Cari Blog Ini

Rabu, 28 November 2012

Shahrizat: Jika Umno hilang kuasa, tidak mustahil 13 Mei berulang


November 28, 2012
KUALA LUMPUR, 28 Nov — Dalam ucapan dasarnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.
“Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.
“Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.
“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.
“Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu,” kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku.
“Kata doktor, barah jika dirawat dari awal kurang menyakitkan.
“Jika dibiarkan ia akan terus merebak menjadi barah yang membahayakan, menyakitkan dan seterusnya boleh membunuh.
“Kita mesti berani mengambil tindakan yang tegas untuk kebaikan parti kita kerana ‘luas tentu bertepi dan panjang tentunya berpenghujung,” kata bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu lagi.
Perhimpunan Agung Umno berjalan selama lima hari dari 27 November sehingga 1 Disember.

PANAS: Anwar PAKSA warga Kudat berpanas...


(Orang ramai yang keluar untuk bertemu Anwar di Kudat)

Kudat : Lebih 6,000 keluar bertemu Anwar di panas mentari

KUDAT: Lebih 6,000 penduduk Sabah keluar beramai-ramai di Kudat hari ini bagi bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia melambangkan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan oleh para penganalisis amat menggerunkan Umno.

Kalau selama ini Sabah dianggap deposit tetap untuk BN, pertemuan hari ini meleyapkan segala anggapan itu.
"Pertemuan di tengah panas mentari ini menggoncang Umno Sabah,"kata seorang penganalisis yang menghubungi Harakahdaily.
Sebelum ini, seorang bekas bekas timbalan menteri menganggarkan, Pakatan akan menang sekurang-kurangnya 16 dari 24 kerusi Parlimen di Sabah.

Ia terdiri dari 13 kerusi-kerusi KDM (Kadazan, Dusun dan Murut) serta tiga kerusi Melayu Islam.

Kita Tido Lagi Baik......ZZZZZzzzzzzz...


kita tido lagi baik......ZZZZZzzzzzzz......
Kim Jung Woo II  

KETUA PEMUDA UMNO pondan jika tak mampu buat macam KETUA PEMUDA PAS lakukan ini..!!


oleh AnakKedah007




hallo KJ sebelum luajak kita sembang bab Pembangkang mahu hancur keharmonian negara  sebelum bab Konsortium Transnasional mahu tambang bas dinaik 30% sebelum bab Pemuda Umno rancang bina akademi kepimpinan latih pemimpin pelapis sebelum semua tajuk tu apakata hang buat pengumuman macam KETUA PEMUDA PAS nie... ada berani... dah sedap sangat ganyang PEMBANGKANG dalam PAU hangpa... jadi cuba tiru yang nie satu... amacam boleh kaa..??

http://depakataV2.blogspot.com

Ini puncanya Ameno gelabah bewak...


Bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Banggi, Datu Abdul Salam Datu Harun mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) pagi tadi di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri perkarangan pejabat parti itu di Kudat, Sabah.

Datu Salam yang juga merupakan bekas ADUN Benggkoka menyatakan pendiriannya di hadapan lebih 6,000 hadirin seraya menyatakan 'negeri Sabah sudah merdeka tetapi rakyatnya belum merdeka!' Lawan Tetap Lawan.

Turut berada semasa pengumuman tersebut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, pengerusi majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ahmad Thamrin Jaini, ahli majlis pimpinan negeri Ansari Abdullah dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Keluarga Datu Salam merupakan keluarga paling berpengaruh di Kudat dan kesan penyertaannya akan terus dapat dilihat apabila para penyokong dan ahli Umno yang kecewa dengan perjuangan parti itu akan menyertai KEADILAN sedikit masa lagi.

Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan bahawa selama Sabah diperintah Barisan Nasional (BN) pembangunan yang dinikmati hanyalah dapat diperolehi oleh kroni yang rapat dengan pemimpin Umno sedangkan rakyat yang mengundi mereka terus terpinggir dari arus pembangunan hingga bekalan air paip bersih pun masih belum disiapkan.

Justeru beliau menyeru penduduk Kudat agar segera sedar dari penipuan BN dan mengundi calon Pakatan Rakyat tanpa rasa ragu kerana merekalah yang akan berusaha mengubah nasib rakyat yang tidak pernah dilakukan pemimpin Umno selama ini.

Anwar dalam ucapannya pula mengucapkan tahniah kepada Datu Salam kerana memilih perjuangan KEADILAN sebagai wadah baru bagi menyelamatkan Sabah dari terus terperosok dalam paras kemiskinan paling tinggi di negara ini.

Sambil menempelak pembaziran yang dilakukan Umno dan BN, Anwar turut mengingatkan bahawa kali ini peluang Pakatan Rakyat sangat cerah menguasai Putrajaya sekaligus mengembalikan hak-hak yang terkandung dalam Perjanjian 20 perkara semasa Sabah menyertai Malaysia 49 tahun lalu.

Dengan perkembangan terbaru ini, Umno pasti akan merasa bahang kemaraan Pakatan Rakyat di utara negeri ini yang bersempadan dengan Filipina dalam pilihanraya umum akan datang.

PRU13: Memang meletup-letup la isu neh...


Nizar temu Pak Hashim, buruh paksa landasan maut.

25 November, Changkat Jering - DS Nizar bersama Pak Hashim bin Yaakub, buruh paksa landasan keretapi maut dekat Burma. Pak Hashim berada dekat sana 3 tahun 8 bulan 1942 - 46. Dengan diberi gaji tiga baht duit Siam. Masa jadi buruh paksa beliau masih berumur 26 tahun.

Kaum keluarga telah pun buat tahlil kerana kehilangannya yang tidak dapat dikesan. Apabila kembali kekampung sebaik selesai Perang Dunia Kedua, kaum keluarga buat pula kenduri kesyukuran. Pak Hashim didakwa berumur 112 tahun. Perbezaan beliau dengan allahyarhamah isteri 10 tahun. Isteri beliau meninggal pada usia 92 tahun, sepuluh tahun dulu.

DS Nizar menjelaskan kepada Pak Hashim Yaakub, kerajaan Jepun sudah bayar pampasan sebanyak RM207 bilion untuk mangsa. Kerajaan Indonesia pun sudah beri pada mangsa. DS Nizar juga menjelaskan jika pampasan ini diberi, mangsa boleh mendapat antara 2.5 juta hingga 3 juta ringgit.

Sepuluh tahun dulu ramai mangsa masih hidup. DS Nizar berjanji kepada Pak Hashim Yaakub, beliau akan terus membela nasib mangsa dan waris buruh paksa keretapi mautBurma. DS Nizar mempersoal kenapa kerajaan BN tak mau jawab isu ini.

"Mana pergi duit pampasan RM207 bilion ini? kata DS Nizar.

Turut bertemu Pak Yaakub, TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad, S/U Fadhil Idris Kawasan dan Muhamad Tiang, AJK Pas Perak.~ Pakkaramu

Panas!!! Deepak mengaku memberi rasuah kepada keluarga Najib untuk memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Klang


Nigel Aw
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa bahawa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untukcampurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.Menurut Deepak, dia memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.
Ini bermula, jelas Deepak, dengan satu perjanjian penswastaan pada tahun 2005 di mana syarikat itu telah ditugaskan untuk mengendalikan satu projek Kementerian Pertahanan di Putrajaya.

Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta itu, yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Klang.

Bagaimanapun, Deepak berkata, ahli politik berkenaan tidak mempunyai kepercayaan kredit pada masa itu untuk mendapatkan bon tanah RM72.5 juta yang diperlukan bagi projek tersebut dan oleh itu, telah menemuinya untuk mendapatkan bantuan.

Perjanjian itu, katanya, akan memerlukan beliau mendapatkan bon tanah RM72.5 juta dan ditambah RM23 juta dalam bayaran tunai kepada syarikat tersebut.
NONE
Sebagai balasan, kata Deepak, syarikat ahli politik tersebut akan memberinya pemilikan hartanah berkenaan, yang merupakan sekeping tanah prima bersebelahan dengan bandar Alam Setia yang kini pesat berkembang.

Nama ahli politik dan syarikat terlibat dirahsiakan sementara menunggu jawapan mereka kepada permintaan Malaysiakini bagi mendapat komen.

najib abdul razak in perth chogm 1"Beliau gagal untuk mendapatkan kerajaan bersetuju bon tanah dikeluarkan kepada pihak ketiga kerana di bawah penswastaan, syarikat yang mendapat (projek) penswastaan, tanah mesti kekal di bawah nama mereka.
"Jadi, saya menganjurkan satu mesyuarat untuk beliau bertemu (Najib), yang pada masa itu adalah menteri pertahanan kita, untuk membenarkan tanah ini dipindahkan kepada syarikat pihak ketiga," katanya.

Deepak berkata pemindahan itu dapat dilakukan selepas beliau "menyumbang banyak" kepada keluarga Najib.

Berikut adalah petikan wawancara Malaysiakini dengan Deepak:

Umno sanggup tikam kawan, apatah lagi rakyat



KUALA LUMPUR: Kalau kawan sendiri pun para pemimpin Umno sanggup tikam, apa lagi rakyat biasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menyifatkan percubaan Tun Dr Mahathir Mohamad menghempas semua beban kesalahan ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bukti sifat sebenar para pemimpin Umno yang suka menikam kawan untuk kepentingan sendiri, Mahfuz mengingatkan rakyat supaya bersedia dan sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sifat jijik Umno itu.

"Kalau kawan sendiri pun ketua-ketua Umno sanggup tikam, rakyat tentulah mereka sanggup kerjakan hingga hancur berkecai," katanya.

Mahfuz menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku itu.

Dalam temubual dengan RTM menjelang Perhimpunan Agung Umno, Dr Mahathir menyalahkan pemimpin sebelum Najib sebagai orang yang merosakkan Umno.

Padahal semua bekas pemimpin Umno yang meninggalkan parti itu menyalah beliau (Dr Mahathir) sebagai punca segala masalah yang melanda Umno sekarang.

"Najib gunakan RTM untuk menemubual Dr Mahathir yang diketahui umum akan menyalahkan Pak Lah seorang sahaja atas semua perkara buruk yang berlaku ke atas Umno dan pemerintahan negara yang diterajui Umno.

"Semua orang boleh agak, kalau temubual Dr Mahathir dia akan belasah mangsa kegemarannya iaitu Pak Lah dan Najib gunakan apa yang diketahui umum itu untuk cuba mengelakkan dirinya dari dipersalahkan atas pelbagai kemelut yang melanda negara ini kini," kata Mahfuz.

Beliau berkata, Najib amat silap jika beliau menyangka rakyat tidak sakit hati dengan kegagalannya memerintah negara ini.

"Kalau Pak Lah hanya tahu mengumumkan koridor demi koridor, Najib pula hanya tahu sebut perkataan transformasi dan selepas itu tidak tahu apa-apa untuk memanfaatkan rakyat.

"Transformasi hanyalah gelembong kosong tanpa isi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Malah, kata Mahfuz, Najib menjadi lebih buruk di sisi rakyat apabila dilihat gunakan RTM untuk tikam kawan.

"Seperti yang didedahkan oleh seorang bekas wartawan kanan Utusan, semua orang tahu agenda media ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang diketuai Najib.

"Sebab itulah Najib dilihat memberi laluan supaya RTM boleh digunakan untuk tikam kawan sendiri demi menyelamatkan imejnya," kata Mahfuz.

Oleh kerana dalam temubual itu Dr Mahathir menyatakan keyakinannya Umno akan menang besar jika tidak berlaku cah keting, Mahfuz menyifatkan Dr Mahathirlah contoh agung perbuatan cah keting dalam Umno.

"Politik tikam kawan yang menjadi amalan Dr Mahathir seperti yang ditunjukkan dalam temubual itu menjadikan beliau sebagai contoh agung dan model utama perbuatan cah keting yang akan jadi ikutan dan amalan ahli-ahli Umno terutama menjelang pilihan raya umum ini," kata beliau.Hrkh

Musa Hassan dedahkan UMNO memperkudakan Polis..



Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.

“Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekaran... siapa yang kawal sekarang?” soal Musa.

Musa kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.

“Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO(Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?

“Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan.”

Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.

“Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.

“Saya masih ingat... seorang MP pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk selesaikan). Saya kata Tan Sri... awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen.

Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

“Kamu baca akhbar. Kadangkala, kamu dengan (ahli politik berkata) “Saya arahkan polis buat itu... buat iini,” jawab Musa apabila ditanya bentuk arahan yang diberikan kepada KPN ketika ini.

“(Ismail) orang yang baik, tetapi menjadi seorang yang baik dan menjadi popular bukan adalah perwatakan menjadi seorang KPN. Kamu perlu jadi lebih tegas.

“Kadangkala, kamu perlu jadi seorang yang lantang (kepada) pihak atas. Apabila tidak betul... jangan hanya kata ya.

“Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya,” gurau beliau.

Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

“Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.

“Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.

“Saya beritahu dia secara baik tapi dia tidak suka. Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung,” dakwa Musa.

Musa bertugas sebagai KPN selama tiga sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.

Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum dikeluarkan kepada orang awam.

MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.

~ The Malaysian Insider

Selasa, 27 November 2012

MAHATHIR LOYAR BURUK LAGI !!!



Sebelum ini dia kata Umno lebih baik dari Pakatan sebab Umno umpama “Syaitan yang dikenali”,,  dan Pakatan tidak baik kerana ia ibarat  “Malaikat tak dikenali”  Satu ketika dulu Tun pernah kata Nabi SAW tidak bercukur,  kerana tak ada GILLET !  Bukankah itu loyar buruk namanya?

PAS dan PKR adalah musuh Mahathir@Umno.  Anwar pula satu dunia dah maklum, beliau seorang tokoh pemimpin yang amat dikenali sangat berpengaruh,  tetapi menjadi musuh Mahathir  dunia akhirat,,  justeru mana mungkin beliau mahu berkata Anwar lebih baik dari Haji Hadi untuk jadi PM?  

Kita semua sudah faham dan cukup matang dengan sepak terajang politik Mahathir. Kenyataan yang dibuat ini,, lain maksud tak ada, melainkan bertujuan memerangkap Pakatan Rakyat. Apabila PR berpecah dan berbalah, Mahathir dan Umno bertepuk tangan,, ini yang mereka mahu !  Kepada seluruh rakyat Malaysia,mari kita berdoa agar BN tumbang dan tersembam menyembah bumi. 

Duhai Tun Madey yang merasai diri masih muda. Dah bersara buatlah cara bersara.Tak perlulah bikin sibuk pasal PM!   Siapa pun yang menjadi PM Malaysia bukanlah  persoalan utama bagi PR,  kerana ramai pemimpin PR yang layak, bersih dan berintegriti.  Kalau pun Tun mahukan Haji Hadi benar menjadi PM, sudi-sudikan lah mendoa’kannya. Tetapi andainya Allah beri tempat itu pada Anwar, harap Tun tidak tumbang berdiri!!  atau termangu dan melopong !!!  

Oleh : rahimothman

PAC digesa siasat prolehan kendali kamera AES


KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyerahkan memorandum aduan berkaitan pertikaian perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan sistem saman ekor polis kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menyerahkan memorandum tersebut di lobi parlimen kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid agar satu siasatan dibuat berhubung perkara tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) berkata, PAC perlu menyiasat bagaimana dua syarikat iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang mengendalikan kamera AES telah mendapat hak pengendalian kamera tersebut.

"PAC perlu menyiasat pemilik-pemilik syarikat pengendali kamera AES untuk menjamin ketelusan dan tiada sebarang salahguna kuasa dalam pemberian kontrak pengendali kamera tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS juga mahu PAC menyiasat prosedur perolehan kamera-kamera milik polis.

Katanya lagi, penyisatan perlu diberikan kepada peningkatan harga bagi kamera perangkap laju kegunaan polis yang mana harga yang dibeli berlipat kali ganda lebih mahal daripada harga yang dibeli oleh negara-negara luar seperti Amerika Syarikat.

"PAC perlu menyiasat syarikat pembekal kamera perangkap had laju yang digunakan oleh polis.

"Kenapa harganya berlipat kali ganda, kita mahu tahu apa yang berlaku disebaliknya sehinggakan ia boleh berlaku sedemikian," jelasnya pada sidang media.

Menurutnya, mesyuarat jemaah menteri pada 16 September 2009, melalui Model Kewangan Dengan Formula Tiga Langkah bersetuju pengandalian kamera AES diberi kepada syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

"Walau bagaimanapun kenyataan kerajaan menyatakan bahawa pengendali kamera AES dibuat oleh dua syarikat iaitu Beta Tegap dan juga ATES.

"Jadi apa yang telah terjadi kepada Commercial Circle yang telah dipersetujui sebelum ini," kata beliau lagi.

Scorpene Singapore briefing 'skyped' to KLites


Kes Scorpene: Malaysia digesa beri kerjasama


SINGAPURA: Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli menggesa kerajaan Malaysia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada penyiasatan kes pembelian kapal selam Scorpene yang sedang disiasat kerajaan Perancis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, berdasarkan fakta yang dibentangkan peguam Apolene Cagnat mewakili Suaram hari ini, memberikan keyakinan bahawa dakwaan pemberian komisyen pembelian kapal selam kepada individu tertentu mempunyai asas.

Tegas beliau, penyiasataan yang dibuat dua orang hakim Perancis sedang berjalan sekarang dan pihak pendakwa memang mengambil isu ini secara serius kerana ia membabitkan komisyen sebanyak RM500 juta.

Tegasnya untuk menyegerakan siasatan yang akhirnya pendakwaan boleh dilakukan, pihak Perancis memerlukan kerjasama orang-orang yang disapina, khususnya tujuh nama yang disenarikan peguam Perancis.

"Namun kita masih belum pasti bagaimana kerjasama itu akan dibuat. Tetapi saya rasa, jika kita mahu menyegerakan lagi siasatan ini, kita perlu mempunyai sebuah kerajaan yang mahukan kebenaran. Justeru kita tidak boleh mengharapkan kerajaan Barisan Nasional memberikan kerjasama, kerana mereka terbabit," ujarnya.

Oleh yang demikian kita menyeru pada PRU ini rakyat bersama kita membuat perubahan dan mengheret orang yang terbabit ke muka pengadilan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang menghadiri taklimat Scorpene menjelaskan, kes yang sedang disiasat itu membuktikan kerajaan Perancis benar-benar serius untuk membongkar penyelewengan yang didakwa wujud.

Walaupun katanya, ia masih lagi belum sampai ke peringkat perbicaraan, tetapi pihak pendakwaraya sudah menyerahkan kes ini kepada dua orang hakim untuk membuat penyiasatan terperinci, membuktikan ianya suatu kes yang mempunyai asas yang kukuh.

"Berdasakan kepada penjelasan yang disampaikan peguam tadi, jelasa ada orang-orang yang akan dikenakan sapina dan kita menggesa mereka hadir untuk memberikan penjelasan kepada hakim terbabit," ujar beliau.

Tegasnya isu yang disiasat adalah berkaitan rasuah, sama ada  membabitkan orang Perancis atau rakyat Malaysia.

Ujar beliau, jika kerajaan Malaysia yakin transaksi pembelian kapal selam itu tidak menyeleweng, tiada sebab kerajaan takut untuk memberikan kerjasama dengan kerajaan Perancis.

"Kita pun ragui kenapa peguam Perancis sebelum ini dilarang masuk, dan kenapa Parlimen menghalang taklimat Scorpene diadakan secara terbuka?" soal beliau.

Rupa-rupanya dalam kita dok APCO depa.. Selamba ja KERAJAAN BN pergi jual minyak kepada ISRAEL..!!


Mazlan Aliman
Ada pihak yang tidak percaya sewaktu saya dedahkan invois penjualan minyak sawit mentah Anak Syarikat Felda, FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD kepada syarikat Yahudi.

Mereka kata, minyak tersebut nak dibawa ke GAZA tetapi disekat oleh Israel. Inilah hujah dangkal Dato' Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia(MITI).

Mungkin Mukhriz dan sesetengah dikalangan kita tidak tahu, sudah dua tahun FELDA IFFCO jual minyak sawit kpd Sykt Yahudi. Bahkan utk renew penjualan, Badan penguatkuasa tanda "halal" agama yahudi datang ke Kilang FELDA IFFCO di Pasir Gudang bagi memperbaharui sijil 'halal' sebelum eksport ke negara pembeli.


Apakah logiknya untuk eksport minyak sawit ke negara bergolak seperti GAZA yang penduduknya cuma 1.6 juta dengan jumlah tan metrik yang begitu besar hampir setiap bulan?
Yang eksport pula syarikat Yahudi?

Saya paparkan bukti terbaru 'Trade Confirmation' bagi penjualan minyak sawit bertarikh 2 Okt 2012.

Kerajaan Malaysia tidak perlu berdolak dalik, hentikan serta merta penjualan minyak sawit kpd Sykt Yahudi!

ATAU Kerajaan Malaysia AGEN YAHUDI?

Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah


Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya.
Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.

Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib.

Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.

Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib.

"Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily.

Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau.

Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?

Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.

Saudara dikaitkan dengan  Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau?

Hubungan...saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau.

Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia?

Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri
Pertahanan.

Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?

Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.

Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain?

Ya boleh dikatakan begitu.

Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?

Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile.

Sebelum ini tidak ada apa-apalah?
Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.

Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?

Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita. Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah.

Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau...

Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.

Saudara memang kenal Bala?

Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.

Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?

Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi.

Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?

Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?

Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah.

Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?

Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.

Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?

Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori.

Jadi apa tindakan saudara?

Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.

Apa tindakan selepas itu?

Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.

Lagi kematian semasa tahanan polis


Harakahdaily 
(Keluarga dan rakan-rakan membuat protes di depan balai polis Kota Damansara)
PETALING JAYA: Kematian Krishnan A/L Subramaniam, 34 tahun, semasa beliau ditahan polis 22 November lepas telah membangkitkan perasaan curiga keluarga dan rakan-rakannya.

Ekoran itu, keluarga serta rakan-rakannya telah mengadakan protes aman di perkarangan balai polis Kota Damansara, tempat beliau ditahan sehingga membawa kepada kematiannya.

Turut serta dalam protes kira-kira sejam itu adalah Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Pada 26 November 2012 (Isnin), abang kepada En Krishnan iaitu En Palanisamy telah membuat laporan Polis di Balai Polis Kota Damansara untuk pihak polis menyiasat kematian adiknya.

Scorpene: Mahkamah Perancis akan memanggil Najib dan Razak Baginda sebagai saksi


Mohd Rashidi Hassan
SINGAPURA: Peguam kes Scorpene di Perancis menegaskan mahkamah negara tersebut bakal memanggil dua orang kenamaan terkemuka di Malaysia, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Abdul Razak Baginda sebagai saksi kes tersebut.
Mereka adalah di antara tujuh orang yang bakal dipanggil sebagai saksi, antaranya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev, penyiasat Balasubramaniam dan seorang korporat Lodin Wok Kamaruddin.

Bagaimanapun belum dapat dijelaskan, bilakah tarikh mereka akan dipanggil mahkamah.

Maklumat tersebut dijelaskan dalam taklimat mengenai kes Scorpene yang sepatutnya diadakan di Parlimen hari ini, terpaksa dipindahkan ke Changi, Singapura.

Taklimat disampaikan peguam, Apolene Cagnat yang juga rakan kongsi peguam William Bourdon yang mewakili Suaram dalam kes Scorpene yang didakwa membabitkan penyelewengan ratusan juta ringgit.

Hadir sama mendengar wakil kedutaan Malaysia di Singapura. Cagnat ditemani peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri.

Taklimat dihadiri ahli-ahli Parlimen daripada PAS, PKR dan DAP, mewakili Pakatan Rakyat.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikr Amin Mulia menolak permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus melarang taklimat peguam yang dibawa khas dari Perancis.

Sebelum ini Bourdon tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Sementara itu Sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel kesal, taklimat tepaksa diadakan di Singapura kerana Kerajaan Malaysia berusaha keras menghalang maklumat sebenar mengenai Scorpene diketahui rakyat.

"Syaitan" Itu Kepanasan Apabila Dibacakan Doa & Ayat Quran Ke Atasnya




A
ntara Doa PAS dan Tindakan Umno Oleh Mat Zahari Ali

KOMENTAR: Selepas tamat Muktamar Agung PAS ke-55 hampir dua minggu lalu, Umno agak kecewa kerana dua isu yang diharap akan memerangkap parti Islam itu tidak mengena.

Isu tersebut mengenai Hudud dan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung murtad.

Tindakan bijak perwakilan PAS yang lebih memberi tumpuan untuk menguatkan jentera dalaman dan media parti Islam itu dalam menghadapi PRU13 nanti langsung tidak menarik minat mereka.

Usaha untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang membabitkan PAS-PKR di lihat ruangnya apabila seorang perwakilan memberikan pandangan supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di lantik menjadi Perdana Menteri sekiranya PR berjaya kuasai Putrajaya.

Malangnya isu tersebut tidak mendapat respon dari PR samaada dari PAS-PKR-DAP termasuk dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu tersebut tenggelam apabila PAS dan Abdul Hadi sendiri menyatakan setiap perwakilan berhak meluahkan pandangan bagi membuktikan PAS sebuah parti yang menerima pandangan dari semua pihak.

Begitu juga dengan Anwar yang membuat kenyataan bahawa perkara tersebut boleh dibincang dan belum diputuskan.

Sebelum ini hampir dalam setiap ceramah yang dihadiri pemimpin DAP dan PAS pun kenyataan untuk melantik Anwar menjadi PM bukanlah suatu polimik yang besar.

Doa hancurkan Umno

Ironisnya, dalam situasi kenazakan isu menjelang PRU-13 ini, Umno gagal mendapatkan sasaran untuk dihala kepada PAS bagi mendapatkan sokongan orang Melayu.

Umno amat kecewa selepas PAS menolak kerajaan perpaduan yang dianjurkan selama ini. Lebih membimbangkan setelah melihat orang Melayu semakin banyak yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

Malah kempen besar-besar supaya orang Melayu berpindah dari Umno kepada PAS kerana perjuangan Umno tersasar dan memberi kesan yang amat besar kepada parti Islam tersebut.

Inilah juga kebimbangan kronik yang ada pada Umno. Begitu juga dengan pelbagai isu yang memberi aib kepada Umno serta pemimpinnya. Isu NFC dan terbaru membabitkan wang haram RM40 juta yang melibatkan pemimpin Umno akan mengikis keyakinan orang melayu kepada parti tersebut.

Ini tidak termasuk isu rasuah, pembaziran wang negara sebanyak RM28 bilion setahun sebagaimana diumumkan Ketua Audit Negara. kenaikan harga barang dan pelbagai lagi yang mencerminkan kelemahan pentadbiran dan pengurusan oleh pemimpin negara yang diterajui Umno Umno mendapat nafas lega apabila isu bacaan doa oleh adik kepada Mursyidul Am PAS itu, Nik Razi Nik Mat sempena majlis solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV pada malam 16 November lalu ‘dicuba’ dipasarkan dalam pemikiran orang Melayu.

Doa tersebut mengandungi ungkapan supaya Umno-BN dihancurkan kerana terlalu banyak kezaliman dilakukan ke atas rakyat terutamanya rakyat Kelantan.

Majlis Solat hajat itu juga di adakan ekoran tuntutan keengganan kerajaan pusat memberikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan.

Setelah itu, seperti jangkaan media ekletronik dan cetak milik Umno akan cuba menyelesaikan sebaik mungkin. Dari ulama Umno sampai ke pada ketua bahagian dan lebai di kampung semuanya menghentam PAS.

Tujuannya hanya satu iaitu untuk memberikan persepsi kepada orang Melayu bahawa PAS sebuah parti yang hanya menjadikan agama untuk tujuan politik.

…dan isu ‘doa PAS’ cuba dijadikan asas untuk membuktikan tanggapan tersebut.


Penulis tidak mahu mengulas berhubung hukum hakamnya kerana banyak diperkatakan. Tetapi lebih adil untuk juga dihakimi sekiranya isu disebalik persoalan timbulnya doa tersebut dibincangkan.

Pokok kepada persoalan doa itu adalah “menghancurkan Umno”. Umno pula adalah sebuah parti politik. Dalam isu menghancurkan Umno ini, PAS menggunakan cara doa.

Cuba kita lihat cara Umno pula untuk ‘menghancurkn PAS dan PR”. Mereka menggunakan seluruh kekuatan kuasa seperti media, polis, FRU, sistem perundangan, tekanan, fitnah, sekat kebebasan media, sekat ceramah,ISA dan pelbagai lagi untuk “menghancurkan’ lawan politik mereka.

Umno pula menggunakan kuasa ‘tindakan’ dengan kekuatan kuasa, wang dan media yang dimiliki untuk ‘menghancurkan PAS dan PR’. Jadi apakah bezanya?.

Sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai kekuatan sebagaimana di miliki Umno, PAS menggunakan kaedah berdoa kerana PAS dan PR merasakan mereka telah dizalimi oleh Umno sejak sekian lama.

Lagi pun apalah kekuatan yang ada pada pembangkang selain doa dan terus berdoa. PAS yang juga sebuah parti Islam telah menggunakan ‘kekuatan’ mereka iaitu doa sebagai wadah kekuatan perjuangan sejak sekian lama.

Setiap kali Nik Aziz atau Hadi tamat berucap, dua pemimpin ini akan berdoa dan para hadirin akan mengaminkan doa tersebut.

Begitu juga dengan kebanyakan majlis solat hajat yang dianjurkan akan disertai doa berpaksi kepada usaha menumbangkan Umno dalam pilihanraya akan datang.

Kaedah ini telah digunakan PAS sejak awal penubuhannya hingga ke saat ini.Malah persoalan doa dan majlis solat hajat telah berpuluh kali di adakan dan tidak pernah pun menjadi isu sehangat ini.

Isu Perhimpunan Agung Umno

Dalam konteks politik, pemimpin Umno seharusnya mencari suatu ‘ikon’ sebagai suatu bahan isu untuk dibawa dalam Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung hari ini hingga Sabtu ini.

Kepimpinan Najib yang tidak pernah mengadakan pemilihan baru dalam Umno sejak Mac 2009 dibayangi dengan pelbagai kebimbangan dari desakan 2,674 perwakilan yang bakal bersidang.

Lebih ‘gayat’ lagi bagi Najib apabila PRU-13 yang bakal di adakan. Justeru isu ‘doa PAS’ tersebut boleh dijadikan bahan pelarian untuk dijadikan topik hangat untuk dibincangkan perwakilan.

Najib bimbang berikutan tarikh PRU-13 yang seharusnya diadakan masih samar. Ini memberi imej serta persepsi buruk kepada Umno serta perwakilan. Tempoh tamat untuk dibuat PRU hanya April tahun depan sedangkan siap calon yang bakal bertanding belum di putuskan.

Tempoh lima bulan bukanlah lama kerana calun perlu membuat persediaan untuk mendekati pengundi.

Najib juga tahu sekiranya calun telah di pilih perhimpunan kali ini akan menjadi medan tikam belakang dan pergaduhan sesama sendiri.

Tidak hairan juga sekiranya Najib akan mulai menggunakan isu doa ini dalam ucapan dasar beliau nanti. Sentiman doa ini kemudiannya akan terus meracau-racau dalam media dan akan terus menjadi hangat dikalangan perwakilan.

Apa pun bagi umat Islam doa itu merupakan suatu kekuatan. Kekuatan dari hamba yang sentiasa mengharap bantuan dari Sang Penciptanya. Ulama juga mengqiaskan bahawa orang yang sombong adalah mereka yang tidak berdoa.

Khazanah sombong itu adalah sifat-sifat syaitan. Syaitan pula apabila dibacakan doa dan atau ayat-ayat Quran akan meracau-racau sebab kepanasan.