Cari Blog Ini

Ahad, 9 Jun 2013

Panas!!! PKR pulau sidang Parlimen 24 Jun ini

Tian Chua
Tian Chua
 
SHAH ALAM – PKR bakal memulaukan sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 24 Jun depan, kata Naib Presidennya, Tian Chua.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan susulan beberapa tuntutan mereka yang tidak ditunaikan.

“Kami hanya menuntut seluruh ahli dalam SPR meletak jawatan, tetapi perkara itu tidak ditunaikan.

“Sebaliknya kerajaan beri input lain dengan mahu membuat jawatankuasa khas (PSC) dan sebagainya,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Batu itu lagi, selagi seluruh ahli dalam SPR tidak letak jawatan pihaknya tidak berminat untuk memberi kerjasama kepada kerajaan.

“Kalau mahukan kerjasama daripada PR dalam perkara yang mahukan muafakat syarat itu perlu ditunaikan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu akan hadir pada hari perasmian kerana menghormati kehadiran Yang di-Pertuan Agong.

“Sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong, kita akan hadir untuk mendengar titah baginda tiada isu mengenai hal ini.

“Tetapi mengenai lain-lain perkara sama ada untuk angkat sumpah, atau menyertai PSC dan pilih wakil pembangkang dalam Parlimen itu kita masih pertimbangkan sama ada mahu bekerjasama atau tidak,” katanya.

Sementara itu, berbeza pula dengan pendirian parti komponen PR, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu yang mereka tidak akan memulaukan sidang Parlimen akan datang.

“DAP tidak ambil tindakan seperti itu, kami akan hadir seperti biasa. Soal (pulau) atau tidak terpulang pada pendirian mereka (PKR),” katanya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah Parlimen sebagai tunjuk rasa kesal terhadap keputusan PRU13 yang didakwa wujud unsur penipuan.

SinarHarianOnline

Sabtu, 8 Jun 2013

PENJELASAN : DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH


Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
9 Jun 2013  

PENJELASAN : DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH

Selepas sidang media #SuaraRakyat505 pada 6 Jun lepas yang menggesa ahli parlimen yang prihatin dengan penipuan pilihanraya dan masa depan demokrasi Malaysia agar memboikot majlis mengangkat sumpah di parlimen yang dijadual berlangsung pada 24 Jun akan datang, maka banyak respon yang diperolehi.

#SuaraRakyat505 ialah gabungan hampir 60 NGO yang diwujudkan untuk mengembalikan maruah rakyat Malaysia yang telah 'dihina' dengan PRU ke 13 yang penuh dengan penipuan dan manipulasi. Semua organisasi yang bergabung atas nama #SuaraRakyat505 menuntut 3 perkara :

1. Pengerusi dan semua anggota Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang bertaraf kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) harus letak jawatan bagi memberi laluan pembentukan SPR baru yang lebih berkredibeliti yang dipilih melalui pendengaran awam dan bertanggungjawab penuh terus dibawah Parlimen Malaysia.

2. Pilihanraya semula dikawasan berjaya ditampilkan di tengah rakyat bukti penipuan tidak kira sebelum itu dimenangi oleh Bn atau PR
 
3. Tribunal Rakyat seperti yang dianjurkan BERSIH harus dilaksanakan dan disokong oleh semua pihak. Satu perlindungan saksi dan wajib hadir harus dilaksanakan.

Pada 25 Mei 2013 di Padang Timur (depan Amcorp Mall), Petaling Jaya tentu ramai tidak melupakan kehadiran lebih 70,000 orang sempena Pelancaran #suararakyat505 dalam Fiesta Rakyat menuntut Demokrasi.

#SuaraRakyat505 juga mengajak rakyat yang prihatin untuk menjadi proaktif agar terlibat sama dalam mengegerak dan menyusun massa rakyat. Maka telah dilancarkan Sukarelawan #SuaraRakyat505 (Rakyat Warriors) dan kami mensasarkan 500,000 keanggotaan menjelang hujung tahun ini. Bagi yang berminat menjadi sukarelawan, terdapat link untuk mengisi butiran secara online - Sila klik di sini. Sejak dibuka 25 Mei lepas sambutan di luar jangkaan, jaringan sukarelawan ini akan menjadi tapak mobilisasi yang kuat.

#SuaraRakyat505 melihat selain dari menyusun tekanan dengan protes massa yang besar namun kesedaran rakyat harus digerakkan menjadi tumpuan utama juga. Justeru itu kami menerbitkan risalah, dvd dan bahan - bahan seumpamanya. Minggu hadapan akan dilancarkan DVD dan Risalah khas untuk edaran seluruh negara menerangkan apa yang dikatakan penipuan PRU ke 13 itu. Ia akan dibuat dalam bentuk paling mudah difahami melalui beberapa siri perbincangan anggota gabungan.

#SuaraRakyat505 memikirkan isu penipuan PRU 13 ini harus terus diangkat dan SPR harus letak jawatan segera. Kini regim bukan sekadar cuba mendiamkan isu ini tetapi sedang merancang lebih jahat lagi. Pindaan undang - undang sedang disusun bagi memperkukuhkan kuasa SPR. Malah pensempadanan semula juga sedang dirancang dengan cuba memaksimakan jumlah kerusi Parlimen khususnya yang menyokong Bn. 

Sudah tentu kerja kerja jahat ini akan ditutup dengan selimut transformasi, pembaharuan seperti mana mereka mengatakan tuntutan BERSIH ditunaikan tetapi lihatlah dakwat dijari pun 5 minit usia hayatnya. Jangan lepas bergaya mengangkat sumpah tetapi menjadi sebahagian dari anggota dewan yang akan hanya mampu melihat undang - undang jahat ini diluluskan begitu sahaja, rakyat akan muak ! Gunakan hak boikot 24 Jun !

Jika ini semua tidak ditahan maka PRU ke 14 ialah kubur yang baik untuk gerakan progresif di Malaysia. Oleh kerana itu kita harus sepakat ia bukan persoalan PRU ke 14 kerana jika dibiarkan PRU ke 14 itu lebih menipu. Persoalan sebenar ialah PRU ke 13, SPR bagi pihak regim menipu dan memanipulasi PRU ke 13, hak rakyat dicuri maka segala kekuatan harus digabungkan untuk merampas semula kemenangan rakyat dalam PRU ke 13. 

Ini bukan soal siapa menang atau kalah, ini soal maruah. 24 Jun dimaklumkan sebagai hari mengangkat sumpah ahli parlimen. Bagaimana mahu diadakan Majlis akad sumpah apabila banyak lagi yang belum selesai dalam proses PRU ke 13 ? 

Maka #SuaraRakyat505 dengan ini menyeru agar tarikh 24 Jun itu diboikot oleh semua yang berani atau berdiri sebagai pejuang rakyat. Tarikh tersebut akan menjadi perhatian dunia. Sedikit pujian buat ahli parlimen yang sudah sedikit berani apabila menyatakan akan memboikot sesi taklimat parlimen. Tetapi ia cuma taklimat ayuh langkah sedikit lagi berani !

Mungkin akan ada yang berdegil atau takut kempunan memakai pakaian rasmi parlimen, kamu boleh angkat sumpah di hari lain tetapi ambil lah peluang untuk tunjukkan keberanian pada 24 Jun itu. Ini juga merupakan ujian buat Pakatan Rakyat sama ada benar ia merupakan organisasi yang sanggup mengambil kata putus dan bersatu bersama rakyat atau sekadar menggunakan nama rakyat bagi mendapat tempat.

Kamu ada banyak masa untuk berkhidmat dan bercakap untuk rakyat, menggubal polisi dan dasar selepas itu tetapi cuma tarikh 24 Jun itu bersatulah wahai semua pejuang yang dipilih rakyat, tunjukkan pada dunia kita masih ada maruah. 

Kita tidak melawan sistem negara raja dan parlimen berperlembagaan ini tetapi atas maruah tanahair dan rakyat kita harus bersatu menyelamatkan masa depan. Kita tidak punya banyak pilihan.

Yakinlah tarikh 24 Jun itu akan menjadi titik penting sejarah dan anda semualah 89 wira yang akan dikenang. Ia peluang terakhir untuk melihat negara mampu punya sebuah kerajaan yang takut dengan rakyat, ia peluang terakhir melihat rakyat benar - benar merdeka.

Rakyat yang bersatu tak mungkin akan dikalahkan !

Inikalilah !!!

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
(SAMM ialah antara gabungan dalam #SuaraRakyat505)

PS: Ini link borang sukarelawan - http://bit.ly/11hj0a7

MIC Ancam Boikot Kerajaan BN Perak



KUALA LUMPUR, 8 Jun — MIC mengugut untuk menolak semua jawatan kerajaan di Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dari Umno, jika jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak diberikan kepada salah seorang pemimpin mereka.

Dalam satu kenyataan kepada media, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengatakan partinya hanya akan kekal sebagai mesra Barisan Nasional (BN) di Perak akan tetapi tidak akan menerima sebarang jawatan ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) di negeri dipimpin Umno itu.

Parti itu juga akan menolak pelantikan jawatan pegawai khas dan penasihat kepada Menteri Besar kata ahli Parlimen Cameron Highland itu.

"Apabila pembangkang mengetuai kerajaan negeri Perak, jawatan Speaker diberikan kepada orang India," katanya (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.TMI

Hantu Altantuya Terus Buru Najib: Delegasi Mongolia Tuntut Jawapan Kematiannya




D
elegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya

Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpurmenggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.

"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.

Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"
~mk

Fakta Yang Memeranjatkan Rakyat Malaysia.. Saksikanlah!!


KUALA LUMPUR 8 JUN: Seorang pengundi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan kehilangan 62,286 undi atau ia tidak dikembalikan dalam data yang dipamerkan.

Tuntutan itu dibuat oleh Mohd Azlan Mohd Sharif, seorang pengundi di P146 Muar melalui suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam, 7 Jun.“Saya membuat analisis terperinci dan menemui terdapat 62,286 undi hilang atau tidak dikembalikan. 

Hal ini menyebabkan saya serius untuk bertanya kepada pihak SPR selepas mendapatkan warta PRU13 nanti,” kata Azlan dalam suratnya.

Menurut Azlan, beliau dapat membeli warta PRU13 di Kedai buku Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Satu, Chan Sow Lin pada 27 Mei 2013 (walaupun diwartakan pada 22 Mei 2013) dan Corrigendum PRU13 pula beliau beli pada 5 Jun 2013 (diwartakan 31 Mei 2013).

“Saya sangat terkejut dalam analisa saya pada 27 hingga 30 Mei 2013 mendapati 53,045 undi hilang (berdasarkan warta PRU13 pada 22 Mei 2013), salah kira undi, maklumat yang berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluarkan di Parlimen dan DUN dan kerusi Parlimen dan DUN berbeza maklumat sebelum dan selepas diwartakan.

“Saya mengetahui warta corrigendum pada 31 Mei 2013 apabila mencari maklumat di website pejabat peguam negara iaitu http://www.federalgazette.agc.gov.my/,” katanya.

“Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan pihak Yang Berbahagia Tan Sri berkenaan KEBANYAKAN MAKLUMAT DALAM WARTA KEPUTUSAN PRU13 (22 MEI 2013) DAN CORRIGENDUM KEPUTUSAN PRU13 (31 MEI 2013) BERBEZA DENGAN PENGUMUMAN OLEH PEGAWAI PENGURUS (mengikut BORANG 16-Borang Keputusan Pertandingan) pada 5 Mei 2013,” kata Azlan dalam suratnya seperti dilapor Harakah Daily.

Surat itu turut diberikan salinan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). ~keadilandaily

LKS Tak Setuju..!!


DAP tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah bagi ahli Parlimen (MP) pada 24 Jun ini, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.

Akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau melaporkan Lim sebagai berkata walaupun DAP tidak puas hati dengan sistem pilihan raya, tetapi ia akan memfailkan petisyen pilihan raya.

MP Gelang Patah itu mengulas gesaan gabungan NGO supaya ahli Parlimen memulaukan upacara angkat sumpah sebagai memprotes dakwaan penipuan dan penyelewengan dalam pilihan raya umum ke-13.

Ahli Parlimen Pakatan yang lain termasuk MP Seremban, Anthony Loke dan MP Pandan, Rafizi Ramli, dilaporkan telah berkata bahawa pembangkang akan memulaukan taklimat kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada hari Selasa.

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim juga telah enggan mengemukakan sebarang soalan untuk sidang pertama Dewan Rakyat dan dilaporkan sedang menimbang untuk memulaukan sesi pembukaannya.

Sebaliknya, Ketua Publisiti MCA Heng Seai Kie menyifatkan laporan tindakan memulau itu oleh ahli Pakatan Rakyat sebagai "kebudak-budakan, tidak matang dan tidak bertanggungjawab".

Rahsia BN Menang PRU 13 Tersebar..


'BN menang majoriti mudah dengan hanya 20% undi PRU13'BN membentuk kerajaan dengan memenangi sebahagian besar daripada 130 kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang paling kecil.

Menurut peguam Andrew Khoo, BN menang 112 kerusi daripada kawasan pilihan raya tersebut untuk mendapat majoriti mudah.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pengundi yang memilih BN di 112 kerusi tersebut hanya terdiri daripada hampir 20 peratus daripada jumlah  pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Pada dasarnya begitulah bagaimana BN menang pilihan raya tersebut," kata pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dalam satu forum hari ini. ~malaysiakini