Cari Blog Ini

Khamis, 11 Oktober 2012

EDISI LAWAK KETUA WANITA UMNO... LU ORANG JANGAN KETAWA LEBIH-LEBIH BEB, KAH KAH KAH !


Menurut laporan dari Malaysiakini Ketua Wanita Umno yang juga Bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mana Menteri bagi Kementerian tersebut sekarang disandang oleh Datuk Seri Haji Najib... yang sepatutnya jawatan Menteri tersebut beliau serahkan kepada Sepupu beliau Datuk Seri Hisyamuddin Hussein... yang sekarang mengetuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Menteri yang selalu menggunakan KEPALA LUTUT bila setiap kali mengeluarkan kenyataan berkenaan KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA... yang terbaru beliau kata INDEK JENAYAH bukan tumpuan dalam fasa kedua NKRA... tapi menumpukan pada PERSEPSI RAKYAT  terhadap Jenayah... kah kah kah !.

Dalam laporan tersebut telah dikatakan yang Ketua Wanita Umno TIDAK LANGSUNG MERASA SEGAN ATAU MALU beb... bila Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengetengahkan isu berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC)... yang ini memang gua percaya... sebabnya... soal SEGAN DAN MALU ni memang tak ada pada Pemimpin Umno dari DULU KINI DAN SELAMANYA... kah kah kah... kerana itu Ketua Wanita Umno ni sanggup mengatakan begitu... kalau Manusia ada PERASAAN SEGAN DAN MALU mana mungkin mengeluarkan kata-kata begitu... bila lagi ianya bersangkutan dengan KELUARGA SENDIRI... apa jenis manusia kalau hidup TAK TAHU SEGAN DAN MALU... kah kah kah !.

HA HA HA... GARANG BEB GARANG
Yang kat atas baru MUKHADIMAH aje beb... sebab EDISI LAWAK nya baru gua nak mulakan... kah kah kah... lu orang percaya tak bila beliau kata yang beliau tidak tahu terperinci berhubung PROSES TENDER yang dimasuki suaminya untuk menguruskan projek fidlot tersebut... kah kah kah... yang ini yang gua rasa SENAK PERUT menahan GELI-GELEMAN beb... kah kah kah... kalau cakap dengan Penyokong Umno yang kata TUN MADEY dah berpuluh tahun tak cerdik dan tak pandai... mungkin Penyokong Umno akan percaya... bukan setakat percaya lagi beb... siap boleh menjadi LAWYER BURUK lagi seperti Ketua PERKASAM Datuk Ibrahim ALi... kah kah kah !.

Seorang yang mengetuai Kementerian Wanita Keluarga Dan Masyarakat tiba-tiba kata TAK TAHU tentang PROSES TENDER dengan terperinci yang dibuat oleh SUAMI BELIAU... kah kah kah... nama Kementerian aje dah menggambarkan betapa Wanita dan Keluarga tersebut TIADA RAHSIA antara meraka... apalagi ianya membabitkan PROSES TENDER yang Wanita tersebut salah seorang dari AHLI JEMAAH MENTERI yang BERMUSYUARAT seminggu sekali bagi perkembangan PROJEK KERAJAAN... kalau nak TIPU PUN AGAK-AGAK lah... kah kah kah... jangan anggap semua RAKYAT BODOH MACAM PENYOKONG UMNO... kalau dengan Penyokong Umno boleh lah buat cerita macam tu beb... kah kah kah !.

TEMPAT DIMANA LEMBU DUDUK
Memang beliau TAK ADA KUASA meluluskan tender sesuatu projek sebab beliau bukan PERDANA MENTERI ataupun TIMBALANPERDANA MENTERI  mahu pun MENTERI PERTANIAN... tapi bak kata Tun Madey dalam kes pembelaan Tun Dr Ling Leong Sik yang berbunyi... "Dalam Masyuarat Jemaah Menteri tak dak seorang pun yang bantah berkenaan harga PKFZ"... apahal pulak kata JEMAAH MENTERI TIADA YANAG BANTAH... ertinya setiap PROJEK KERAJAAN dibawa kedalam MASYUARAT JEMAAH MENTERI untuk dibincangkan... kalau dizaman Tun Madey pun setiap Projek Kerajaan dibincangkan dalam Masyuarat Jemaah Menteri... tak kan dizaman Datuk Seri Haji Najib seorang yang penuh WASSYATIYAH, MAQASID SYARIAH, IKUT SUNNAH RASULULLAH SAW serta SLOGAN-SLOGAN NKRA dan KPI tak ada Masyuarat Jemaah Menteri beb... jadi lu orang pikiaq-pikiaq la no... kah kah kah !.

Seolah-olah suami beliau menyorok cerita sebenar berkenaan proses tender tersebut... satu proses tender yang melibatkan nilaian RM250 juta serta GERAN KERAJAAN sebanyak RM75 juta lebih... yang mana kalau dikatakan GERAN jawapnya FOC lah beb... tapi ISTERI yang berjawatan Menteri tak tahu... kah kah kah... PELIK BIN AJAIB beb... selalunya kalau perniagaan BESAR-BESARAN JUTA-JUTAAN yang tidak diketahui oleh isteri kalau ianya melibatkan PERNIAGAAN HARAM... kah kah kah... sebab tak nak bagi isteri MEMBEBEL... kah kah kah... jadi lain kali kalau nak bercakap tu BILA SIANG PANDANG-PANDANG DAN BILA MALAM DENGAR-DENGAR... itu PEPATAH MELAYU... kata ORANG MELAYU DAN PEJUANG MELAYU... tak kan lupa dengan PEPATAH MELAYU... tak sudah-sudah lah nak menipu ya beb... haaaakkkk tuihhhhhh... kah kah kah !.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan