Cari Blog Ini

Isnin, 4 Mac 2013

Nazri Aziz Yakin BN Boleh Terima Hakikat Sekiranya Kalah PRU-13


nazri aziz persidangan PRU 13 01
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini melahirkan keyakinan perlalihan kuasa akan berjalan dengan lancar sekiranya BN tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) ke-13 nanti.
Menurut beliau, ini dibuktikan ketika peralihan kuasa yang berlaku di empat buah negeri yang menyaksikan BN tumbang di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dalam PRU-12 pada 2008.
“Tiada sebab untuk BN tidak boleh terima keputusan rakyat.
“Kita sedar kita tak dapat mandat rakyat di negeri-negeri itu dan kita hormati keputusan rakyat,” kata beliau di hadapan kira-kira hampir 100 delegasi Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Ke-13 Malaysia di Kelab Perdana Diraja, di sini.
Dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, PRU-13 yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi dianggap sebagai pilihan raya yang paling berkemungkinan berlaku pertukaran kerajaan persekutuan.
Bagaimanapun sesetengah pemerhati melahirkan kebimbangan mereka ada sesetengah penyokong BN tidak dapat menerima kekalahan sekaligus menimbulkan suasana tidak aman dan tidak stabil negara.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri dalam ucapan beliau dalam Perhimpunan Agung Umno pernah menyeru agar ahli-ahli Umno mempertahankan Putra Jaya hingga ke titisan darah terakhir.

Takbirrr : Gambar Terbaikk dari YDP PAS Semporna.. { Kes Lahad Datu } Berani Tanggung Risiko..Takbir



Pimpinan PAS Semporna berani tanggung risiko turun kekawasan kejadian untuk mengetahui lebih dekat lagi keadaan semasa [ 3 gambar ] 



YDP PAS Semporna menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda berterima kasih kepada Pasukan Keselamatan yang sedang bertugas menjaga keselamatan Di Semporna


Bahaya tiada dalam kamus hidup pejuang PAS

Berita Berkaitan Lahat Datu  ..Klik SInisila like Fan PAGE 

‎"SULTAN SULU" Keluar UMNO??



KOTA KINABALU: Self-proclaimed Sultan of Sulu, Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad, has resigned from Sabah Umno and its Gaya division with immediate effect.
Stating that the controversy over his “coronation” had reached a point of no return, he said he had no choice but to leave the one-and-only political party which he had been with for more than two decades, especially after having contributed to its growth and expansion in many ways.

He, however, said that he reserved the absolute right “to fully explain it” (his contribution to Umno) when the right time comes.

“Hence, there’s no need for anyone to bring the matter concerning my membership in Umno to the supreme council for deliberation and decision,” he said.

He noted that copies of his resignation letters were submitted to both the Umno headquarters in Kuala Lumpur, as well as in Sabah, today.

Akjan said the recent series of attacks in the media and police reports lodged against him by certain organisations and individuals in Sabah on his purported “coronation” as the 33rd reigning sultan of the Sulu Sultanate on Feb 2, were politically-motivated and with malicious intent to “assassinate” his character.

He also regretted that this has subsequently caused his entire family including his children, aged from nine onwards, to be picked up and investigated by the police.

“I shall reserve my right to take legal action against this group of individuals and organisations,” he said.

Informed Special Branch
However, he considered the event a blessing in disguise as it allowed him to see who his true allies and foes are.
Akjan reiterated that what took place on that particular day at one of his properties in Kampung Likas here, was just a “majlis doa selamat dan kesyukuran” (thanks-giving ceremony), following his acceptance of the offer and mandate from the Sulu interim government to be the 33rd reigning Sultan of Sulu.

He said that it was not a coronation ceremony as interpreted and “blown out of proportion by certain individuals and groups with political interest”.

He claimed that prior to the ceremony, he had in fact personally informed and briefed the officer of the Special Branch (SB) of Kota Kinabalu district, of what was going to happen on that day.
“I even invited him and his officers to attend and to witness the ceremony but they said there was no need to do so since I have briefed them on it,” said.

Akjan said he had fully briefed the Special Branch chief and his officers during their meeting at the Hyatt Kinabalu Hotel here. Among others, he informed them that he had turned down the offer by the Sulu interim government and relevant senior officials of the Sulu Sultanate thrice, but subsequently gave in to their plea.
He also swore that he had never lobbied nor was he interested to be the sultan as he fully understands its heavy responsibility, risks and challenges that come with it.

He explained that he was “shortlisted” and offered the position, following a thorough investigation and examination conducted by senior officials of the Sulu interim government and the palace, which confirmed that he is indeed a direct descendant of the last reigning Sultan of Sulu, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.

Drop claim against Sabah
Akjan said that one of the main reasons he accepted the offer was that the Sulu interim government and senior palace officials had agreed to his condition to drop the ongoing claim on Sabah by the sultanate.

This will be officially made known to the United Nations (UN) and the International Court of Justice (ICJ) in The Hague, Netherlands, he said.

“This was formally agreed in a written agreement which was signed by me during the thanks-giving ceremony. It was witnessed by more than 60 people, including the prime minister of the Sulu interim government, Datu Albi Ahmad Julkarnain, and various representatives of the Council of Royal Datus, the Royal Houses of Maimbung and Patikul,” he said.

He also said he accepted the Sulu interim government’s offer to be the sultan because he wanted to restore the Sulu Sultanate’s long-subdued sovereignty.

Also, he said, “it was partly because of his love for Malaysia since he is a bona fide Malaysian citizen”.

Akjan said that when the day of his actual coronation comes, he will have no choice but to surrender his Malaysian citizenship. Akjan claims he was born on July 7, 1957 in Kampung Limau-limauan, Kudat.

He also said that he has only Malaysian citizenship.
“Let me assert here that I have not gone crazy as what some of my critics have thought. I am fully aware of what I am doing, even if it means I have to sacrifice my Malaysian citizenship and even my life, for my struggle for truth, justice, peace and the betterment of my Muslim brothers and sisters in Malaysia and Sulu,” he said.-fmt

TERHOT: Cerita belakang tabir perundingan Lahad Datu [Baca...]



Semasa perundingan dengan tetamu bersenjata (bukan pengganas @ militan) ketua kumpulan tersebut ditanya... "Untuk apa kamu datang berunding tapi bersenjata...?

Ketua kumpulan tersebut menjawab " KAMI NAK MENDUDUKI SABAH " untuk merampas balik tanah-tanah yang ditakluki malaysia dahulu !!!!!

Kesemua perunding kerajaan terus tergelak sampai terguling2 !!!!
Muakakakakaka... kahkahkah...!!
Muakakakakaka... kahkahkah...!!

Akhirnya Kapten Perunding berjaya mengawal diri, lalu bertanya semula kepada tetamu bersenjata tersebut " NAK TUNTUT SABAH ??? korang hanya 242 org jer ??

Tetamu bersenjata menjawab;
OH KAMI CUMA YANG TERAKHIR !!!! BERJUTA YANG LAIN SUDAH SAMPAI !!!! SIAP ADA IC LAGI !!!!

Kahkahkah...

P/S: Moral of the story... lu pikirlah sendiri...

Sabtu, 2 Mac 2013

[PANAS] PI Bala: Altantuya Dakwa Razak Baginda Suaminya



Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) mendakwa, beliau pernah terserempak dengan Altantuya Shaariibuu di pejabat Abdul Razak Baginda, di Kuala Lumpur, sebelum wanita Mongolia itu dibunuh.

Bala berkata, beliau berselisih dengan Altantuya yang ketika itu keluar dari lif lobi bangunan Getah Asli, di Jalan Tun Razak – pejabat Abdul Razak.

Menurut Bala, beliau ke bangunan itu untuk bertemu Abdul Razak di pejabatnya – Perimekar Sdn Bhd.

Abdul Razak adalah pemilik Perimekar yang didedah menerima komisen RM570 juta dalam urus niaga pembelian Scorpene dari DCNS di Perancis dengan bantuan Altantuya.

Waktu itu, Bala bertugas sebagai pengawal peribadi Abdul Razak. Antara lain beliau dikehendaki mengawal keselamatan bangunan pejabat majikannya.

“Apabila sampai (di bangunan Getah Asli), saya naik lif untuk ke tingkat 10 dan berselisih dengan Altantuya serta dua rakannya.

“Saya berjumpa Razak di pejabatnya dan dia tunjuk satu nota yang mengandungi tulisan Altantuya berbunyi: “Tolong hubungi saya segera, saya menginap di Hotel Malaya di bilik bernombor **** dan nombor telefon bermula dengan 017,” jelas Bala.

Kata Bala, beliau kemudian turun ke lobi dan nampak Altantuya bersama dua lagi rakannya berada di kawasan itu dalam keadaan menunggu.

“Saya suruh pembantu saya agar memberitahu tiga perempuan itu jangan berdiri di kawasan lobi. Mereka kemudian keluar dan menunggu di hadapan bangunan. Saya terus telefon polis dan beritahu ada tiga perempuan (muka macam) Cina datang buat kacau,” katanya.

“Kemudian unit peronda sampai dan tak jauh dari situ saya lihat pegawai unit peronda itu menemu ramah Altantuya. Saya dengar Altantuya cakap, “Suami saya di tingkat 10, namanya Razak Baginda, saya mahu bertemu dia,”jelas Bala.

Menurut Bala lagi, pertemuannya bersama Abdul Razak di bangunan tersebut selepas mendapat arahan majikannya itu menerusi telefon, selepas kira-kira tiga hari pertemuan mereka sebelum itu.

Semua ini didedahkan Bala pada forum ‘Pendedahan: Siapa bunuh Altantuya’ di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, Rabu lalu.

Ini kemunculan pertama Bala selepas pulang ke tanah air Ahad lalu sejak meninggalkan Malaysia pada 2009 kerana menerima ancaman.

Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan Altantuya yang dibunuh mengguna peledak C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Menteri Pertahanan, melulus pembelian kapal selam Scorpene.

Bala yang membuat dua akuan bersumpah berkaitan skandal Altantuya, mengulangi kenyataan bahawa akuan bersumpah pertama adalah benar manakala akuan bersumpah kedua, palsu.

Lahad Datu: Edisi BERAPI dari Sabahkini [Baca...]



Tahukah anda?

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang';gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

Sumber: Sabahkini.net

Jumaat, 1 Mac 2013

Berita terkini Pencerobohan Lahad Datu 1 Mac 2013 – Kedegilan memakan diri


Akhirnya,kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah yang menceroboh selepas 23 hari tumpas


Meskipun pihak kerajaan Malaysia telah memberi peluang menerusi pelbagai cara antaranya rundingan tarikh lanjutan menyerah diri bagi mengelakkan pertumpahan darah daripada berlaku dan juga meminta penceroboh tersebut meninggalkan Sabah dengan aman,tetapi peluang itu tidak dimanfaatkan oleh kumpulan yang diketuai Rajah Mudah Azzimudie Kiram itu

Malah kumpulan itu masih dengan tuntutan mereka yang berpaksikan sejarah dahulu
krisis lahad datu 2013 berita terkini pencerobohan lahad datu 1 mac 2013
Tuntutan : supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina (Sultan Jamalul Kiram III)

Mengenai insiden berbalas serangan pasukan keselamatan Malaysia dikatakan melepaskan tembakan sejurus dilakukan dahulu oleh kumpulan bersenjata Sulu
mayat penceroboh lahad datu berita terkini pencerobohan lahad datu 1 mac 2013
Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua mayat komando polis yang dipercayai terkorban terkena serangan mortar

Dilaporkan sekurang-kurangnya 12 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera dan Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di perkampungan tersebut

Manakala 3 anggota PGA lagi cedera.Sumber berkata Tiga anggota PGA yang cedera telah dibawa ke hospital Lahad Datu

Keadaan Reda

Keadaan reda dilaporkan dalam insiden pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu pada petang Jumaat selepas berlakunya kejadian tembakan di kampung Tanduo
dua anggota komando polis maut di lahad datu berita terkini pencerobohan lahad datu 1 mac 2013
tentera terkorban di lahad datu 2013 berita terkini pencerobohan lahad datu 1 mac 2013
Perintah berkurung dikenakan

Perintah berkurung telah dikenakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo

Sumber berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam
“Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya
Walau bagaimanapun keadaan dilaporkan masih terkawal


-sumber 

PERISTIWA LAHAD DATU




KUALA LUMPUR FEB: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.

“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

PM anugerah projek keretapi KL-Singapura kepada kroni?



Syed Mokhtar bersama Najib
KUALA LUMPUR 1 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu jelaskan perincian tender pembinaan keretapi laju menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura kerana bidaan projek itu diragui tanpa melalui tender terbuka.

Ini berikutan laporan menyatakan kerajaan Johor dan jutawan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan bersaing bagi merebut projek tersebut.

Perdana Menteri mengumumkan projek bernilai antara RM20 bilion hingga RM30 bilion itu pada 19 Februari lalu, selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Turut bersaing merebut projek itu, YTL Corporation, syarikat milik Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay dan Hartasuma Sdn Bhd milik Tan Sri Ravindron Menon, Ahli Lembaga Pengarah Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

Mengulas laporan tersebut, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul mahu kerajaan bentangkan perincian proses tender itu.

“Najib perlu jelaskan sama ada tender kontrak tersebut dibuat secara terbuka atau hanya kepada kroni jemputan? Berdasarkan laporan syarikat yang bersaing, didapati ia hanya di kalangan jemputan,” katanya ketika dihubungi.

“Di sini sudah terang lagi bersuluh tender dibuka kepada kroni,” sinis Johari.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu mempersoal pengumuman projek itu yang menurutnya dibuat tanpa perbahasan di Parlimen.

“Pengumuman dibuat secara tiba-tiba dan tak pernah dibawa sidang Parlimen. Adakah ia melibatkan wang negara atau projek persendirian? Apa kepentingan projek itu sedangkan banyak lagi prasarana negara mengalami masalah,” kata Johari.

Syed Mokhtar memiliki beberapa pelabuhan menerusi syarikatnya, MMC Corporation Bhd termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.

Beliau turut memiliki saham sebanyak 22.7% dalam Malakoff Berhad iaitu syarikat pembekalan elektrik dan gas Malaysia serta 20% pegangan dalam IJM Corporation Berhad dalam sektor pembuatan.

MMC Corp ketika ini sedang bekerjasama dengan Gamuda Bhd dalam projek Mass Rapid Transit (MRT), projek keretapi terbesar di Lembah Klang dijangka siap 2017.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.

Menerusi syarikat DRB-Hicom Bhd (DRB) miliknya, beliau membeli syarikat kereta Lotus dari Proton Holding Bhd pada harga RM1.29 bilion selain memiliki 32.21% saham dalam Pos Malaysia Bhd.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46241

[VIDEO] LAHAD DATU: Apa Sebenarnya Berlaku Atau Ia Perancangan Pihak Tertentu?




Polis sahkan 2 komando, 12 penceroboh terbunuh Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam pertembungan antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari ini.

Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita bahawa bilangan yang cedera di kalangan kumpulan Sulu tidak diketahui, lapor Star Online.

Dalam sidang akhbar petang ini, Hamza berkata pertempuran itu bermula pada jam 9.59 pagi ini selepas lima anggota PGA elit bergerak untuk memperkuatkan lagi kepungan di sekitar kampung Tanduo di mana kumpulan kira-kira 180 Sulu termasuk 30 lelaki bersenjata yang diketuai oleh Rajah Mudah Azzimudie Kiram berkubu sejak 9 Februari lalu.

Hamza berkata, pasukan polis bertembung dengan beberapa penceroboh yang melepaskan tembakan, dan memaksa mereka membalas tembakan.


Katanya, pihak polis menemui beberapa milik kumpulan Sulu tersebut.

Sementara itu di Pekan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan dua anggota polis terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam kejadian tersebut.

Katanya, kumpulan bersenjata itu melepaskan tembakan ke atas pasukan keselamatan Malaysia.

Perdana menteri berkata, beliau amat sedih dengan kejadian itu kerana apa yang mahu dielakkan - iaitu pertumpahan darah - telah juga berlaku.

Katanya, beliau telah diberi mandat penuh kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Pangkatan Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin untuk mengambil tindakan yang difikirkan perlu.

Bernama sebelum ini melaporkan dua komando polis terbunuh dalam serangan mortar oleh kumpulan tersebut manakala dua lagi cedera.

Sementara itu, seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram - Azzimudie Kiram - yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila.

"Yang terbunuh termasuk seorang wanita."

Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan serangan itu, dan berkata orang-orang Azzimudie hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya beberapa orang bersenjatakan senapang.

Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

Akhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa dua penceroboh telah ditembak mati, manakala tiga anggota tentera Malaysia cedera.

Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang kematian.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.

Beliau berkata Manila sedang memantau keadaan.

Sementara itu, Azzimudie memberitahu Radio dzMM Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia akan "memalukan" mereka dan kesultanan Sulu.

"Kita tidak boleh pulang ke Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami datang ke sini," Azzimudie dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, dia dan 275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.

"Mereka boleh meneruskan rundingan secara aman...," tambahnya.

Manakala Sultan Sulu Jamalul Kiram memberitahu Radio dzMM bahawa dia tidak akan memerintahkan pengikutnya untuk menyerah diri walaupun berlaku kejadian berbalas tembak, tetapi menegaskan pintu rundingan masih terbuka.

Menurut ANC Dateline Filipina, jurucakap Sultan Sulu Jamalul Kiram - Abraham Idjirani - kesultanan itu tidak akan membalas dendam terhadap kematian pengikutnya, dan menegaskan kumpulan itu mahu ia diselesaikan secara aman.

Idjirani berkata mereka akan membawa perkara itu ke perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan mungkin meminta Pertubuhan Persidangan Islam untuk campurtangan.

The Philippine Inquirer pula memetik Jamalul Kiram menafikan laporan bahawa adiknya, Azzimudie telah ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.

Idjirani berkata, keluarga diraja itu masih dapat bercakap dengan Azzimudie, yang disebut sebagai Raja Muda.


"Kita bercakap dengan beliau.

Beliau tidak cedera dan masih mengetuai perjuangan itu, " katanya.

Sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu, lapor AFP -mk


Pencerobohan: PAS desak Najib panggil sidang tergempar


PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan di Sabah yang didakwa kini telah menumpahkan darah.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, Najib perlu bertindak segera ekoran perkembangan terbaru menunjukkan keadaan keselamatan negara dalam bahaya.

"Saya mendesak perdana menteri memanggil sidang tergempar parlimen berhubung isu keselamatan negara yang kini sangat serius.

"Kita desak beliau menjelaskan kepada parlimen, apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana perairan negara boleh diceroboh," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian, berikutan laporan terbaru bahawa dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Sementara itu, Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan dari pihak polis berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut Salahudin berkata, rakyat kini menunggu dengan penuh persoalan apa yang sebenarnya berlaku.

Katanya terdapat bayak versi cerita yang akhirnya mewujudkan kekeliruan dan meletakkan rakyat dalam ketakutan.

"Rakyat Malaysia perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku,"
katanya. 
-HD



Pencerobohan Lahad Datu hanya sandiwara – bekas Laksamana TLDM


Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.

“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.

Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana,” katanya.

Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan. 
-KD



Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno – Tian


Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.

“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.

“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.

Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.

Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.

Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.

Keselamatan rakyat tanggungjawab kerajaan

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia berkata, insiden Lahad Datu bukti BN gagal memastikan keselamatan rakyat Sabah.

“Tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini setelah 50 tahun BN memerintah Sabah.

Jelas kerajaan abai keselamatan rakyat. Sedangkan itu adalah tanggungjawab kerajaan.

“Ini menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin runtuh,” kata Roland, sambil menyatakan KEADILAN Sabah mendoakan kesejahteraan perajurit yang berkawal dan mempertahankan perairan tersebut.

Pencerobohan di Lahad Datu bermula sejak 12 Februari lalu dengan lebih 100 anggota kumpulan militan berpakian ala tentera dan bersenjata api dari Selatan Filipina itu mendarat di persisiran pantai daerah itu menaiki bot pancung.

Pada 14 Februari, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina.

Menurut Ismail, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal. 
-KD



Ayat Macai sebelum kes Lahad Datu :



Ayat macai seblom kes lahad datu :

- "Malaysia negara aman...Rakyat Malaysia kena bersyukur bwh pemerintahan BN....tanpa BN malaysia pasti tidak aman...kalau PR pegang mesti ada pertumpahan darah...kini masa balas budi BN...bla3..."

- Ayat macai sekarang :

- "Jangan politikkan isu lahad datu..serahkan pada pihak berkuasa...lebih baik berdoa supaya diorang selamat...emm malaysia masih negara selamat...ini adalah kerja Anwar Ibrahim...bla3..

Senarai Wira Yang Terkorban Dan Tercedara Dalam Insiden Lahad Datu



Foto : Allahyarham Insp Zulkifli Mamat bersama isteri dan anak-anaknya

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Terkorban)

3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (Cedera di tangan dan kaki – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (Cedera di punggung/peha – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu) – Baru diberitakan sekitar jam 6 petang tadi Kpl Azman telah meninggal dunia.

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (Cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki – kini ditempatkan di Hospital Sandakan)

Saya turut bersama-sama warga Malaysia yang perihatin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa korban dan cedera dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu. Al-Fatihah buat wira-wira negara yang terkorban.

Anwar : 2 rakyat terkorban di Lahad Datu bukti k’jaan remeh keselamatan negara


Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.
 
Lahad
Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?

Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.

Datuk seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

TERKINI! Lahad Datu Kini Dalam Zon Perang!



TERKINI! Lahad Datu Kini Dalam Zon Perang!

Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina, Philstar.com menyebut kini sedang berlaku insiden berbalas tembakan di Lahad Datu antara tentera Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Malaysia di sekitar bandar di timur Sabah itu.

Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum dapat dipastikan.

Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan.

Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu itu juga meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.

Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari insiden tersebut tetapi pentadbiran presiden Aquino kini dalam keadaan bersiap sedia untuk mengerahkan anggota tenteranya ke sempadan laut di Laut Sulu manakala Putrajaya dipercayai sudah membuka bilik situasi (situation room) bagi merencana pelan tindakan seterusnya.

Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini yang memungkinkan tahap keselamatan untuk penduduk tempatan diragui.

Sultan Kiram III masih tidak berganjak dengan keputusannya untuk terus menakluk Lahad Datu walaupun Manila sudah mengarahkan tentera sultan itu meninggalkan Sabah secepat mungkin seperti yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa jam lalu.

Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai bersembunyi akibat khuatir keselamatan mereka terancam sekiranya melaporkan kejadian itu kepada agensi berita masing-masing dan ditahan pihak berkuasa.

Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi menyebut pasukan keselamatan mengarahkan penduduk sekitar bandar itu agar mengunci pintu rumah masing-masing.

Deretan kedai dan pasaraya di bandar itu sudah ditutup sejak perintah tersebut berkuat kuasa sehingga sekarang.

Kawalan keselamatan secara keseluruhannya masih berada di dalam kekuasaan pasukan keselamatan Malaysia yang bertugas dalam lingkungan radius 25 kilometer dari pusat bandar.

Beliau juga memaklumkan kesemua perkhidmatan penerbangan MASWings ke Lahad Datu dibatalkan dan beberapa pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah mendarat di bandar itu awal pagi tadi.

Bilangan anggota tentera yang tiba belum dapat dipastikan tetapi jumlahnya dikatakan cukup untuk memusnahkan ketumbukan tentera Sultan Sulu itu dalam tempoh kurang dari tiga hari