Cari Blog Ini

Rabu, 17 Oktober 2012

PAS Akan Terus Hilang Sokongan Atas Pagar Melayu Selagi Nasa Tidak Dipecat




Malaysiakini melaporkan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL):

"Terdapat kesangsian yang tinggi terhadap percanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti dalam Pakatan dan kelemahan dalam pentadbiran yang didedahkan oleh media massa," ringkasan kajian itu dipetik".

Kalau kita sedar, Nasaruddin kerap kali menaikkan isu yang dangkal di media. Sejak akhir-akhir ini Nasaruddin sering mencari gaduh dengan DAP di atas isu-isu yang telah lama selesai di peringkat parti. Saya tidak mahu mengulas panjang terhadap isu yang dinaikkan Nasa. Buang masa aje.

Cumanya setiap kali Nasa membuka mulut mengecam DAP, Pakatan Rakyat dilihat sebagai sering bercanggah sesama sendiri oleh mereka yang berada di atas pagar. 

Imej seperti ini hanya akan mengurangkan undi kepada PAS yang banyak bergantung kepada undi orang Melayu. Bayangkan kalau PAS kalah dengan di Parlimen atau DUN dengan undi yang tipis (sekitar 1000 undi ke bawah). Ia bererti PAS kalah hasil usaha Nasaruddin Mat Isa.

Baru lah Tulang Besi faham apa tugas Nasaruddin Mat Isa sekarang ini. Menggunakan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Syura untuk menyerang DAP. Apabila ini terjadi, imej Pakatan Rakyat yang sering bercanggah akan mengurangkan undi orang Melayu kepada PAS.

Nasa sedang berusaha bersungguh2 membantu UMNO menang kerusi. Oleh kerana Harun Din masih kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am, maka mustahil Nasa boleh dipecat dari Majlis Syura. Tiada jalan melainkan Nasa dipecat sebagai ahli PAS seperti Hasan Ali. Apabila Nasa telah dipecat dari ahli, beliau tidak boleh lagi berucap bagi pihak PAS.

Kalau tak buat, janganlah menangis bila di kerusi-kerusi yang PAS kalah tipis. Tulang Besi dah beri amaran awal.

Harus diingat pilihanraya yang akan datang ini bakal menyaksikan pilihanraya yang paling dekat keputusannya. Mungkin, dengan undi yang beberapa ratus itu sahaja sudah mencukupi untuk menumbangkan Barisan Nasional. 


Ertinya, setiap undi adalah berharga. Dan usaha Nasa ini walaupun dilihat kecil tapi mampu mengurangkan undi PAS di setiap kerusi dalam kadar ratusan. Ia bererti PAS mungkin akan hilang banyak kerusi tetapi dengan majoriti yang kecil hasil dari usaha gigih Nasaruddin Mat Isa menyerang DAP ini.

Pecatlah Nasa ni dari PAS, wahai pimpinan PAS sekelian. Nanti kita juga yang akan menyesal.
Tulang Besi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan