Cari Blog Ini

Rabu, 3 Oktober 2012

Najib Makin Ketar Lutut?


NGO yang menjadi sasaran Barisan Nasional (BN), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu badan siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam kelas Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS.

"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.

"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.

Pada Jun lalu, Suaram berkata dua peguamnya di Perancis, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, antara orang terpenting dalam skandal proses pembelian kapal selam Scorpene itu.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.

Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.

Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang Suaram cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian Scorpene itu.

Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Najib Altantuya; Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib Altantuya, Abdul Razak Baginda; isteri Razak - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak Baginda - Abdul Malim Baginda.

Jumlah komisen yang setakat ini diketahui berjumlah EUR114 juta (RM547 juta). ~mpr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan