Cari Blog Ini

Selasa, 2 Oktober 2012

Tolong pastikan Menteri ni tak mabuk masa buat stetmen...


APA hang kata?
Tak gugat keselamatan?
Tak gugat kepala hotak hang.

Hampa bagi IC, suruh pulak undi Umno / BN?
Jual negara pada orang luar semata-mata untuk kekal berkuasa.
Tak gugat keselamatan hang kata?

Hanya si BANGANG saja yang akan percaya dengan kata-kata menteri yang dilihat semakin BANGANG neh...

Kahkahkah...

Nazri: Pendatang asing di Sabah tak gugat keselamatan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kehadiran warga asing di Sabah "tidak menggugat keselamatan" dalam negara.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan usaha pemantauan dan penguatkuasaaan agensi kerajaan terhadap kemasukan warga asing yang berjumlah 889,779 orang.
"(Warga asing) yang berada di Sabah tidak menggugat keselamatan dan keamanan di negara ini dan keadaaannya terkawal seperti mana di negeri-negeri lain," katanya.
Seramai lebih 70,000 pendatang tanpa izin telah diusir daripada negara ini sehingga 19 September 2012 dan ia dilaksanakan secara berterusan, ketika lagi ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri berkata, antara agensi yang terlibat antaranya Jabatan Imegresen Sabah, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Petahanan Awam dan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, agensi tersebut telah menunjukkan "prestasi yang memuaskan" untuk memantau dan melaksanakan undang-undang terhadap pendatang yang sah dan tanpaizin.

Datuk Seri Wilfred Bimburing (Bebas–Tuaran) meminta beliau menjelaskan sekiranya kehadiran warga asing di negeri itu menggugat keselamatan dan keamanan negara.-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan