Cari Blog Ini

Sabtu, 17 November 2012

Penyelewengan MB N Sembilan punca Umno bakal tersungkur


Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR 16 Nov: Penyelewengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam skandal tanah akan menyebabkan Umno Negeri Sembilan tumbang pada pilihan raya umum (PRU) nanti, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, terlalu banyak penyelewengan oleh pemimpin Umno negeri demi mengkayakan kroni.
Rafizi menunjukkan dokumen mengenai pelan rancangan struktur Negeri Sembilan 2001-2010 yang dikaitkan dalam skandal tanah oleh Mohamad.
“Banyak penyelewengan dan puak-puak yang berebut mengaut keuntungan. Bila kita dedahkan, ia menimbulkan perasaan cemburu antara puak itu dan menyebabkan keretakan kepada Umno Negeri Sembilan dan keretakan itu yang akan tumbangkan mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi.

Oktober lalu, KEADILAN mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Mohamad.

Pada 2 November, Rafizi mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.

Menurut Rafizi, pada 3 Mac 2004, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS.

Kerajaan negeri juga rakus merampas tanah di sekitar Pantai Teluk Kemang, meluluskan projek dan menghalau peniaga tempatan.

Ekoran itu, lebih kurang 100 wakil peniaga berhimpun di perkarangan Parlimen awal November lalu bagi membantah kezaliman kerajaan negeri.

“Banyak lagi bukti penyelewengan mereka dan kita akan terus dedah sehingga menjelang PRU 13,” kata Rafizi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan