Tinjauan Merdeka Center yang dikeluarkan Jumaat lalu mendapati 57 peratus rakyat Sabah tidak puas hati dengan prestasi ekonomi di Sabah.
Hanya 56 peratus pengundi puas hati dengan kerajaan negeri berbanding 62 peratus pada November 2009.
Kawasan timur negara digambarkan sebagai "simpanan tetap" BN.
Kaji selidik itu menunjukkan penilaian terhadap Datuk Seri Musa jatuh daripada 60 peratus pada November 2009 kepada 45 peratus bulan lalu (September 2012).Ini menunjukkan BN akan berhadapan dengan beberapa halangan di kubu kuat mereka menjelang pilihan raya tidak lama lagi.Merdeka Center berkata penurunan populariti Datuk Seri Musa paling tinggi dalam kalangan pengundi bumiputera Islam, yang menjadi tulang belakang sokongan Umno negeri itu, dengan penurunan daripada 72 peratus pada November 2009 kepada 51 peratus bulan lalu.
Datuk Seri Musa juga ketua Umno Sabah dan BN.
Adalah diyakini rakyat Sabah telah mual, jemu dan bosan dengan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa yang berleluasa dikalangan pemimpin Barisan Nasional, terutamanya parti haramjadah agen Zionis bernama Umno.
Rakyat Sabah telah mulai sedar bahawa kemasukkan Umno ke Sabah semata-mata bertujuan untuk mengambil dan mengaut hasil bumi Sabah melalui kroni-kroni Umno dan Barisan Nasional. Sejak berpuluh tahun lalu, pemimpin Barisan Nasional telah meratah segala hasil bumi negeri Sabah menyebabkan rakyat Sabah hidup dalam keadaan kesukaran dan derita.
Kerajaan Rakyat mengingatkan kepada seluruh rakyat Sabah agar mengambil kesempatan dalam pilihan raya negeri dan pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti untuk menghumbankan Umno / BN dan berikan undi kalian kepada calon dari Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan