Cari Blog Ini

Isnin, 8 Oktober 2012

Umno Tingkat Taraf Hidup Bumiputra, Itu Hanya Penipuan..!!


 Selama 50 tahun lebih umno memegang tampuk kuasa memerintah,Bumiputra melaya rupanya berpendapatan dibawah purata pendapatan Isi rumah seluruh negara.

Pendapatan isi rumah Bumiputera di Sabah berjumlah RM2,800, jauh di belakang purata

Purata pendapatan isu rumah rakyat Malaysia di seluruh negara berjumlah RM4,025. manakala kajian mendapati pendapatan isi rumah Bumiputera di seluruh negara adalah hanya sebanyak sebanyak RM3,624 .

Pendapatan Bumiputera Sabah , sebuah negeri yang kaya hasil bumi itu hanya 23 peratus daripada pendapatan purata semua Bumiputera dan 30 peratus dari keseluruhan pendapatan purata rakyat Malaysia

Pendapatan purata isi rumah untuk Bumiputera dan semenanjung masing-masing sebanyak RM3,784 dan RM3,217 bagi bumiputra Sarawak.

Maklumat ini diperoleh melalui tinjauan Jabatan Perangkaan pada 2009, yang disampaikan di Parlimen sebagai jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP-Serdang) minggu lalu.

Tinjauan itu dijalankan dua kali dalam tempoh lima tahun. Kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2009.


Baiklah, fikirkan ini, umno sebagai peneraju kerajaan sudah gagal teruk, bukankah umno itu parti kebangsaan khas untuk melayu dan bumiputra?, apa sudah jadi, selama lebih 50 tahun setakat itu sahaja pencapaiaan ekonomi orang melayu dan bumiputra?.
NONE

Namun pernahkah kita tahu berapa nilai kekayaan yang dikumpul oleh kroni dan kerabat menteri?, ada anak-anak bekas menteri punya perniagaan besar dalam sektor minyak dan ada yang punya perniagaan besar jual arak.

Apakah semua hasil bumi ini dikau sehingga bumiputra akhirnya terpinggir dan terus diperbodohkan atas nama perjuangan bangsa?, sedangkan dalam masa yang sama anak dan kroni jadi kocek tempat simpan duit.

kalau umno itu benar berjasa pada Melayu dan bumiputra, kenapa pendapatan isi rumah bumiputra paling rendah di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan