Cari Blog Ini

Khamis, 18 Oktober 2012

Zahid Hamidi Jadi TPM Selepas PRU 13


Shahbudin Husin
Jika Muhyiddin Yassin mula mendapat perhatian yang semakin meluas sebagai sosok yang dilihat lebih sesuai menggantikan Najib yang penuh dengan segala macam masalah selepas piihanraya umum akan datang, nama Zahid Hamidi turut meniti di bibir majoriti ahli dan perwakilan UMNO sebagai tokoh yang paling mantap untuk bergandingan dengan Muhyiddin.
Tidak dapat dinafikan pilihanraya yang mesti diadakan sebelum April 2013 ini adalah
penentuan hidup dan mati karier politik Najib. Kalah atau gagal mendapat majoriti dua pertiga, Najib pasti dihumban ke lembah persaraan. Hanya kejayaan mendapat majoriti lebih dua pertiga saja yang mampu memberikan talian hayat bagi bernafas lebih lama di Seri Perdana.

Sementara PR makin bertambah keyakinan disebalik pelbagai isu yang kini hampir semuanya menjadikan UMNO dan BN semakin lemah, di dalam UMNO sendiri Najib juga mula menghadapi bibit-bibit persaingan daripada timbalannya, Muhyiddin.

Muhyiddin kini seakan memulakan apa yang dipanggil "constructive critism" iaitu memberi komen seakan-akan bersetuju dengan sesuatu isu yang dibangkitkan Najib tetapi sebenarnya memberi tekanan dalam masa yang sama.

Contoh yang jelas ialah cadangan Muhyiddin agar BR1M diteruskan sebagai program yang berpanjangan atas alasan ia mampu melonjakkan kuasa beli rakyat sedangkan Najib pula hanya mahu menjadikan BR1M sebagai "umpan politik" bagi menghadapi pilihanraya ini sahaja. Sementara Muhyiddin mahukan ia diteruskan, Najib pula sehingga ini masih berdiam diri dan tidak berani bersuara sama ada BR1M masih ada atau tidak pada tahun hadapan jika BN terus berkuasa.

BR1M yang bernilai RM500 saja sudah memakan belanja lebih RM3 billion setahun, dan dengan Najib mewujudkan juga BR1M untuk orang bujang bernilai RM250, baucer buku kepada pelajar universiti sebanyak RM250 dan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah, jumlah wang tunai yang diperlukan Najib sebagai "umpan politik" sebenarnya amatlah besar. Ditambah dengan suasana ekonomi yang tidak berapa baik sekarang, pendekatan membeli sokongan ini dilihat banyak pihak seperti mahu memufliskan negara.

Cadangan Muhyiddin agar BR1M diteruskan lagi jelas mahu memberi tekanan kepada Najib tetapi dalam masa yang sama pendekatan itu cuba memihak kepada rakyat dalam jangka panjang berbanding Najib yang hanya mahu berjangka pendek.

Selain itu, Muhyiddin juga berbeza pendapat dengan Najib mengenai 1Malaysia. Najib gah menggambarkan dirinya dengan slogan 1Malaysia tetapi Muhyiddin tetap meletakkan dirinya Sebagai orang Melayu melebihi sebagai rakyat Malaysia.

Mengekalkan jati dirinya sebagai lebih Melayu berbanding Najib dalam kemelut politik yang getir sekarang jelas menggambarkan bahawa Muhyiddin tidak mahu tergelincir daripada sokongan fundamental dalam UMNO itu sendiri.

Dengan mengekalkan jiwa Melayunya, Muhyiddin tahu kelebihan akan memihak kepadanya jika keputusan kurang daripada 140 kerusi Parlimen yang mampu digapai oleh BN dalam pilihanraya akan datang.

Dalam konteks yang sama, seiring dengan melonjaknya nama Muhyiddin, nama Zahid Hamidi kelihatan lebih ke depan berbanding dua lagi Naib Presiden UMNO iaitu Hishammuddin Tun Hussein dan Shafie Afdal untuk menjadi pemimpin utama UMNO.

Jika BN sekadar menang dengan majoriti tipis dan Muhyiddin didesak untuk mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan sebagaimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah dulu, tidak syak lagi Zahid adalah gandingan yang sesuai bersama-sama dengan Muhyiddin untuk memulihkan kembali kekuatan UMNO.

Dengan pengalaman, rekod baik, peribadi serta rangkaian sokongan yang luas di dalam dan di luar UMNO, Zahid jauh lebih diyakini berbanding pesaing terdekatnya, Hishammuddin.

Sebagaimana Najib sering digambarkan sebagai PM paling lemah, Hishammuddin juga digambarkan sebagai Menteri Dalam Negeri paling tidak berwibawa sejak merdeka. Wibawanya berbanding dengan Tun Dr Ismail, Ghazali Shafie dan Musa Hitam yang pernah menjadi Menteri Dalam Negeri sebelum ini sering dijadikan perbandingan.

Kegagalan beliau menanganai isu perhimpunan Bersih dengan bijaksana, menyatakan tindakan merampas kamera wartawan sebagai mematuhi SOP polis tetapi kemudiannya dibantah oleh Ketua Polis Negara sendiri dan kenyataan yang seperti tidak memberi jaminan terhadap keselamatan rakyat dalam isu bas jelajah Anwar disimbah cat merah, jelas menggambarkan beliau tidak mempunyai pengetahuan yang secukupnya mengenai bidang tugas kementeriannya sendiri.

Keyakinan terhadap Hishammuddin bukan saja merudum di mata rakyat, malahan juga terjejas teruk di kalangan ahli dan perwakilan UMNO sendiri. Di laman sosial Facebook dan Twitter, beliau banyak dicemuh oleh ahli UMNO sendiri ketika isu Bersih dulu.

Beliau mungkin hanya selamat jika Najib terus menang dengan cemerlang tetapi dengan kemungkinan BN hampir mustahil mencapai kejayaan lebih baik daripada 2008, dengan sendirinya kedudukan Hishammuddin juga bagaikan telur di hujung tanduk.

Jika UMNO dan BN kalah pula, nasib Zahid Zahidi mungkin lebih menyerlah. Selain kedudukannya tetap terjamin untuk bergandingan dengan Muhyiddin bagi memulihkan UMNO, Zahid juga mungkin didesak untuk terus menerajui UMNO bagi menghadapi piliharaya yang seterusnya. Ini kerana dengan tumbangnya kerajaan Pusat ketika itu, ia juga mungkin dilihat sebagai kegagalan gandingan Najib dan Muhyiddin dan ia menjadikan alasan terbaik untuk menyingkirkan kedua-duanya sekali.

Dan kiranya BN terus kekal memerintah melebihi majoriti dua pertiga serta Najib pula kekal sebagai Presiden UMNO dan PM, Zahid Hamidi juga dilihat mungkin mencabar kedudukan nombor dua dalam UMNO bagi menempatkan dirinya mengempuki kerusi Timbalan Perdana Menteri yang kini diduduki oleh Muhyiddin.

Sama ada Zahid akan mencabar kedudukan Muhyiddin atau menjadikan persaingan nanti kepada tiga penjuru dengan penyertaan Hishammuddin dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO itu, ramai yang percaya Zahid akan mempunyai kelebihan dalam persaingan itu nanti.

Selain wataknya yang disenangi, mudah didekati, berpengalaman, rekod baik dan peribadi yang meyakinkan, Zahid juga mempunyai rangkaian yang luas dalam UMNO yang dikenali sebagai Grup Sahabat. Grup ini wujud secara semulajadi bermula ketika Zahid menjadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Grup ini dianggotai oleh kalangan yang pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian atau perwakilan UMNO ketika Zahid memegang kedua-dua jawatan tersebut.

Dengan Zahid kini menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan, rangkaian grup ini menjadi semakin luas dan berkembang. Pertemuan, perbincangan tidak rasmi, sembang kedai kopi dan majlis-majlis sosial juga kerap mempertemuan mereka ini daripada seluruh negara.

Jamuan hari raya yang diadakan Zahid Hamidi yang mengundang limpahan hadirin setiap tahun adalah salah satu ukuran yang boleh dilihat untuk untuk menilai sokongan terhadapnya melalui kewujudan Grup Sahabat itu.

Selain itu, dengan kejayaan Angkatan Tentera Malaysia melangkah ke final Piala Malaysia setelah 49 tahun menanti juga sedikit-sebanyak melonjakkan lagi rating Zahid di mata umum.

Hakikatnya, berbanding Najib yang hampir pasti akan "tenggelam" selepas pilihanraya akan datang dan Muhyiddin yang "entahkan hidup entahkan mati" serta Hishammuddin pula tidak pasti antara "timbul dan tenggelam", Zahid sebaliknya mempunyai cahaya yang lebih terang di hujung terowong perjalanan karier politiknya.

Pencacai UMNO kata tiada perbicaraan Scorpene di Perancis.. tapi surat apa pulak dari Perancis nih?



Beberapa minggu yang lalu, pencacai UMNO termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Polis telah menyerbu pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Difahamkan tujuan serbuan adalah untuk cuba mencari apa saja bukti bagi menakut-nakutkan NGO tersebut dari meneruskan pembongkaran skandal komisen kapal selam kelas Scorpene yang membabitkan DS Najib Tun Razak.

Nampaknya tindakan pihak berkuasa yang jelas diperkudakan oleh UMNO itu tidak langsung menakutkan atau menghalang SUARAM dari terus membongkar dan mendedahkan skandal tersebut kepada umum.

Tidak lama kemudian pencacai UMNO/BN yang lain pula menyebarkan cerita kononnya tiada perbicaraan berlangsung di Paris, Perancis seperti yang didakwa SUARAM.

Ini berdasarkan satu kenyataan yang dibuat bekas pendakwaraya negara itu, Yves Charapenel.

Berikutan kenyataan itu William Bourdon (peguam SUARAM) dalam satu kenyataan balasnya mendakwa kenyataan Yves Charpenel benar-benar bercanggah dengan Tribunal 

Ini kerana The deGrande Instance telah memulakan siasatan jenayah SUARAM telah diterima sebagai pihak sivil sejak Mac 2012 ~ Sila baca sepenuhnya kenyataan beliau di ( SINI )

Bagi menyokong kenyataan William Bourdon pula salah seorang peguam yang berhujah di hadapan dua hakim yang mendengar kes tersebut pada Mac lalu, Fadiah Nadwa Fikri tampil dengan satu lampiran faksimili yang dihantar dari Paris.

Fadiah memuat naik gambar lampiran tersebut menerusi akaun Twitter miliknya semalam (gambar atas).

Berikut adalah dokumen yang telah dimuat naik itu..

Faksimili lampiran muka surat dua dari tiga helaian tersebut dihantar kepada Pengerusi Suaram, Kua Kia Soong itu bertarikh 11 April 2012 dan dialamatkan kepada peguam Suaram di Paris, William Bourdon yang dihantar pulang dari KLIA ke Paris pada Julai tahun lalu.

Hakim tribunal Grande de Instance di Paris, Roger le Loire yang menjadi salah seorang hakim tribunal tersebut mengesahkan bahawa Suaram masih salah satu pihak yang menuntut dalam perbicaraan tersebut.

Surat tersebut ditulis dalam Bahasa Perancis dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris dilakukan seorang lagi peguam yang dilantik, Joseph Breham.

Laporan lebih lengkap sila baca disini ( Jalan Pulang )

Spekulasi Musa Hassan Sertai PAS Semakin Bertiup Kencang


SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dengan keras khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai Pas atau mana-mana parti.Malah beliau juga menegaskan, keputusannya menarik balik kes saman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tiada kaitan dengan khabar angin dan spekulasi kononnya akan menyertai parti politik pembangkang termasuk Pas.“(Khabar angin) tidak ada kaitan dengan kes semalam,” kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya dakwaan dan spekulasi di laman siber bahawa beliau akan menyertai Pas, Musa yang bersara sebagai Ketua Polis Negara akhir 2010 berkata: “Itu tidak benar.""Kalau cerita-cerita yang keluar di Internet tu, tahu sahajalah kebenarannya.“Lagipun sama ada Pas ataupun Umno, tidak ada sesiapa pun yang datang berjumpa saya untuk menawarkan keahlian,” kata beliau lagi.

Semalam, Musa menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, berhubung siasatan insiden 'mata lebam' pada 1998.Keputusan itu dicapai dan diputuskan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad semasa prosiding hari pertama perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memutuskan kes itu dibatalkan tanpa sebarang kos.

Musa menjelaskan, sejak mula berkhidmat sebagai anggota polis, beliau tidak pernah terlibat atau menyatakan sokongan terhadap mana-mana parti politik.Ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai Pas jika ada tawaran, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.“Saya tidak boleh cakaplah tentang perkara di masa depan.“Pada diri saya, saya bebas dan undi saya adalah rahsia jika ditanya tentang parti mana yang akan saya pilih pada pilihan raya,” kata beliau yang kini mengajar secara kontrak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Baru-baru ini beberapa laman web dan portal berita termasuk Harakahdaily melaporkan seorang bekas Ketua Polis Negara akan menyertai Pas.Pas, rakan komponen Pakatan Rakyat, telah menerima kemasukan beberapa bekas pegawai kanan perkhidmatan awam, antaranya bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari.Turut menyertai Pas ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof. ~sinar

Perancis siasat dakwaan rasuah, bukan campur tangan – Suaram



KUALA LUMPUR : Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Siong berkata, siasatan mahkamah Perancis bukan untuk campur tangan hal ehwal Malaysia, sebaliknya bagi menyiasat dakwaan rasuah kepada mereka yang terbabit dalam urus niaga Scorpene.
“Mahkamah Perancis menjalankan siasatan kerana syarikat yang menjual kapal selam adalah milik Perancis. Mereka mahu menyiasat adakah wujud rasuah atau komisen yang dibayar kepada Malaysia,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur (KLSCAH), hari ini.
Pegawai Eksekutifnya, Cynthia Gabriel menjelaskan, kehadiran peguam Suaram ke negara ini bukan bertujuan mencampuri urusan Parlimen, tetapi bagi menerangkan situasi sebenar ekoran berlaku kekeliruan sebelum ini.
Menurutnya, jemputan ke Parlimen Malaysia bukan hanya kepada peguam Suaram, malah undangan turut diberikan kepada peguam mewakili syarikat pertahanan Perancis, DCNS – Olivier Metzner.
“Jemputan kepada kedua-dua belah pihak supaya penerangan dapat diberikan secara adil dengan mengambil kira pandangan kedua-dua pihak,” katanya.
Bagaimanapun, setakat ini beliau masih belum tahu sama ada peguam DCNS bersetuju untuk datang ke Malaysia atau sebaliknya.
Dalam perkembangan berkaitan, peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri menyelar sekeras-kerasnya dakwaan Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Taib, kononnya permohonan Suaram untuk menjadi parti sivil kes itu ditolak.
Fadiah menegaskan, hakim di Tribunal deGrande Instance, Roger Le Loire dan Serge Tournaire telah menerima Suaram sebagai parti sivil sejak Mac 2012.
“Jika anda telah mengikuti perkembangan kes itu, kita telah memberi keterangan di hadapan hakim pada 19 April lalu. Hakim sebenarnya telah menerima permohonan kita untuk memberi senarai saksi untuk proses mahkamah,” katanya.
Tujuh saksi dinamakan oleh Suaram termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam; bekas penganalis politik, Abdul Razak Baginda, bapa dan isteri Abdul Razak, Abdul Malim Baginda dan Mazlinda Makhzan serta pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl.

PANAS: Najib dah tak cukup jari nak gigit...


PRU 13 mungkin dalam Nov. atau Dis. 2012 ..!!!

Najib masih takut membubarkan parlimen, namun oleh kerana tempoh edah semakin dekat nak tamat, rakyat sudah boleh mengagak bila parlimen akan dibubarkan dan bila tarikh PRU Ke-13 akan diumumkan.

Apa yang rakyat tunggu sekarang ini ialah bila “janji ditepati” nak ditunaikan? sebagaimana yang dibentang oleh Najib dalam Bajet 2013 tempoh hari? Rakyat Malaysia sama ada yang menyokong Najib atau tidak, tetap mengharap janji itu disegerakan.

Gulungan ibubapa pelajar pasti mengharapkan bantuan pelajar bernilai RM100 itu diperolehi sebelum sesi persekolahan 2013 dibuka. Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia - BR1M RM500, BR1M RM250 dan “one off” RM1000 untuk bekas tentera.

Sebenarnya Najib tidak perlu berahsia lagi bila nak buat pilihanraya. Rakyat semakin cerdik, petani, peneroka atau penjaja pasar malam pun boleh meramalnya. Walaupun Najib ada menyebut yang PRU akan diadakan tahun depan yakni sebelum berakhirnya April tetapi itu adalah helah Najib. Awal 2013 rakyat Malaysia sibuk dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina,, mana mungkin!. Justeru, tarikh PRU 13 yang kita kira sangat manasabah ialah dua bulan setengah dari sekarang, yakni pada November atau Disember depan.

“Janji Ditepati” yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, terutama yang melibatkan habuan tunai mesti disegerakan sebelum sekolah dibuka awal Januari 2013. Andainya kerajaan Najib melunaskan janjinya melewati Disember 2012, maka harapan BN untuk meraih simpati dari rakyat menjadi semakin tipis. (Sumber)

GEMPAR!! Lokman Nor Adam bercakap dengan kerusi di Negeri Sembilan!!


AnakSgDerhaka 
Pertengahan Mei lalu Senator Ezam Mat Nor telah dilaporkan bercakap dengan kerusi setelah beliau dijemput sebagai pemidato utama dalam ‘Pidato Perdana’ yang telah diadakan di Bandar Petrajaya, Sarawak.

Beliau dilaporkan bercakap dengan kerusi kerana ‘Pidato Perdana’ ini menyaksikan kerusi lebih banyak dari manusia.

Mungkin rakyat di Sarawak sudah muak mahu mendengar fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim yang bakal di sampaikan oleh Ezam.. isu dia ni Anwar saja.. mana ada isu lain dah... sila baca di ( SINI )

Kali ini pula sahabat kepada Ezam Mat Noor iaitu Lokman Noor Adam pula melalui pengalaman yang sama dengan apa yang telah Ezam lalui.

Dalam ceramah UMNO yang bertajuk ‘Penjelasan Bajet Kerajaan vs Buy Jet Populis Pembangkang’ di Simpang Durian, Negeri Sembilan Lokman Noor Adam seolah-olah sedang bercakap dengan kerusi…

Ini kerana jumlah kerusi yang dihadirkan ke tempat ceramah tersebut jelas melebihi jumlah manusia yang hadir mendengar ucapannya.

Gambar-gambar di bawah ini dirakam telah dirakam ketika penceramah utamanya iaitu Lokman Noor Adam, Exco Pemuda UMNO Malaysia sedang menyampai pidatonya.

Ceramah Pemuda UMNO di Simpang Durian, Negeri Sembilan malam ini cukup meriah dengan kerusi.. disebabkan kerusi lebih banyak dari manusia ianya hambar, sunyi sepi dan lenggang.
Lokman Noor Adam sedang berucap
Sebelah kiri pentas
Di hadapan pentas
Di sebelah kanan pentas
Gambar dari jauh.. kerusi banyak sekali..
Butir-butir ceramah seperti biasa... mengguna pakai apa yang disediakan oleh JASA.

Kisah DAP nak jadikan Kristian sebagai agama rasmi, Soros membiayai dana PR dan maukan DSAI jadi Perdana Menteri boneka selain memfitnah DSAI kaki liwat dan zina.

Simpang Durian ini difahamkan terletak dalam daerah Jelebu @ Kuala Klawang dimana ahli parlimennya Rais Yatim.

JASA salah satu Jabatan yang terletak dibawah Kementeriannya dan Lokman Noor Adam adalah seorang yang dilantik bergaji sebagai Ahli Pemikir JASA.

Sebenarnya bukan mereka saja yang punya kebolehan bercakap dengan kerusi.. ADUN Sungai Rapat pun punya kebolehan yang sama..

Rabu, 17 Oktober 2012

Dah depa tak bagi BKT JALIL jom kita serbu SENAWANG SEREMBAN pula...!!!


Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat, Senawang 3 Nov

bukit jalil terpaksa di tolak sebab renovation...
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengadakan Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Seremban 3 November ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, program itu merupakan pemula kepada program jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan selepas itu, lapor Keadilandaily.

Program tersebut dijadual bermula jam 4 petang hingga 12 malam dengan dihadiri semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat.

Antaranya termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.


Himpunan Kebangkitan Rakyat sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini namun ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF.

Ianya telah diumumkan ditunda ke Januari Tahun hadapan dan pihak penganjur sedang membuat permohonan untuk mendapatkan sama ada Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka.

Bagaimanapun, pelancaran himpunan itu tetap dibuat pada tarikh sama tetapi dengan mengubah tempatnya ke Senawang Negeri Sembilan.

Dari Negeri Sembilan, program jelajah Kebangkitan Rakyat pula katanya akan bergerak ke seluruh negara mengikut zon dan negeri.

Menurut Mohamad, mereka akan bergerak ke setiap negeri termasuk Kedah, Terengganu, Pahang, Johor serta Perak dan diikuti negeri-negeri lain sebelum kemuncak himpunan tersebut di ibu negara Januari tahun hadapan.

Himpunan kali ini katanya adalah bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan oleh kerajaan.

PAS Akan Terus Hilang Sokongan Atas Pagar Melayu Selagi Nasa Tidak Dipecat




Malaysiakini melaporkan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL):

"Terdapat kesangsian yang tinggi terhadap percanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti dalam Pakatan dan kelemahan dalam pentadbiran yang didedahkan oleh media massa," ringkasan kajian itu dipetik".

Kalau kita sedar, Nasaruddin kerap kali menaikkan isu yang dangkal di media. Sejak akhir-akhir ini Nasaruddin sering mencari gaduh dengan DAP di atas isu-isu yang telah lama selesai di peringkat parti. Saya tidak mahu mengulas panjang terhadap isu yang dinaikkan Nasa. Buang masa aje.

Cumanya setiap kali Nasa membuka mulut mengecam DAP, Pakatan Rakyat dilihat sebagai sering bercanggah sesama sendiri oleh mereka yang berada di atas pagar. 

Imej seperti ini hanya akan mengurangkan undi kepada PAS yang banyak bergantung kepada undi orang Melayu. Bayangkan kalau PAS kalah dengan di Parlimen atau DUN dengan undi yang tipis (sekitar 1000 undi ke bawah). Ia bererti PAS kalah hasil usaha Nasaruddin Mat Isa.

Baru lah Tulang Besi faham apa tugas Nasaruddin Mat Isa sekarang ini. Menggunakan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Syura untuk menyerang DAP. Apabila ini terjadi, imej Pakatan Rakyat yang sering bercanggah akan mengurangkan undi orang Melayu kepada PAS.

Nasa sedang berusaha bersungguh2 membantu UMNO menang kerusi. Oleh kerana Harun Din masih kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am, maka mustahil Nasa boleh dipecat dari Majlis Syura. Tiada jalan melainkan Nasa dipecat sebagai ahli PAS seperti Hasan Ali. Apabila Nasa telah dipecat dari ahli, beliau tidak boleh lagi berucap bagi pihak PAS.

Kalau tak buat, janganlah menangis bila di kerusi-kerusi yang PAS kalah tipis. Tulang Besi dah beri amaran awal.

Harus diingat pilihanraya yang akan datang ini bakal menyaksikan pilihanraya yang paling dekat keputusannya. Mungkin, dengan undi yang beberapa ratus itu sahaja sudah mencukupi untuk menumbangkan Barisan Nasional. 


Ertinya, setiap undi adalah berharga. Dan usaha Nasa ini walaupun dilihat kecil tapi mampu mengurangkan undi PAS di setiap kerusi dalam kadar ratusan. Ia bererti PAS mungkin akan hilang banyak kerusi tetapi dengan majoriti yang kecil hasil dari usaha gigih Nasaruddin Mat Isa menyerang DAP ini.

Pecatlah Nasa ni dari PAS, wahai pimpinan PAS sekelian. Nanti kita juga yang akan menyesal.
Tulang Besi

Full Video : Ceramah Anwar Dan Mat Sabu Di Permatang Pauh






Jelajah Merdeka Rakyat, Permatang Pauh 14/10/2012

Bulu Hitam Nakhaei Makin Panjang


Mohd Sayuti Omar
Hari ini seorang lagi bekas Naib Presiden Pas yang mendesak Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatan Mursyidul Am Pas dan diganti dengan Dr Haron Din.
Kali ini giliran Nakhaei Ahmad yang telah meninggalkan Pas kira-kira lebih 20 tahun lalu yang mengasak Nik Aziz. Nakhaei pemimpin kanan yang pernah diramalkan bakal mengambil alih pucuk pimpinan Pas menyertai Umno 1989.

Penyertaan Nakhaei didalam Umno itu juga sedikit sebanyak kerana beliau teruja dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan akan mengambil alih pepimpinan negara dari Mahathir. Malangnya penyertaan Nakhei itusilap hari bulan kerana 10 tahun kemudian Anwar dipecat dari Umno.

Mujur juga rakannya Hasan Akidah bersuara mendesak Nik Aziz letak jawatan, ia membolehkan Nakahei turut menyambung tugas dan menjaja suara serak-serak basahnya. Dengan cara itu oarng akan ingat dan tahu bahawa bekas Ahli Parlimen Baling ini masih ada.

Sudah lama Nakhei tidak bersuara. Di pentas-pentas politik dia hampir tidak ada langsung. Populariti Abdullah Samah mengatasi poulariti beliau sebagai ahli pidato Pas satu masa lalu. Boleh jadi juga Nakhaei ini cemburu dengan populariti dan juga bayaran-bayaran dan imbuhan yang diberikan Umno kepada Abdullah Samaah atas nama pengasas pondok yang berkapastiti murid 24 orang.

Apabila dia menyertai Umno dulu nasibnya dikira lebih baik dari dia berada dalam Pas. Apa lagi Anwar yang juga kawannya ketika itu sedang bergerak ke Putrajaya. Nakhaei mengira dia akan mendapat manfaat dari pencapaian Anwar. Tetapi malang ternyata tidak. Nakhei tidak mendapat habuan sebesar pengorbanannya meninggalkan Pas kemudian memburukkan Pas. Dia dilantik menjadi Pengerusi Yayasan Dakwah Malaysia (Yadim). Setakat itu saja.

Alasan diberikan Nakhaei agar Nik Aziz berundur ialah kerana Nik Aziz menjadi liabiliti kepada parti itu dan ada kalanya memuji DAP menyebabkan timbul kekalutan di dalam Pas. Pas menjadi berpuak-puak. Ahli Pas yang mahukan hudud katanya keliruan dengan tindakan Nik Aziz itukerana DAP menentang hudud.

Sejauh mana benar yang Nakhaei nampak terserah kepadanya. Tetapi itulah alasannya. Alasannya sama dengan lasan diberikan Hasan Akidah untuki menghalalkan tindakannya menentang Pas sehingga tidak mahu merayu dan kini sudah terpecat sebagai ahli.

Sebenarnya alasan Nakhaei dan Ahasan Akidah itu tidak betul dan sengaja untuk memburuk-burukan DAP semata-mata. Alasan itu juga tidak cukup akademis kerana ia tidak ada kajian menyeluruh dan dibuat atas perasaan dan sentimen.

Sebagai seorang ahli politik yang bukan standard ketua cawangan, sepatutnya mereka tahu masalah perlaksanaan hukum hudud di negara ini kenapa ia tidak dapat dilaksanakan bukan kerana tentangan DAP. Kalau itu realitinya hebatlah DAP kerana boleh mengagalkan cita-cita dan hasrat umat Islam negara ini.

Kesukaran atau pun masalah perlaksanaan hudud terletak kepada perlembagaan dan sejauh mana political will parti politik Islam, Pas dan Umno itu sendiri. Ia terletak kepada keinginan dan keyakinan orang yang memerintah dan berkuasa. DAP tidak menjadi halangan.

Kenapa saya berkata begitu, Umno sebagai kerajaan mereka berkuasa. Umno selalu menang pilihan raya dengan majoriti 2/3 dalam 11 kali pilihan raya. Dengan kuasa atau majoriti itu tidak ada sebab untuk Umno menggubal dan cuba melaksanakan hudud. Namun hukum hudud tetap juga tidak digubal dan dibahaskan. Kalau hari ini Umno memberi alasan kerana mereka tidak apar majoriti 2/3... apakah partiitu berani untuk berjanji kalau mereka dapat majoriti 2/3 mereka akan laksanakan hudud?

Saya rasa tidak... no no no.

Ertinya Umno tidak hendak kepada hudud. Nakahei sendiri yang duduk di dalam Umno selama 20 apakah beliau bersuara agar parti itu melaksanakan hudud? Rasanya tiak. Apa yang Nakhaei cuba berikan kepada Abdullah Ahmad Badawi hanya Islam Hadhari yang celaru.

Maka alasan Pas takut kepada DAP kerana DAP akan menghalang hudud seperti mana dakwa Nakhaei dan juga Hasan Akidah itu adalah rekaan dan alasan dangkal semata-mata. Alasan orang yang tidak faham politik dan malang lagi kefahaman bodoh itu pula diperpanjangkan kepada orang kampung.

Benar dan tepatlah kalau Anwar Ibrahim mengatakan Umno parti yang menipu rakyat. Parti yang memperbodoh-bodohkan rakyat. Manakala rakyat yang bodoh pula akan mudah menjadi dungu
Kalau Umno benar-benar berhajat kepada hudud dia boleh melakukannya. Kerana kalau Umno sebagai sebuah kerajaan bila ia hendak melakukan apa saja dilaklukan walaupun dibantah dan merugikan negara.

Beberapa polisi dan dasar Umno telah dibantah oleh DAP dan orang Cina tetapi Umno tidak menghiraukannya. Ia diteruskan juga. contoh klasiknya ialah Dasar Ekonomi baru (DEB) yang mempertuntukan kouta atau hak istimewa untuk Melayu sebanyak 30%, ia dibantah tetapi dilalsanakan juga.

Itu ertinya kalau Umno hendak ia boleh lakukan apa saja. DAP bukan penghalangnya terhadap apa-apa saja kehendak dan idea Umno. Bagi Umno suatu masa dia boleh berkata 'kun fayakun' saja. Jadi kalau diperkatakan Umno takut kepada DAP untuk melaksanakan hudud tidak benar, apa yang betulnya Umno tidak hendak kepada hudud. Sejejar itu Umno mengeluarkan apa saja alasan berbentuk menghina Islam.

Jadi kepada Nakhaei, cukuplah membodohkan rakyat dengan alsan-alasan lapok kebudak-budakan itu. Kerja menakutkan orang ini sudah tidak berlaku lagi zaman hari ini. Bukan saja manusia (pengundi) burung yang memakan padi di sawah juga sudah tidak takut lagi kepada patung orang-orang. Kalau burung sudah cerdik dan dapat menilai mana yang benar dan mana yang palsu apa lagi manusia.

Saya kasihan kepada Nakhaei dan juuga Hasan Akidah, makin mereka bercakap terserlah bulu hitam kebodohan di atas belakang mereka. Bulu hitam bodoh itu pula akan makin panjang dan mungkin akan mengatasi kepanjang bulu-bulu lain.

Dalam hubungi ini kerana kedua bekas naib presiden Pas itu mengaitkan nama Haron Din yang dikatakan layak mengambil alih tempat Nik Aziz itu perlu bersuara menyatakan sikap dan pendiriannya. Kalau beliau mendiamkan diri dengan pengkaitan nama mereka oleh Nakhaei dan Hasan itu ia akan ditafsirkan Haron Din sebagai bersedia. Lebih buruk dari itu nanti dikatakan beliau merestui cadangan berkenaan.

Melihat kepada hal ini saya nampak mereka mahu mengheret sama Haron Din mengambil pendirian dan sikap seperti mereka menyokong Umno. Mereka kalau boleh mahu Haron Din juga mengkritik Pas dari dalam. Saya sudah terdengar sebelum ini ada usaha pihak tertentu yang mahu mengangkat Haron Din bukan saja menjadi Mursyidul Am Pas, tetapi memiliki kuasa eksekutif sebagai presiden Pas.
http://msomelayu.blogspot.com

Pendeposit Tabung Haji Mesti Sebak Bila Tengok Gambar Ni..


Bagi yang sudah lama mendeposit wang masing-masing untuk tujuan menunaikan haji ke tanah suci Makkah, pastinya kini berkira-kira menunggu simpanan masing-masing mencukupi di samping turut menyimpan wang bagi perbelanjaan di sana pula.

Yang bekerja makan gaji, ada yang mendeposit dengan cara memotong gaji bulanan, malah ada yang mengikat perut semata-mata tidak mahu menunggu lama terutamanya yang sudah berusia lewat 40-an.

Manakala yang berniaga kecil-kecilan dan bersawah terpaksa membanting tulang empat kerat setiap hari bagi mencukupkan wang simpanan sekurang-kurangnya RM11 ribu seorang.

Bagaimanapun, matlamat sebenar Tabung Haji dari hanya menguruskan jemaah haji setiap tahun kini nampaknya semakin lama semakin tersasar.

Buktinya, lihat penyata gaji bulan Disember 2011 untuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang hanya bertaraf kontrak, Ismee Ismail seperti yang tertera di bawah.



Gaji pokok sahaja sudah berjumlah RM70 ribu manakala elaun lain seperti kenderaaan rasmi dan pemandu peribadi mencecah jumlah RM12 ribu menjadikan jumlah keseluruhannya hanya RM82 ribu sebulan sahaja!

Setelah ditolak semua caruman, gaji bersih yang diterima Ismee cuma RM54,155.25 sahaja sebulan!

Paling mengejutkan lagi apabila dilihat dari segi bonus sebanyak RM700 ribu sebulan yang pastinya menimbulkan persoalan bagaimana Tabung Haji mampu membayar sebanyak itu sedangkan setiap tahun rungutan mengenai kenaikan kadar sewa penginapan di Makkah tidak pernah surut?

Apakah agaknya perasaan penyimpan tabung haji apabila melihat sebegupitu banyak wang yang sudah pasti datang dari titik peluh mereka dengan mudah digunakan untuk membayar kos bagi hanya seorang CEO bertaraf kontrak?

Justeru wajar buat Tabung Haji menjawab persoalan yang dikemukakan ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mempersoalkan apakah mekanisme yang digunakan bagi menaikkan gaji CEO nya sehingga mencecah nilai sedemikian!

Kesemua persoalan tersebut menuntut jawapan sejujur mungkin bagi mengelakkan Tabung Haji dicop tidak lagi mempunyai kredibiliti menguruskan kewangan bagi orang Islam dan cuma sibuk memperkaya satu dua kerat kroni dan melabur wang pendeposit hingga rugi dan tidak mampu ditebus kembali.

Shahnon terima PAS bersama DAP dalam Pakatan

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad akur dengan keputusan PAS untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) tidak sepertimana yang dimainkan oleh media arus perdana tentang kononnya beliau tidak bersetuju PAS bekerjasama dengan DAP dalam PR, lapor Harakahdaily.
Beliau yang terkenal dengan novel SHIT sangat yakin menerusi kerjasama politik yang merupakan persefahaman antara tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP berkemungkinan mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 nanti.
“Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama. “Saya sangat yakin, insya-Allah menerusi tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; PAS, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat, malah tidak yakin dengan penyelesaian al-Quran dan al-Sunnah.
“Umno tak yakin dengan al-Quran dan Sunnah, berbeza dengan PAS yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah. Kerana dasar yang dipegang oleh PAS itulah saya masuk PAS,” katanya dipetik dari laman Harakahdaily.
Beliau turut meminta seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada artikel beliau yang menjelaskan kenapa bersama PAS dalam buku tulisan bertajuk Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi yang dikeluarkan pada tahun 2006 selepas beliau tidak lagi menjadi ahli Parlimen Sik.
Artikel beliau bertajuk ‘Penglibatan Ku dalam Jema’ah PAS’ dalam buku tersebut, menjelaskan secara terperinci sebab beliau bersama dengan PAS, iaitu menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran.
“Paling pokok yang mendorongku memilih jemaah PAS ialah kepimpinan para ulamanya yang menjadi dasarnya kerana sudah pasti ulama-ulama ini adalah pewaris para Nabi yang pastinya mempunyai sifat-sifat ulama yang tulen dan ‘amil dan bukan ulama-ulama ‘Suk’ yang tak boleh diharapkan,” tulis beliau dalam buku autobiografi tersebut.
Shahnon kesal akhbar dan media arus perdana yang mempergunakan wawancara dengan beliau untuk menggambarkan seolah-olah beliau tidak lagi bersama dengan PAS.
Baru-baru ini, akhbar arus perdana memainkan isu tentang Sasterawan Negara yang menjadi ahli PAS seumur hidup itu tidak bersetuju PAS bergabung dengan DAP dalam PR.

Mana Berahim Perkasa Ni Jangan Tido Je



Gara-gara menulis di laman mikroblog Twitter miliknya, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang terus dikecam termasuk dari pengikutnya sendiri!

Dengan niat menghina umat Islam sambil mendedahkan kedangkalan hujahnya, Keng Liang langsung tidak peduli itu semua sebaliknya terus mempertikaikan keputusan Kerajaan Kedah berhubung tindakan mengkaji peraturan papan iklan di negeri berkenaan.

Mesej Twitter Keng Liang yang menimbulkan kemarahan berbunyi:

@tankengliang imagine what will happen if PAS seize Putrajaya ....all Malaysian atheletes, incl nonMuslim must wear long pants & shirt with sleeves


@tankengliang bayangkan apa akan jadi jika PAS tawan Putrajaya ....seluruh atlit Malaysia, termasuk bukan Islam mesti pakai seluar panjang dan baju berlengan



Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, pihaknya memandang serius isu tulisan Ketua Pemuda Gerakan Kedah dalam twitternya itu yang didakwa bersifat jahat dan provokasi.

Kandungan tulisan itu antara lain mempersoal dan mempersenda arahan pakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada orang Islam.


Pengikut Keng Liang di Twitter turut mengutuk kenyataannya yang sangat biadap hingga menggelarnya 'orang dungu klasik'.

@firdyfire Classic moron logic @a_HIRO_r: Yes!! @tankengliang plse also tell ur boss  dat this is not n islamic country as he proclaimed.

@firdyfire Logik orang dungu klasik @a_HIRO_r: Ya!! @tankengliang Harap beritahu juga bos anda @NajibRazak yang negara ini bukannya negara Islam seperti yang diisytihar

Satu lagi twit turut mengundang ketawa:

@kuihgulung@tankengliang you've painted yourself as an epic moron. Undoubtedly.

@kuihgulung: @tankenglianganda menyerlahkan diri anda sebagai epik dungu. Tak dinafikan

Manakala satu lagi twit turut menyindir Keng Liang supaya mencari peguam yang baik walaupun dirinya sendiri merupakan seorang peguam!

"@leongyookkong @MalaysiaForAll Pls help @tankengliang 2find a good lawyer."- A false sensational & a loser lawyer can defend himself, what!

"@leongyookkong @MalaysiaForAll Harap bantu @tankengliang untuk mencari peguam terbaik." - Seorang personaliti sensasi palsu dan peguam gagal boleh dia cari sendiri apa!

Satu lagi twit menempelak Keng Liang menunjukkan kebodohannya:

@fendimalik Berpakaian sopan bukan polisi pas tapi tuntutan agama.Mcm mana lawyer mcm @tankengliang gagal membezakan perkara mudah sebegini?

Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi juga turut menempelak Keng Liang dalam Twitternya.

@khairulfaizi73 @chegubard: @tankengliang tutup aurat/pakai sopan utk elak 'jambu' teransang? Itu tak hina? Bangsat sungguh kamu..jgn brpolitik hingga hina agama Islam. 

Dalam pada itu, pelbagai pihak mendesak pihak polis menyiasat tulisan itu yang didakwa telah menghina agama Islam.

“Tan bukan sahaja menghina kepercayaan agama lain malah telah mengelirukan perkara sebenar tentang Islam. Soal menutup aurat bukan arahan parti PAS tetapi ianya adalah tuntutan Islam.

“SAMM mendesak polis membuka kertas siasatan dan Tan perlu ditahan dan telefon bimbitnya perlu dirampas sebagai bahan bukti tambahan dan dia perlu dihukum sewajarnya, “ kata penyelarasnya di Selangor, Azhar Achil.

Laporan sama turut dibuat Pemuda PAS Negeri Sembilan yang diketuai ketuanya Mohd Khairil Anuar Wafa dan ketua penerangan, Norazman Mohamad.
 

AES: Pakatan semak semula jika tawan Putrajaya

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat berpendirian akan menyemak serta mengkaji semula pelaksanaan Automated Enforcement System (AES) jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan raya Umum yang akan datang.


Berkata pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain semakan semula pelaksanaan AES, Pakatan akan turut membuat semakan kepada perjanjian antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarikat yang melaksanakannya.

"Jika kita mengambil alih Putrajaya nanti, kita akan membuat semakan serta kajian semula terhadap perlaksanaan AES.

"Apa yang kita lihat sekarang AES ini bukan sahaja telah membebankan rakyat serta untuk mengaut keuntungan tetapi juga lokasi-lokasi pemasangan AES ini turut meragukan," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya lagi, isi kandungan perjanjian juga turut menjadi isu utama semakan tersebut, ini bagi memastikan tidak wujud unsur-unsur keuntungan mahupun perkara yang boleh membebankan rakyat.

"Kita akan semak semuanya, begitu juga dengan kadar had laju sekarang sama ada masih sesuai ataupun tidak.

"Ini adalah kerana teknologi kelajuan sesebuah kereta itu telah meningkat dan ia sudah jauh bezanya sejak dari awal hadlaju itu ditetapkan," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut berpendapat pelaksanaan AES ini bersifat meragut hak rakyat.

"Kita menyokong apa yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat dalam pelaksanaan AES ini dan ia perlu dipertimbangkan semula

"Pelaksanaan AES ini hanyalah bersifat meraih keuntungan dengan cara meragut wang dari poket rakyat," kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau berpendapat kerajaan perlu mengadakan rundingan sebelum pelaksanaan AES dilaksanakan.

"Rakyat tidak berpuashati dengan pelaksanaan ini, mereka menyifatkan ia bukannya untuk mengurangkan kemalangan tetapi lebih kepada mencari keuntungan," sambung beliau lagi

Untuk makluman, AES adalah satu sistem yang dinaiktaraf dan beroperasi selama 24 jam sehari untuk merakam kesalahan hadlaju dan juga di persimpangan lampu isyarat.