Cari Blog Ini

Selasa, 18 Disember 2012

[Gambar Yang Kita Tidak Mahu Lihat] Stadium Sultan Mizan


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Dari laman FB BM – Bolasepak Malaysia
Terperanjat admin tengok padang dan keadaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu yang satu ketika berdiri megah mengacarakan Sukma sebelum tumbang kerana salah pilih teknologi yang sesuai dengan keadaan cuaca dan angin laut.
Bukan setakat rumbut tumbuh meninggi dan banyak pokok di kawasan yang dahulunya pernah menjadi gelangang akhir perlawanan bolasepak Sukma yang menyaksikan lahirnya bintang seperti Ashari Samsuddin.
Harapan agar stadium ini dibaik pulih untuk digunakan tak lama lagi. Rugi kalau tidak dibaik pulih sebab pembuatan sahaja dah memakan beratus juta.
Kredit Foto – TERENGGANU FC

Ibrahim Ali cemas takut karier politiknya terkubur


KUALA LUMPUR, 18 Dis — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengatakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali (gambar) dalam keadaan “cemas” hingga terpaksa mengarahkan ahlinya menyokong MCA dalam pilihan raya nanti walaupun parti tersebut sering mengguris hati orang Islam dan kaum Melayu.
Walaupun menyedari MCA sebagai lantang mengkritik orang Melayu dan Islam, Ibrahim menyeru ahlinya mengenepikan perkara tersebut demi kemenangan Umno dan BN pada persidangan Perkasa hujung minggu lalu.
“Dia (Ibrahim) sudah cemas.
“Pilihan raya kali ini mungkin yang terakhir buatnya sebab itu dia berkata demikian, kariernya politiknya akan terkubur,” kata Senator Dr Ariffin SM Omar kepada The Malaysian Insider.
Ariffin juga mengecam Ibrahim yang sering menuduh DAP sebagai anti Melayu dan Islam, tetapi demi kepentingan diri sendiri sanggup mempertahankan MCA hanya kerana mahu menang pilihan raya nanti.
“Ibrahim Ali perlu beri sebab kenapa orang Melayu perlu sokong MCA. Atau adakah ini kerana kepentingan politik?” kata Ariffin yang baru dilantik ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.
Ahli parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad pula memberitahu The Malaysian Insider kenyataan Ibrahim bukan sesuatu diluar jangkaan memandangkan kesetiaan ahli parlimen Pasir Mas itu kepada Umno dan BN.
Khalid mendakwa presiden Perkasa tersebut tidak mempunyai “wawasan politik” dan masih lagi mengamalkan sikap politik “lapuk” untuk meraih sokongan.
“Ini membuktikan Ibrahim Ali tidak mempunyai wawasan politik, kaedah yang digunakannya sudah lapuk dan lama,” kata Khalid.

“Ia bukan sesuatu yang menghairankan, ini membuktikan beliau menyokong kezaliman sekalipun melanggar prinsip Islam dan menghina orang Melayu.”
Menurut Khalid, perkara tersebut adalah formula Umno dalam BN yakni penguasaan ke atas MCA dan MIC membolehkan mereka menjadi tuan kepada kedua-dua parti tersebut.
“Inilah formula Ketuanan oleh Umno dalam BN, mereka menguasai MCA dan MIC supaya dapat menjadi tuan kepada mereka.
“Ia bukti beliau sanggup mengadai apa sahaja demi Umno,” tegas Khalid.
Pada Oktober lalu, media melaporkan Naib Pengerusi Wanita MCA Senator Heng Seai Kie berkata bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita yang tidak menutup aurat dalam ucapannya pada perhimpunan agung MCA.
Kenyataan tersebut juga mendapat sokongan oleh presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek hingga menyebabkan tercetus kecaman hebat daripada parti Islam tersebut dan penyokongnya.
Walaubagaimanapun, tiada satu pun badan bukan kerajaan Melayu yang pro-Umno seperti Perkasa, Pekida, Jati dan lain-lain tampil mengulas mengenai isu tersebut.
“Tuan-tuan jangan terasa atau terguris hati, saya lagi terguris bila pemimpin-pemimpin MCA buat macam-macam kenyataan.
“Tapi saya tahu, kenyataan-kenyataan oleh MCA itu demi menangkis sikap Chauvinis daripada DAP,” kata Ibrahim pada persidangan NGO tersebut hujung minggu lalu.
“Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA.”
Walaupun menggesa supaya memberi sokongan kepada MCA, Ibrahim pada masa sama mengatakan komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi dan akan mengulangi insiden 13 Mei 1969.
Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu, ketua penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty berkata presiden Perkasa itu berhak untuk berkata apa sahaja tetapi yakin pengundi sudah matang untuk memilih.
“Itu adalah hak Ibrahim Ali tapi rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk memilih. Jadi rakyat juga berhak memilih,” ujar beliau.

UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA


saksikan videonya di bawah.

Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! #TumbangBN Malaysia Sejahtera!

PANAS!!! Najib & Dr M Akan Tinggalkan Negara Ini


 KL: Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir, sibuk untuk meninggalkan negara ini..Begitu, PAS penuh keyakinan, perpindahan kuasa yang akan berlaku dalam pilihan raya ke 13 nanti bakal berjalan dengan penuh keamanan. Pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.

"Ketika itu, Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka.
"Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihan raya PAS di Kota Bharu baru-baru ini.

Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap  to Putrajaya' PAS ini kepada Harakahdaily. Oleh kerana semua rakyat menyambut baik perpindahan kuasa ini, beliau yakin semua pihak yang mendokong negara termasuk angkatan tentera dan polis tidak akan bertembung dengan kehendak rakyat.

"Apabila rakyat membuat keputusan yang jelas memberikan mandat kepada Pakatan, saya yakin semua aparatus negara akan bersama rakyat kerana terlalu tinggi risiko yang diambil kalau mereka tidak bersama rakyat," kata Husam penuh keyakinan. 

80 kerusi

Maklumat terbaru yang beliau terima menunjukkan BN bakal mendapat hanya sekitar 80 dari 122 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihan raya ke 13 nanti. Beliau juga diberitahu, para pengundi Melayu juga sudah berubah termasuk di kawasan Felda seiring dengan  kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Selangor.

"Apabila ini berlaku, masalah yang bakal dihadapi oleh PAS dan parti-parti dalam Pakatan adalah menghadapi permohonan berbondong-bondong para wakil rakyat BN untuk menyertainya.

"Kita tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk menapis mereka sedangkan kita perlu membuat keputusan segera," kata Husam yang merupakan antara pakar strategi PAS itu.

Sebelum ini, Husam yang mula-mula mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan membuat pilihan raya berasingan dari kerajaan pusat jika tarikh yang dipilih BN tidak sesuai dengan Pakatan. Akibatnya, Selangor bertegas tidak mahu mengadakan pilihan raya awal dan menghalang Najib dari menetapkan tarikh pilihan raya bersendirian.

Oleh itu, bagi Husam, apa yang berlaku sekarang mencapai sasaran kenyataan beliau hari itu iaitu BN perlu berunding dengan Pakatan dalam menetapkan tarikh pilihan raya atau menolaknya sehingga ke hujung waktu.
(IH)

Bekas pegawai tinggi polis milik 4 unit flat kos rendah?'


Aidila Razak
PKR hari ini menuntut penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimana seorang bekas pegawai tinggi polis dapat membeli sekurang-kurangnya empat rumah pangsa kos rendah di Miharja di pusat bandar Kuala Lumpur.

Ketua biro hak pengguna PKR, Yahya Sahri mendakwa maklumat itu diperolehinya melalui carian hartanah dengan DBKL.

Menurutnya, carian itu dibuat pada tahun 1999 sebaik sahaja
selepas pegawai bersara.

"Flat itu dimiliki oleh beliau dan isterinya.

"Orang awam yang layak terutamanya yang tinggal di bandar terpaksa menunggu giliran tetapi pegawai polis ini yang turut memiliki aset lain dapat membeli flat kos rendah ini dengan begitu mudah," katanya.

Selain empat flat di Taman Miharja, bekas pegawai tertinggi polis itu juga didakwa memiliki rumah di Desa Kira, Seputeh, Sri Rampai, Wangsa Maju dan Setapak.

Yahya yang merahsiakan nama bekas pegawai berkenaan mendakwa DBKL menganggarkan rumah di Desa Kiara memberikan pulangan sewa kira-kira RM20,400 setahun.

Sementara tiga unit rumah di Wangsa Maju, Sri Rampai dan Setapak pula masing-masing memberikan pulangan sewa sebanyak RM25,500, RM14,400 dan RM10,200.

Empat unit flat di Taman Miharja pula didakwa memberikan pulangan sewa sebanyak antara RM4,800 ke RM6,000 setahun.

Yahya menegaskan beliau tampil dengan dakwaan itu sekarang walaupun mempunyai maklumat tersebut sejak sekian lama kerana terdapat isu lain yang lebih mustahak sebelum ini.

Beliau juga mendakwa bahawa bekas pegawai polis berkenaan turut mempunyai banyak aset di luar Kuala Lumpur, antaranya di Melaka dan beliau akan mendedahkannya dalam sidang media yang akan datang.

Saya tidak pasti sama ada ketawa atau menangis


Lim Kit Siang
Saya benar-benar tidak pasti sama ada untuk ketawa atau menangis – tahap bahasa Inggeris di Malaysia telah benar-benar jatuh ke paras yang teruk dan memalukan selepas empat dekad pemerintahan Umno BN.
Minggu lalu, Malaysia diaibkan pada peringkat nasional dan antarabangsa apabila laporan Kajian Aliran Dalam Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMMS) 2011 dikeluarkan, kerana kedudukan negara pada gred kelapan Matematik jatuh daripada tempat ke-20 pada 2007 kepada tempat ke-26 pada 2011 sementara kedudukannya di dalam Sains jatuh dengan margin yang lebih besar, daripada tempat ke-21 pada 2007 ke tempat ke-32 pada 2011. Mata purata Matematik negara kita jatuh daripada 474 pada 2007 kepada 440 dan mata purata Sains negara kita jatuh pada tahap lebih teruk daripada 471 pada 2007 ke 426 pada 2011, kedua-duanya jauh lebih rendah daripada purata antarabangsa untuk kedua-dua subjek di dalam TIMSS 2011.

Apa yang lebih teruk, Malaysia juga diaibkan kerana menjadi satu-satunya negara daripada 6 negara daripada 42 negara terlibat di dalam kajian Matematik dan 45 negara terlibat di dalam kajian Sains untuk melihat kejatuhan pada mata Matematik dan Sains juga kedudukan! Kebanyakkan negara lain sama ada mata dan kedudukan mereka bertambah baik atau kekal pada tahap sebelumnya.

Akan tetapi pencapaian teruk pelajar kita di dalam matematik dan sains apabila dibandingkan dengan pencapaian pelajar antarabangsa bukanlah satu-satunya kerosakan sistem pendidikan Malaysia.

Satu lagi bidang yang sama kritikal yang mana sistem pendidikan Malaysia telah gagal dengan teruk adalah subjek Bahasa Inggeris, yang telah digambarkan dalam tempoh 24 jam lalu membuatkan saya tidak pasti untuk ketawa atau menangis.

Semalam saya telah mengeluarkan kenyataan yang mana saya mengatakan: “Saya berhasrat memohon maaf kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin UMNO/BN yang lain kerana telah dipilih meyertai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (JTP) DAP pada Kongres DAP ke-16 – dan dengan undi tertinggi.”

Saya benar-benar tercengang apabila ada pemimpin dan penyokong UMNO/BN membacanya secara literal dengan maksud saya benar-benar menyedari “salah laku” saya dan saya telah mengakui Najib betul.

Adalah sangat tidak masuk akal bahawa pemahaman Bahasa Inggeris yang sebegitu lucu boleh terjadi di Malaysia 40 tahun lalu!

Baru-baru ini, kita melihat seorang Menteri Besar yang pemahaman Bahasa Inggerisnya begitu teruk sehingga beliau dapat “mencipta” kiasan dalam Bahasa Inggeris hanya yang beliau sahaja faham – apabila beliau mengatakan tentang “mengerat telinga beliau” dan “terjun ke dalam sungai” di Pahang sekiranya MCA tewas kepada DAP di Bentong dalam pilihan raya umum ke-13.

Setiap orang yang mencari di internet cuma dapat menemui kiasan seperti "cutting the nose to spite the face" dan "jumping into the lake" bukannya "cutting my ears" atau "jumping into the river"!

Sudah tentu, rakyat Malaysia tidak dapat lupa tentang seorang lagi Menteri Besar yang mendakwa dirinya tidak tahu berbahasa Inggeris sebagai justifikasi membawa tunai RM1 juta ke Australia!

Malaysia adalah negara dengan pelbagai krisis di dalam tadbir urus dan pembinaan bangsa, termasuklah pelbagai krisis di dalam pendidikan.

Marilah kita lebih serius berkenaan pendidikan, tadbir urus yang baik dan pembinaan bangsa serta berhenti membuatkan diri kita bahan jenaka antarabangsa.

Harussani jadilah mufti agama, bukan mufti Melayu


Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diharap dapat menjadi mufti Islam, bukan mufti Melayu supaya kewibawaan beliau dihormati.
Persepsi umumnya beliau lebih banyak mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat daripada mengkritik Umno, seolah-olah Pakatan Rakyat ini merbahaya kepada Melayu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, lebih malang lagi pada fahaman beliau mesti mempertahankan Melayu dan bersatu atas nama Melayu.

“Salahkah PAS dan Pakatan Rakyat menentang Melayu perasuah, pengkhianat, penindas sesama bangsa.

“Doktrin yang beliau pegang, amat memburukkan Islam di kaca mata orang bukan Islam. Manhaj mana yang beliau rujuk?” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Nabi Muhammad SAW tidak pernah mendahului Arab daripada Islam.

Menurutnya, peperangan yang baginda bertempur ialah sesama Arab dahulu, sebelum baginda melawan Parsi dan Rom.

Jelas Idris lagi, walau pun baginda menyatakan di dalam hadisnya "pemimpin mesti di kalangan Quraisy", baginda menyebut hadis itu apabila ketika itu orang Arab yang kuat, apabila mereka berpegang dengan Islam.

“Apabila Arab sudah lemah, syarat ini tidak terpakai lagi,” jelasnya lagi.

Idris berkata, sejarah tercatat yang membebaskan Baitul Maqdis ialah Salahudin al-Ayyubi dari bangsa Kurdis, bukan Arab.

Begitu juga, ujar beliau Kesultanan Melayu Melaka berjaya menguasai hampir 2/3 Kepulauan Melayu kerana Islam bukan kerana Melayu.

Justeru, beliau mempersoalkan kenapa Harussani takut sangat dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau juga mengajukan pertanyaan kepada mufti itu, berapa masjid yang ditutup oleh Datuk Seri Nizar semasa PR memerintah 11 bulan di Perak.

“Berapa masjid YAB Lim Guan Eng tutup di Pulau Pinang? Adakah kerajaan Pulau Pinang menangkap guru-guru agama yang mengajar di surau dan masjid?

“Adakah Harussani menegur sikap kerajaan Umno yang memerintah Selangor dahulu yang menutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Surau di Taman Puchong Perdana, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi.

“Bukankah ini kerajaan Melayu? Apakah Melayu seperti ini yang kita hendak sokong?” soalnya lagi.

Beliau berkata, Tanah Rizab Melayu hilang seluas 1.3 juta hektar setelah 38 tahun merdeka (1995) dan sekarang sudah 55 tahun merdeka, berapa banyak tanah Melayu hilang.

“Kenapa beliau tidak bersuara dengan lantang wang pampasan buruh paksa yang telah diberi oleh kerajaan Jepun sebanyak RM207 bilion lesap?

“Bukankah yang menjadi mangsa ini majoriti Melayu, yang telan duit ini juga Melayu,” katanya.


Menurutnya, Harussani hendaklah ingat bahawa PAS bersedia untuk dikritik, tetapi biarlah dengan fakta.

“Dalam masa yang sama beliau sebagai mufti jangan lupa pula untuk menegur kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan.

“Jika beliau takut untuk kritik penyelewengan kerajaan BN lebih baik beliau diam daripada menjadi pelampung Umno untuk menyelamatkan kapal yang sudah hendak karam,” ujarnya lagi.