Khalid berkata, namun apa yang positifnya adalah peningkatan sokongan kaum Melayu dalam memberikan undi kepada calon DAP.
“Ada persamaan dengan PRK Kajang, saya merupakan Pengarah pilihan raya PKR, penglibatan komuniti Cina kurang.
MB“Seperti di Kajang, ada sikap selesa antara pengundi Cina di Teluk Intan kerana keputusan tiada kesan besar pada status quo, PRK ini bukan penting dan mereka enggan pulang melaksanakan tanggungjawab,” katanya.
Dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan semalam, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong memenangi pilihanraya itu apabila mendapat 20,157 undi berbanding calon DAP, Dyana Sofya yang mendapat 19,919 undi, memberikannya majoriti tipis iaitu sebanyak 238 undi.
Pada PRK itu, peratusan keluar mengundi adalah rendah iaitu sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir berbanding 80.7 peratus pada Pilihanraya Umum ke 13 lepas.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.
Seah pada PRU 13 menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi manakala calon bebas, Moralingam Kannan mendapat 279 undi.
EZY