Cari Blog Ini

Ahad, 7 April 2013

[HOT] Cincin RM24 Juta: Tak Mustahil Jacob & Co Cuba Lindungi Rosmah - SAMM




P
enjelasan syarikat emas Jacob & Co yang dikaitkan dengan cincin RM24 juta oleh Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan syarikat itu kemungkinan cuba melindungi pelanggannya, kata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, menerusi sekeping gambar, Rosmah dilihat turut memakai gelang bertatah berlian yang dinamakan “Zebra Safari” berharga RM1.65 juta dari syarikat sama, .

“Ironinya gelang tersebut dikeluarkan dari syarikat pengeluar cincin bernilai RM24 Juta. Ia menggambarkan Rosmah sebagai pelanggan yang tidak asing kepada syarikat berpengkalan di New York itu dan tidak mustahil syarikat tersebut cuba melindungi pelanggannya,” kata Badrul.

Semalam tukang emas yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu tampil menjelaskan kononnya cincin kontroversi itu bukan dibawa masuk ke negara di bawah nama Rosmah atau dibeli olehnya.

Dalam wawancara video, Pengarahnya, Philip Nassimi berkata, “Natural Fancy Blue Grade Cushion Diamond Ring” 30.11 karat itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwa.

Mengulas perkara itu, Chegu Bard mempersoalkan mengapa borang kastam K1 digunakan dan bukan borang ATA CARNET yang digunakan khusus bagi tujuan pameran.

Katanya lagi, kenyataan bertulis di parlimen sebelum ini menyatakan cincin itu dipulangkan semula kepada syarikat asal selepas beberapa hari di Malaysia.

Ia katanya, berbeza dengan laporan media bulan lalu yang mengatakan cincin berkenaan dipulangkan selepas setahun.

Menurutnya, persoalan-persoalan ini lebih banyak menimbulkan kecurigaan, termasuk masa yang lama untuk menjawab isu itu.


“Mengapa pihak syarikat pengeluar membuat kenyataan berbentuk video hanya setelah hampir dua tahun isu ‘cincin Imelda Rosmah RM24 juta’ menggemparkan negara?

“Mengapa begitu lama masa diambil? Dua tahun adalah tempoh yang sangat lama untuk menjawab satu dakwaan serius,” kata Chegu Bard.

PANAS: Ini puncanya DSAI digelar ejen Sulu... [Baca...]


Pertemuan Anwar semasa menjadi TPM dengan Nur Misuari yang digunakan untuk memfitnah jadi ejen Sulu

PRU13 : Anwar mengaku pernah jumpa Misuari tapi ketika jadi TPM..Tapi bukan jumpa Sultan Sulu...!!!

TANAH MERAH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuannya dengan bekas gabenor Mindanau, Nur Misuari adalah atas peranannya membawa keamanan serantau dan ia berlaku ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri.

Katanya, perjumpaan tersebut dibuat ketika beliau memegang jawatan sebagai timbalan perdana menterI dan menerima jemputan Presiden Fidel V Ramos bagi membantu menyelesaikan perdamaian antara Filipina dan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

"Saya diundang sebagai timbalan perdana menteri ke rumah Presiden (Filipina) Ramos. Beliau kemudiannya menelefon Nur Misuari dan minta saya pujuk Musuari bagi menyegerakan proses damai tersebut.

"Saya sokong perjanjian damai itu kerana mereka orang Islam. Selesai perjanjian, beliau kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao)d an sebagai tanda sokongan bagi pihak Presiden Ramos, saya pergi melawat, saya bawa pegawai-pegawai dan peniaga bagi bantuan serta biasiswa kepada anak-anak di sana," katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah di sini, malam, semalam.

Anwar berkata, kemudiannya, Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat Unit Perancangan Ekonomi.

Katanya, semua pemimpin negara pernah bertemu Nur Misuari termasuk Dr Mahathir memandangkan Nur Misuari adalah bekas Gabenor Mindanao.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

"Saya didakwa sebagai pengkhianat negara apabila menyanyikan lagu Sabah akan hilang. Maksud saya, Sabah akan hilang di tangan Umno tetapi bukan dari Malaysia.

"Mereka (Umno) sewenangnya menuduh saya dan melibatkan saya dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal, termasuk ejen pengganas Sulu," katanya.

Tian Chua dihalang masuk ke Sabah oleh UMNO



Pengganas Sulu yang lengkap bersenjata dibenarkan berada di Sabah lebih dari 21 hari sebelum mereka dianggap sebagai Pengganas oleh pemimpin UMNO/BN..

Mereka tidak diusir ketika berada disana biarpun mereka lengkap bersenjata, malah Kerajaan UMNO/BN mengambil pendekatan berunding dengan mereka biarpun jelas sama sekali mereka menceroboh dengan lengkap membawa senjata.

Bagaimanapun, semuanya berubah bilamana pengganas tersebut membunuh dua anggota Keselamatan negara..

Menurut Najib, kenderaan mereka telah diserang dengan mortar oleh pengganas-pengganas yang kebanyakkannya memiliki IC yang diberikan oleh Kerajaan UMNO/BN sendiri.

Malangnya hingga kini tidak kelihatan langsung gambar kenderaan Polis yang menjadi mangsa serangan Pengganas-pengganas itu seperti yang didakwa oleh Najib..

Itu cara UMNO/BN menangani pengganas yang menceroboh negara lengkap dengan senjata.. 21 hari bertapak, mereka cuba dipujuk..

Tetapi ini pula pendekatan yang diambil UMNO/BN  bagi menangani rakyat Malaysia yang hendak ke Sabah.. baru bertapak dah kena halau...
Tian Chua dihalang masuk ke Sabah

KUALA LUMPUR, 7 April — Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dihalang untuk masuk oleh penguatkuasa imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan terus dinaikkan pesawat seterusnya ke Kuala Lumpur tanpa sebarang sebab.

Ahli parlimen Batu yang baru-baru ini didakwa menghasut kerana mengaitkan pencerobohan Lahad Datu dengan Umno, mengesahkan perkara ini kepada The Malaysian Insider pada 11.40 pagi tadi beliau dalam pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur dari KKIA.

“Dalam pesawat untuk pulang sekarang,” katanya dalam satu mesej sistem pesanan ringkas (SMS).

“Tiada alasan diberikan,” tambah beliau apabila ditanya apakah pegawai imigresen di Sabah menjelaskan mengapa mereka menghalang beliau masuk.

Dalam satu kenyataan dari ibupejabat PKR, mengesahkan Chua ditahan untuk masuk ke Sabah di KKIA dan kemudiannya dimaklumkan kerajaan negeri telah mengeluarkan perintah halangan masuk kepadanya.

Awal sebelum itu Chua menulis di akaun Twitternya mengenai halangan masuk ke Sabah mengatakan: “Ditahan di lapangan terbang Kota Kinabalu oleh Imigresen, kerajaan Sabah menghalang kemasukkan saya dan akan dihantar pulang ke KL.”

Menurut Timbalan Setiausaha Agung Darell Leiking yang berasal dari Sabah, Chua ke Kota Kinabalu untuk menghadiri dua acara ceramah — satu di Tuaran pada 3.00 petang dan satu lagi di Penampang pada 7.00 petang.

Ketua PKR Penampang itu menyelar penahanan dan mempersoalkan apakah pihak berkuasa takut dengan kehadiran Chua di Sabah.

“Apa yang telah terjadi sehingga pihak berkuasa begitu takut dengan Tian Chua?” katanya dalam satu kenyataan melalui WhatsApp.

“Pendatang haram dibenarkan berleluasa dengan gembiranya tanpa ditahan dan rakyat Malaysia tulen dihalang masuk ke negeri ini!” tambah beliau.

Chua didakwa pada 14 Mac kerana dikatakan menghasut apabila membuat kenyataan serangan tembakan di Lahad Datu dipercayai satu konspirasi yang dirancang oleh kerajaan Umno untuk mengalihkan perhatian orang ramai dan menakut-nakutkan mereka dan kejadian itu menimbulkan keraguan di atas wayang mainan kerajaan Umno ~ The Malaysian Insider

Apa cerita ni?..

Ini baru betul seperti kata pepatah.. Kera dihutan disusukan.. anak sendiri mati kelaparan..

Kenapa Melayu Perlu Undi Pakatan?




Setelah lama berdiam diri, bekas defakto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim menulis dan meminta orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.

"Kepada mereka (orang Melayu), saya cadangkan, inilah peluang anda untuk mendapat kerajaan baru.

"Kerajaan baru akan membolehkan anda membuat perbandingan antara yang ada sekarang dengan yang baru," tulis Zaid dalam blognya.

Menurut Zaid, rakyat telah diberitahu dari masa ke semasa bahawa hanya Umno dan BN boleh memerintah dan melindungi mereka.

"Adalah lebih baik anda sendiri mengesahkan perkara ini. Macamana kita tahu Pakatan akan terlebih buruk dari Umno kalau kita tidak bagi mereka peluang?" kata Zaid.

Bagi Zaid, rakyat negara ini khasnya orang Melayu tidak patut membiarkan mereka dibuli sentiasa.

"Parti pembangkang yang ada sebenarnya mempunyai Melayu lebih ramai berbanding BN, jadi mereka tidak akan menyusahkan anda," katanya.

Katanya, mereka (Pakatan Rakyat) telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan layak diberikan peluang.

"Apa yang pasti, anda akan mendapat sekolah yang lebih baik, guru yang lebih baik untuk anak anda (kerana mereka lebih memberikan masa untuk mengajar dari berpolitik) dan juga suasana yang lebih selamat dari polis dan tentera.

"Hatta, pendapatan anda akan meningkat dari kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang kurang rasuahnya," jelas Zaid lagi.

Zaid juga berkata, rakyat tidak akan rugi apa-apa dengan mengundi pembangkang.

"Jika pembangkang lebih kuat dengan undi anda tetapi BN tetap menang, anda akan mendapat lebih banyak wang tunai yang akan diberi sebagaimana yang mereka janji.

"Wang dan projek hanya diberikan kepada anda kerana pembangkang kuat, jika pembangkang lemah, tentu anda tidak akan mendapat BR1M 1 dan 2.

"Adalah jelas, jika anda mahukan lebih dari BN, anda undi pembangkang. Belajarlah menghargai undi anda untuk memperbaiki hidup anda," tegas Zaid.

Hadi Awang: Pas kerjasama dengan PKR, DAP kerana tidak menentangnya



Abdul Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
ALOR SETAR - Pas memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti itu tidak menentangnya, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Umno menolak pelaksanaan hukum Islam yang kita (Pas) mahu.
Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. Oleh kerana DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR," katanya semasa berucap melancarkan manifesto pakatan ketiga-tiga parti itu di Kedah di Kompleks Pas Batu 9, dekat sini malam tadi.
Ketika ditanya pemberita selepas itu adakah perkataan syaitan yang digunakannya merujuk kepada Umno, beliau hanya berkata "Itu kena tanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad). Saya hanya mengulangi amanat Tun Dr Mahathir."
(Dr Mahathir pernah dipetik menggunakan pepatah Inggeris "better the devil you know than the angel you don't' yang membawa maksud "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali" tetapi telah diminta bertaubat oleh Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din baru-baru ini kerana dikatakannya Dr Mahathir membuat kenyataan sanggup bersama dengan syaitan.

Ketika mengulas permintaan pemimpin Pas itu, Dr Mahathir dilaporkan berkata Harun Din berkata demikian kerana mungkin beliu tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris sehingga membuat tafsiran sedemikian (devil itu syaitan).
Abdul Hadi mendakwa Umno tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dilaksanakanya apabila parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan PKR.
Katanya konsep itu lebih luas dan berlainan dengan yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, membina rumah orang susah dan subsidi tertentu.
Beliau berkata negara berkebajikan Pas meliputi pemberian susu percuma untuk anak baru lahir, rawatan dan subsidi.
Katanya Pas telah 99 peratus memuktamadkan pemilihan calon untuk di 76 kawasan dalam PRU13 dan nama mereka akan diumumkan bila-bila masa sahaja. - Bernama

Siapa Sidek Baba "Ditelanjangi" Rakan Sendiri, Mengapa DS Anwar 'Diserang' ? Jom Terjah!!




Patutlah sakan Sidek Baba kutuk Anwar!!
Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM.
Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.

Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.
Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.

Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.
Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan “Pak Sheik” bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.
Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek.
Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah.  Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan.  Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang.
Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.
Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.
Malah diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.
Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.
Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan.
Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.
Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.
Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik  yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.
Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable academic paper’ dan tidak ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan.
Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.
Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi.
Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya.
Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.
Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr Mahathir.
Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.
Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba.

Ipoh Perak.
1 April 2013