Cari Blog Ini

Ahad, 7 April 2013

PANAS: Ini puncanya DSAI digelar ejen Sulu... [Baca...]


Pertemuan Anwar semasa menjadi TPM dengan Nur Misuari yang digunakan untuk memfitnah jadi ejen Sulu

PRU13 : Anwar mengaku pernah jumpa Misuari tapi ketika jadi TPM..Tapi bukan jumpa Sultan Sulu...!!!

TANAH MERAH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuannya dengan bekas gabenor Mindanau, Nur Misuari adalah atas peranannya membawa keamanan serantau dan ia berlaku ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri.

Katanya, perjumpaan tersebut dibuat ketika beliau memegang jawatan sebagai timbalan perdana menterI dan menerima jemputan Presiden Fidel V Ramos bagi membantu menyelesaikan perdamaian antara Filipina dan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

"Saya diundang sebagai timbalan perdana menteri ke rumah Presiden (Filipina) Ramos. Beliau kemudiannya menelefon Nur Misuari dan minta saya pujuk Musuari bagi menyegerakan proses damai tersebut.

"Saya sokong perjanjian damai itu kerana mereka orang Islam. Selesai perjanjian, beliau kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao)d an sebagai tanda sokongan bagi pihak Presiden Ramos, saya pergi melawat, saya bawa pegawai-pegawai dan peniaga bagi bantuan serta biasiswa kepada anak-anak di sana," katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah di sini, malam, semalam.

Anwar berkata, kemudiannya, Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat Unit Perancangan Ekonomi.

Katanya, semua pemimpin negara pernah bertemu Nur Misuari termasuk Dr Mahathir memandangkan Nur Misuari adalah bekas Gabenor Mindanao.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

"Saya didakwa sebagai pengkhianat negara apabila menyanyikan lagu Sabah akan hilang. Maksud saya, Sabah akan hilang di tangan Umno tetapi bukan dari Malaysia.

"Mereka (Umno) sewenangnya menuduh saya dan melibatkan saya dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal, termasuk ejen pengganas Sulu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan