Cari Blog Ini

Rabu, 17 Oktober 2012

Bulu Hitam Nakhaei Makin Panjang


Mohd Sayuti Omar
Hari ini seorang lagi bekas Naib Presiden Pas yang mendesak Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatan Mursyidul Am Pas dan diganti dengan Dr Haron Din.
Kali ini giliran Nakhaei Ahmad yang telah meninggalkan Pas kira-kira lebih 20 tahun lalu yang mengasak Nik Aziz. Nakhaei pemimpin kanan yang pernah diramalkan bakal mengambil alih pucuk pimpinan Pas menyertai Umno 1989.

Penyertaan Nakhaei didalam Umno itu juga sedikit sebanyak kerana beliau teruja dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan akan mengambil alih pepimpinan negara dari Mahathir. Malangnya penyertaan Nakhei itusilap hari bulan kerana 10 tahun kemudian Anwar dipecat dari Umno.

Mujur juga rakannya Hasan Akidah bersuara mendesak Nik Aziz letak jawatan, ia membolehkan Nakahei turut menyambung tugas dan menjaja suara serak-serak basahnya. Dengan cara itu oarng akan ingat dan tahu bahawa bekas Ahli Parlimen Baling ini masih ada.

Sudah lama Nakhei tidak bersuara. Di pentas-pentas politik dia hampir tidak ada langsung. Populariti Abdullah Samah mengatasi poulariti beliau sebagai ahli pidato Pas satu masa lalu. Boleh jadi juga Nakhaei ini cemburu dengan populariti dan juga bayaran-bayaran dan imbuhan yang diberikan Umno kepada Abdullah Samaah atas nama pengasas pondok yang berkapastiti murid 24 orang.

Apabila dia menyertai Umno dulu nasibnya dikira lebih baik dari dia berada dalam Pas. Apa lagi Anwar yang juga kawannya ketika itu sedang bergerak ke Putrajaya. Nakhaei mengira dia akan mendapat manfaat dari pencapaian Anwar. Tetapi malang ternyata tidak. Nakhei tidak mendapat habuan sebesar pengorbanannya meninggalkan Pas kemudian memburukkan Pas. Dia dilantik menjadi Pengerusi Yayasan Dakwah Malaysia (Yadim). Setakat itu saja.

Alasan diberikan Nakhaei agar Nik Aziz berundur ialah kerana Nik Aziz menjadi liabiliti kepada parti itu dan ada kalanya memuji DAP menyebabkan timbul kekalutan di dalam Pas. Pas menjadi berpuak-puak. Ahli Pas yang mahukan hudud katanya keliruan dengan tindakan Nik Aziz itukerana DAP menentang hudud.

Sejauh mana benar yang Nakhaei nampak terserah kepadanya. Tetapi itulah alasannya. Alasannya sama dengan lasan diberikan Hasan Akidah untuki menghalalkan tindakannya menentang Pas sehingga tidak mahu merayu dan kini sudah terpecat sebagai ahli.

Sebenarnya alasan Nakhaei dan Ahasan Akidah itu tidak betul dan sengaja untuk memburuk-burukan DAP semata-mata. Alasan itu juga tidak cukup akademis kerana ia tidak ada kajian menyeluruh dan dibuat atas perasaan dan sentimen.

Sebagai seorang ahli politik yang bukan standard ketua cawangan, sepatutnya mereka tahu masalah perlaksanaan hukum hudud di negara ini kenapa ia tidak dapat dilaksanakan bukan kerana tentangan DAP. Kalau itu realitinya hebatlah DAP kerana boleh mengagalkan cita-cita dan hasrat umat Islam negara ini.

Kesukaran atau pun masalah perlaksanaan hudud terletak kepada perlembagaan dan sejauh mana political will parti politik Islam, Pas dan Umno itu sendiri. Ia terletak kepada keinginan dan keyakinan orang yang memerintah dan berkuasa. DAP tidak menjadi halangan.

Kenapa saya berkata begitu, Umno sebagai kerajaan mereka berkuasa. Umno selalu menang pilihan raya dengan majoriti 2/3 dalam 11 kali pilihan raya. Dengan kuasa atau majoriti itu tidak ada sebab untuk Umno menggubal dan cuba melaksanakan hudud. Namun hukum hudud tetap juga tidak digubal dan dibahaskan. Kalau hari ini Umno memberi alasan kerana mereka tidak apar majoriti 2/3... apakah partiitu berani untuk berjanji kalau mereka dapat majoriti 2/3 mereka akan laksanakan hudud?

Saya rasa tidak... no no no.

Ertinya Umno tidak hendak kepada hudud. Nakahei sendiri yang duduk di dalam Umno selama 20 apakah beliau bersuara agar parti itu melaksanakan hudud? Rasanya tiak. Apa yang Nakhaei cuba berikan kepada Abdullah Ahmad Badawi hanya Islam Hadhari yang celaru.

Maka alasan Pas takut kepada DAP kerana DAP akan menghalang hudud seperti mana dakwa Nakhaei dan juga Hasan Akidah itu adalah rekaan dan alasan dangkal semata-mata. Alasan orang yang tidak faham politik dan malang lagi kefahaman bodoh itu pula diperpanjangkan kepada orang kampung.

Benar dan tepatlah kalau Anwar Ibrahim mengatakan Umno parti yang menipu rakyat. Parti yang memperbodoh-bodohkan rakyat. Manakala rakyat yang bodoh pula akan mudah menjadi dungu
Kalau Umno benar-benar berhajat kepada hudud dia boleh melakukannya. Kerana kalau Umno sebagai sebuah kerajaan bila ia hendak melakukan apa saja dilaklukan walaupun dibantah dan merugikan negara.

Beberapa polisi dan dasar Umno telah dibantah oleh DAP dan orang Cina tetapi Umno tidak menghiraukannya. Ia diteruskan juga. contoh klasiknya ialah Dasar Ekonomi baru (DEB) yang mempertuntukan kouta atau hak istimewa untuk Melayu sebanyak 30%, ia dibantah tetapi dilalsanakan juga.

Itu ertinya kalau Umno hendak ia boleh lakukan apa saja. DAP bukan penghalangnya terhadap apa-apa saja kehendak dan idea Umno. Bagi Umno suatu masa dia boleh berkata 'kun fayakun' saja. Jadi kalau diperkatakan Umno takut kepada DAP untuk melaksanakan hudud tidak benar, apa yang betulnya Umno tidak hendak kepada hudud. Sejejar itu Umno mengeluarkan apa saja alasan berbentuk menghina Islam.

Jadi kepada Nakhaei, cukuplah membodohkan rakyat dengan alsan-alasan lapok kebudak-budakan itu. Kerja menakutkan orang ini sudah tidak berlaku lagi zaman hari ini. Bukan saja manusia (pengundi) burung yang memakan padi di sawah juga sudah tidak takut lagi kepada patung orang-orang. Kalau burung sudah cerdik dan dapat menilai mana yang benar dan mana yang palsu apa lagi manusia.

Saya kasihan kepada Nakhaei dan juuga Hasan Akidah, makin mereka bercakap terserlah bulu hitam kebodohan di atas belakang mereka. Bulu hitam bodoh itu pula akan makin panjang dan mungkin akan mengatasi kepanjang bulu-bulu lain.

Dalam hubungi ini kerana kedua bekas naib presiden Pas itu mengaitkan nama Haron Din yang dikatakan layak mengambil alih tempat Nik Aziz itu perlu bersuara menyatakan sikap dan pendiriannya. Kalau beliau mendiamkan diri dengan pengkaitan nama mereka oleh Nakhaei dan Hasan itu ia akan ditafsirkan Haron Din sebagai bersedia. Lebih buruk dari itu nanti dikatakan beliau merestui cadangan berkenaan.

Melihat kepada hal ini saya nampak mereka mahu mengheret sama Haron Din mengambil pendirian dan sikap seperti mereka menyokong Umno. Mereka kalau boleh mahu Haron Din juga mengkritik Pas dari dalam. Saya sudah terdengar sebelum ini ada usaha pihak tertentu yang mahu mengangkat Haron Din bukan saja menjadi Mursyidul Am Pas, tetapi memiliki kuasa eksekutif sebagai presiden Pas.
http://msomelayu.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan