Cari Blog Ini

Ahad, 7 Oktober 2012

Singapura KHIANAT, cemburu kita ada Scorpene, kahkahkah...


Taklimat peguam Perancis mungkin di S'pura

Peguam Perancis yang mewakili kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kes urus niaga Scorpene mungkin akan memberikan taklimat kepada anggota Parlimen Malaysia di Singapura.

Rancangan awal untuk mengadakannya sesi dengan William Bourdon di Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan, menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ia ekoran kemungkinan kumpulan peguam dari negara itu - termasuk Bourdon yang pernah diusir pulang sebelum ini - tidak dibenarkan memasuki Malaysia.

Terdapat kemungkinan sesi di Singapura itu akan diadakan pada November, kata Anwar lagi kepada Malaysiakini selepas menyampaikan ucap utama dalam seminar "Adakah Kebangkitan Arab berpotensi menjadi kebangkitan Umat Islam?" di Paris semalam.

Anwar semalam mengesahkan bahawa Bourdon dan peguam Joseph Breham bersetuju datang ke Malaysia untuk menjejaskan butiran terperinci siasatan di Paris kepada Dewan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan