Cari Blog Ini

Rabu, 3 Oktober 2012

Himpunan mega Kebangkitan Rakyat 3 November di Bukit Jalil


KUALA LUMPUR 3 OKTOBER: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan sebuah himpunan yang dinamakan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang bakal mengambil di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November 2012, bermula pada jam 4 petang dan berakhir pada 12 tengah malam
Perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat serta barisan NGO ini bertujuan mendesak kerajaan melalui SPR membersihkan senarai pemilih pilihanraya sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.
Membuat pengumuman tersebut, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bersama Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke, Naib Presiden PKR Tian Chua dan wakil NGO Jingga 13, Fariz Musa berkata, himpunan ini dibuat kerana lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir tidak dihiraukan langsung.
“Himpunan kali ini kita akan memberi fokus kepada dua perkara pokok iaitu mengenai daftar pemilih dan berkaitan kebebasan media.”
Katanya, perkara ini telah berterusan walaupun rakyat Malaysia telah turun ke jalan raya semasa perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
“Kita menyahut seruan Perdana Menteri untuk berhimpun di dalam stadium supaya tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas, sebab itu kita akan berhimpun di Stadium Bukit Jalil,” kata beliau sewaktu ditanya bagaimana mungkin Pakatan Rakyat berpeluang berhimpun di stadium tersebut.
Bagi Ketua Pemuda DAP yang juga Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, perhimpunan yang masih dalam perancangan ini harus disokong oleh semua lapisan rakyat Malaysia.
Memberikan salah satu bukti kepincangan sistem pilihanraya, wakil NGO Jingga 13 Fariz Musa mengetengahkan sebuah kes pemalsuan MyKad yang seperti yang dilaporkan Harian Ekspress Sabah bertarikh 21 September 2011.
“Laporan ini menunjukkan seorang warga negara yang berasal dari Filipina bernama Saleh Samsul mempunyai kad pengenalan palsu berkod 12 yang didaftarkan di Parlimen Gelang Patah.”
“Bagaimana warga asing boleh dapat MyKad dengan mudah dalam masa tiga bulan dari Jabatan Pendaftaran Negara? Sudahlah didaftarkan di Sabah, mengundi pula di Gelang Patah Johor,” soalnya.
Isu warga negara asing mendapat MyKad dengan mudah merupakan isu yang telah lama diketahui umum sebermula Projek IC Sabah-Mahathir pada tahun 1990 yang dipercayai untuk mempertahankan keberlangsungan pemerintahan kerajaan BN di negeri tersebut. Baru-baru ini, DAP mengambil inisaitif proaktif mengetengahkan isu ini palsu dan pelbagai lagi isu tempatan dengan siri jelajah sesi pendengaran umum DAP di Sabah. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan