Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenal pasti terbabit dalam demostrasi di hadapan Ibu Pejabatnya baru-baru ini.
Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, NGO terbabit dilihat memperdayakan penduduk dengan menghasut supaya penduduk membuat tuntutan yang tidak berasas.
Pihaknya percaya penduduk terbabit dipergunakan untuk mencapai agenda tertentu dan menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka.
“Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri yang berpengalaman 48 tahun dalam pembangunan hartanah, PKNS tidak akan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang boleh membawa kerugian atau tanggapan negatif terhadap syarikat itu.
“Kami tidak menyalahkan penduduk berkenaan. Mereka sebenarnya diperdayakan NGO-NGO tertentu yang menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka.
“Namun, kami ingin menasihatkan semua penduduk perumahan PKNS supaya jangan terperdaya dengan hasutan ini kerana ia adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan media.
Norita menegaskan bahawa PKNS tidak pernah mengeluarkan walau sesen untuk menyelamatkan Talam Corporation seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Selain itu, PKNS turut mengingatkan semua penduduk perumahan PKNS agar tidak memberikan maklumat peribadi mereka seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kepada NGO terbabit.
“Kami melihat adanya borang yang diedarkan oleh NGO tertentu yang meminta penduduk mengisi maklumat peribadi mereka sebagai desakan kepada PKNS untuk melangsaikan hutang rumah mereka. NGO itu juga dipercayai mengutip RM10 bagi setiap borang.
“Kami tidak mahu maklumat itu akan disalahguna. Jika ada mana-mana penduduk yang keliru mengenai isu ini, sepatutnya mereka datang terus ke PKNS dan kami bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan. Tidak perlu melalui orang tengah atau berdemonstrasi kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan,” katanya.
Baru-baru ini, seramai 350 pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan