Cari Blog Ini

Rabu, 3 Oktober 2012

Himpunan Menuntut Pilihanraya Yang Adil Pada Nov 3


KUALA LUMPUR, 3 OKT : Pakatan Rakyat (PR) akan menganjurkan satu ‘Himpunan Kebangkitan Ummat’ bagi menuntut sistem pilihanraya yang adil di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata dua fokus utama himpunan kali ini tertumpu kepada ruang media yang lebih bebas dan pembersihan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Himpunan ini dibuat ekoran tuntutan lapan perkara Bersih 3.0 tidak dihiraukan,” Mohamad berkata di dalam sidang media di lobi Parlimen
“Kempen memburukkan himpunan Bersih 3.0 dibuat setiap malam dan pendengaran Suhakam menunjukkan pihak polis melanggar SOP ketika himpunan berkenaan” katanya.
Himpunan April 28 itu menyaksikan lebih 250,000 orang membanjiri kawasan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur bagi menuntut sistem pilihanraya yang bersih dan adil.
Tuntutan utama Bersih 3.0, pembersihan daftar pemilih dari pengundi yang diragui status mereka, tidak diendahkan kerajaan pusat.
Himpunan ini juga akan melibatkan beberapa NGO lain dan bakal dilangsungkan pada jam 4.00 petang sehingga 12.00 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan