Cari Blog Ini

Isnin, 8 Oktober 2012

PANAS! Malaysian Idiot Congress Terus Bercakaran!



Pengerusi MIC Negeri Sembilan, T Rajagopalu hari ini menafikan dakwaan Setiausaha Pemuda MIC Negeri Sembilan, S Satish Kumar bahawa beliau mengeluarkan arahan agar Satish Kumar tidak dibenarkan masuk ke ibu pejabat MIC Negeri Sembilan minggu lepas.
Katanya, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan menghalang Satish Kumar daripada memasuki bangunan Ibu Pejabat MIC Negeri Sembilan.
“Sepatutnya Satish Kumar menghubungi saya sendiri dan mendapatkan pengesahan sama ada benar atau tidak saya ada mengeluarkan arahan seperti itu.

“Sebaliknya beliau terus menghebahkan perkara tersebut di dalam media. Ini satu sikap yang tidak bertanggungjawab. Perlembagaan parti jelas menyatakan bahawa sesiapa pun tidak boleh mengeluarkan kenyataan akhbar tanpa merujuk kepada pucuk pimpinan terlebih dahulu.

“Lebih-lebih lagi kalau perkara tersebut merugikan parti ia seharusnya dibincangkan di dalam mesyuarat parti bukannya dihebahkan di dalam media.
“Esok (Isnin) MIC negeri akan menghantar surat notis kepada Satish Kumar meminta beliau menghadap Lembaga Disiplin MIC negeri dalam masa terdekat,” kata Rajagopalu.
Rajagopalu berkata mana-mana pemimpin MIC seharusnya membaca perlembagaan parti dan memahami perlembagaan tersebut dan tidak membawa hal parti kepada media.
6 hari seminggu

Sinar Harian Edisi Negeri Sembilan semalam melaporkan Satish Kumar mendakwa beliau dihalang masuk ke bangunan Ibu Pejabat MIC Negeri Sembilan pada hari Jumaat lepas.
Satish Kumar berkata dalam kejadian lebih kurang 2.30 petang itu beliau mahu menghantar beberapa dokumen penting berhubung masalah rakyat tetapi tidak dibenarkan masuk oleh setiausaha kerja Rajagopalu atas arahan Rajagopalu.
Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan, Palani Mahadevan juga dilaporkan akan membawa isu tersebut ke peringkat Pemuda MIC Pusat.
Sementara itu Rajagopalu turut mengumumkan kepada FMT bahawa atas arahan Presiden MIC, G Palanivel baru-baru ini, semua Pusat Khidmat Masyarakat MIC negeri dan bahagian di seluruh negara telah diarahkan dibuka enam hari seminggu.
“MIC membuka Pusat Kidmat Masyarakat ini dari pukul 09.00 pagi hingga 09.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat. Pada hari Ahad pula dari pukul 09.00 pagi hingga 05.00 petang. Manakala cuti pada hari Sabtu.
“MIC Negeri Sembilan sudah pun memulakan operasi Pusat Khidmat Masyarakat mengikut waktu yang ditetapkan oleh parti. Kita mahu menyelesaikan masalah rakyat seberapa banyak yang mungkin,”katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan