Cari Blog Ini

Ahad, 30 September 2012

Samseng rosakkan kereta, simbah asid di Himpunan Pengerang


JOHOR: Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini.


Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang.

Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.
Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.

Kejadian yang disedari  sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramonia, Sungai Rengit.

Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik itu sebelum disimbah ke bonet dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan kelihatan mengelupas.

Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi.

Perdana Menteri Yang Meroyan


PM: Kertas cetak lebih bernilai dari dasar Buku Jingga 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, berbeza dengan dasar BN, manifesto Buku Jingga Pakatan Rakyat tidak mengandungi dasar yang boleh dilaksanakan, 

Dalam ucapannya di Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-44 hari ini, Najib malah menyifatkan, kertas untuk cetakan Buku Jingga itu juga lebih bernilai daripada dasar tersebut. 



Najib berkata, cadangan Pakatan untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional tidak boleh dilaksana kerana akan menyebabkan pembayar cukai menanggung kos RM50 bilion pada 2020. 

Beliau juga memperolokkan rancangan Pakatan untuk menghapuskan bayaran tol kerana menurutnya ia akan menyebabkan kejatuhan pasaran saham. 

Najib memberi alasan, kesemua pemegang konsesi tol merubakan syarikat yang disenaraikan di pasaran saham dan penghapusannya akan menjejaskan keseluruhan pasaran saham Bursa Malaysia. 

Katanya, ia berbeza dengan dasar BN melalui bayaran wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnnya bukan langkah populis. 

Tambahnya, Pakatan Rakyat boleh melakukan BERSIH 2.0 namun kerajaannya boleh membuat BR1M 2.0. 

Berbeza dengan subsidi untuk barangan keperluan, BR1M disasarkan kepada golongan dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan tidak layak diterima golongan kaya. 

Skim sama dijalankan di negara lain seperti Indonesia dan Singapura, katanya. 

Bantuan baucar RM250 untuk buku pelajar tingkatan enam dan di universiti juga bukan langkah populis kerana ia bukan bayaran tunai tetapi khusus untuk membeli buku bagi membantu golongan itu, katanya. 

Katanya, beliau enggan menyalurkannya sebelum pilihan raya kampus walaupun sesetengah pihak berpendapat sokongan kepada kerajaan akan akan meningkat jika dilakukan sedemikian. 

Bagaimanapun, kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan, menang di 18 daripada 20 kampus, katanya. 

Adakah Bajet Najib bisa menjadikan “sokongan melantun ketara kepada BN”.


Penganalisis: Fokus bajet kepada pengundi muda, luar bandar belum tentu menguntungkan BN dalam PRU 13
September 30, 2012

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempertaruhkan apabila menyampaikan Bajet 2013 mesra belia dan luar bandar untuk meningkatkan sokongan pilihan raya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi penganalisis berkata inisiatif jangka pendek tidak cukup untuk mendapatkan sokongan popular pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bajet RM256.1 bilion yang dibentangkan pada hari Jumaat lalu, telah digambarkan sebagai “bajet pilihan raya” oleh pentadbiran Najib yang sudah bersedia untuk melawan dengan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU akan datang.

Pengarah eksekutif pengumpul suara bebas Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, mengatakan Bajet ini mensasarkan dua kumpulan utama — penduduk luar bandar dan berpendapatan rendah, dan pengundi muda yang bakal mengundi pertama kali.

“Yang pertama, adalah pengundi luar bandar dan berpendapatan rendah yang biasanya sumber sokongan kuat terhadap BN,” katanya, sambil menambah bahawa Bajet ini mungkin mengakibatkan gabungan BN terus mendapat sokongan kuat daripada kumpulan ini.

Beliau berkata Bajet ini mungkin mempunyai impak lebih besar kepada pengundi berpendapatan rendah, oleh kerana “banyak isi rumah akan ketinggalan” dalam pemberian kerajaan, memetik Selangor sebagai contoh, di mana purata pendapatan isi rumah adalah lebih daripada RM4000.

Pusingan kedua pemberian RM500 di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, manakala skim itu kini juga akan memberi RM250 kepada orang bujang berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000.

Beliau berkata bagi pengundi muda, faktor “jurang luar bandar-bandar” masih akan membuat perbezaan.

Di kawasan luar bandar, “kos sara hidup cenderung lebih rendah... wang bertahan agak lama dan mempunyai impak yang lebih besar terutamanya di Sabah dan Sarawak”, kata beliau.

Akan tetapi, pemberian wang tunai tidak pergi terlalu jauh di kawasan bandar, katanya.

Beliau berkata rebat bagi pembelian telefon pintar adalah “pedang bermata dua” bagi BN, dengan mengatakan bahawa orang ramai akan mendapat “akses kepada Internet” dan “tidak ada kawalan tentang jenis berita mereka dapat”.

Di bawah Bajet, mereka yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM3, 000 akan mendapat diskaun sebanyak RM200 apabila membeli telefon pintar.

Tetapi dua penganalisis lain tidak bersetuju dengan Ibrahim, mengatakan bahawa Bajet ini berkemungkinan tidak mempunyai banyak kesan kepada keputusan pengundi luar bandar ‘mengenai siapa yang mereka sokong.

Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata beliau mempunyai keraguan kuat tentang “sejauh mana pengumuman ini boleh diterjemahkan kepada undi”.

Beliau menolak kira kesan pemberian di bawah Bajet untuk golongan bergaji rendah, menunjukkan bahawa harga gula akan naik sebanyak 20 sen sekilogram dengan pengurangan dalam subsidi kerajaan.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata “pengundi tidak perlu mengundi orang-orang yang memberikan mereka wang”, mengatakan bahawa pengundi mengekalkan hak mereka untuk memilih.

“Melainkan Belanjawan Jumaat lalu mengatakan ini bukanlah bayaran one-off tetapi jika kita terus berkuasa, kita akan terus memberi atau meningkatkan pemberian ... mungkin hasilnya akan berbeza,” kata Dr Agus.

Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Inisiatif Dasar, berkata “jumlah yang diberikan kepada penduduk luar bandar dan kumpulan berpendapatan rendah adalah sangat kecil.”

Beliau menambah bahawa Bajet ini tidak menyelesaikan masalah gaji rendah, pekerjaan rendah produktiviti dan kekurangan peluang untuk maju, mengatakan bahawa pengundian kumpulan ini berkemungkinan “tidak” dipengaruhi.

Katanya lagi, mereka masih perlu berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.

Apabila mengulas mengenai pengundi muda, beliau berkata: “Saya akan sangat terkejut jika mereka mengubah fikiran.”

“Mereka akan menyedari ini adalah cubaan untuk membeli undi,” kata Lim menerangkan pemberian dalam Bajet “lebih kepada gimik”.

Beliau juga berkata bahawa dalam percubaan untuk menggembirakan semua orang, kerajaan berhadapan risiko “ menyenangkan sangat sedikit orang”, sekali lagi menunjuk kepada jumlah “kecil” setiap pemberian.

Ibrahim juga menyatakan bahawa “pengundi menjadi semakin mahir memahami pemberian dari ahli-ahli politik”.

Beliau berkata bahawa apa-apa kesan ke atas pengundi dengan Bajet “mungkin terhad” oleh kerana “saya amat mengesyaki orang sudah tahu akan ada wang tunai”.

Beliau juga “teragak-agak” untuk mengatakan bahawa akan ada “sokongan melantun ketara kepada BN”.

Najib Saran Pakatan Rakyat Tubuh Kabinet Bayangan Sebelum BN Kalah PRU13

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan Kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Katanya, sehingga kini janji PR mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri."Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu Kabinet bayangan itu.




Tetapi tidak ada kerana apa?"Kerana takut mahu bagi jawatan apa kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden Pas, Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) dan (Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu) Mat Sabu. Menteri Kewangan (atau) Pendidikan?" katanyaketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2012, pagi ini. ~sinar

Jangan lupa bahawa BN pernah tipu kita suatu masa dahulu..!!!

Umno semakin lembik! : Kata bakal MB Selangor? - Ezam Sesumpah


Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri. Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

 "Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah". Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?". Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.

 "Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang," tegasnya yang menyertai Umno lebih tiga tahun lalu. Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama. "Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat," tegasnya.

Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata. "Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya. Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menegaskan, PRU13 bakal menjadi cabaran terbesar kaum Melayu bagi memastikan Umno kekal menjadi parti pemerintah negara ini.

 "Jika tiada perpaduan dalam parti, saya yakin Umno sendiri tidak mampu melakukan transformasi dalam negara kita," kata beliau yang turut bertindak sebagai ahli panel. Beliau menambah, rakyat sendiri boleh menilai dan faham dengan realiti polemik politik masa kini bagi memastikan masa depan negara terjamin dengan memilih parti yang benar dalam PRU13./~utaranews.com

Bajet "Bunga Telor" - Najib Bakal Di"Mubarakkan"

Bajet 2013, bajet ‘bunga telor’

Pilihanraya kali ini sangat mahal harganya. Mahal sungguh untuk pihak pemerintah untuk mempertahankan kuasa yang semakin menipis itu. Semalam hampir dua jam Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita membentangkan bajet 2013 dan begitu ramai yang memanggil saya untuk minum kopi dan memberi komen tentang pembentangan bajet itu.

Saya telah membuat kenduri untuk dua orang anak saya berkahwin dan apa yang saya nampak bajet kali ini banyak memberikan tumpuan kepada ‘handouts’ untuk pilihanraya dan ianya tidak lebih dan tidak kurang seperti pemberian ‘door gifts’ kepada tetamu yang datang untuk kenduri kendara kahwin anak-anak kita.

Salah seorang dari rakan saya yang berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan memberitahu saya seminggu yang lepas yang bajet kali ini adalah bajet ‘bunga telor’. Apabila saya bertanya apa maksud beliau, dengan tegas beliau mengatakan yang bajet kali ini ialah bajet yang menumpukan untuk membeli hati dan jiwa rakyat. BR1M sana BR1M sini dan semuanya itu bukannya memberikan apa-apa faedah jangka panjang tetapi hanya sekadar untuk membeli perasaan rakyat untuk pilihanraya sahaja.

Pemberian ‘bunga telor’ ini hanyalah untuk digunakan buat sementara waktu sahaja iaitu semasa pilihanraya. Najib mengharapkan rasa suka itu akan masih terasa berada di dalam hati pengundi apabila pilihanraya di adakan. Apa yang berlaku selepas itu mereka (BN) tidak peduli kerana jika mereka mendapat mandat lagi BN ada lima tahun lagi untuk mengelentong rakyat sesuka hati mereka.

Najib membentangkan kepada kita semua sebanyak 80 peratus dari belajawan 2013 ini adalah belajawan menguirus. Hanya 20 peratus sahaja dari jumlah itu untuk membina pembangunan ekonomi negara. Nampak dengan jelas yang kerajaan hanya menumpukan perbelanjaan untuk menampung perkhidmatan awam dan perbelanjaan mengurus yang lain.

Kali ini benar-benar bajet membeli undi dan bajet bunga telor. Bunga telor selalunya nya kita dapati dari seseorang apabila dia menjemput menghadiri majlis perkahwinan yang hanya datang tiga atu empat tahun sekali. Tetapi bunga telor itu tidak dapat memberi faedah jangka panjang pada penerimanya. Ia hanya setakat kenang-kenangan sahaja. Pembayaran ‘one-offs’ seperti ini tidak akan membawa apa yang di cita-citakan rakyat untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Ia akan hanya tinggal slogan dan slogan terus-menerus.

Tetapi apa yang kita boleh rumuskan pemberian ‘gula-gula’ ini sangat mahal harganya. Lain-lain perkataan rakyat terpaksa menanggung harga yang begitu tinggi untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya itu.

Itulah sebabnya saya berfikir yang bajet anjuran Pakatan Rakyat itu lebih realistik jika kita memilih untuk mengekalkan negara kita sebagai negara yang maju pada masa yang akan datang serta memberikan keringanan kepada kehidupan rakyat biasa.

Rakyat akan lebih terasa kebaikannya jika hutang PTPTN serta harga kereta yang murah dirasai oleh rakyat kerana ini lebih memberikan munafaat kepada rakyat yang ramai. Mendapat BRIM sebanyak rm500 itu tidak dapat menampung kos penghidupan yang tinggi yang di alami oleh rakyat. Rakyat mahukan joran bukannya mahukan ikan yang cepat busuk itu.

Pihak BN boleh menuduh PR mengemukakan bajet bayangan yang tidak boleh dilaksanakan dan akan membawa negara kearah kebangkrapan tetapi dalam politik dan siasah mengharap itu adalah satu perkara yang biasa dan dirasai oleh setiap rakyat di mana-mana sekali pun.

Jika PR tidak berjaya melaksanakan janji-janjinya rakyat mempunyai kuasa untuk menurunkan mereka kembali di dalam pilihanraya yang berikutnya. Apabila sampai ke taraf itu maka barulah benar-benar rakyat yang mempunyai kuasa menentu siapa yang perlu di berikan mandat dan bukannya rakyat dipaksa oleh BN untuk menyambung mandat bagi mereka melakukan segala noda dan dosa terhadap politik dan ekonmi negara dan rakyat kita.

Rakyat tidak perlu takut untuk memberikan keyakinan kepada PR kerana jika PR mendapat mandat ke Putrajaya ia hanyalah TOL (temporary occupancy license) bukannya mempunyai hak untuk mendudukinya secara kekal. Itulah kesilapan BN selama ini kerana mereka menganggap Putrajaya itu adalah tempat yang boleh diduduki secara kekal dan boleh melakukan apa sahaja di Putrajaya itu.

Bagi saya bajet kali ini ibarat ‘door gift’ semata-mata, tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Maklumlah pilihanraya akan sampai tidak lama lagi.

Rakyat tetap menjadi penentu dalam pilihanraya kali ini. Rakyat boleh memilih BN, tempat dan sumber rasuah dan salah gunakuasa yang besar atau memilih pihak yang serius untuk membetulkan dan menyelamatkan negara untuk generasi kita yang akan datang.

Jika BN masih mendapat mandat percayalah kita akan menyaksikan rasuah akan berlaku lebih dahsyat lagi pada masa-masa yang akan datang. Kenapa begitu? Jawapannya mudah. BN akan percaya yang rakyat boleh ditipu setiap pilihanraya seterusnya sampai bila-bila. BN akan memperkuatkan lagi kepercayaannya rakyat, khususnya orang Melayu, akan memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka melakukan rasuah secara terang-terangan.

Mereka akan lebih percaya yang rakyat terutamanya orang Melayu boleh melupakan dosa dan noda mereka dengan memberikan mereka ‘gula-gula’ apabila pilihanraya mendatang. Apabila sampai ketahap itu tidak akan dapat lagi sesiapa untuk berbuat apa-apa.

Negara hancur dan terus hancur dan tidak siapa lagi boleh memperbaikinya lagi. — aspanaliasnet

Lajim Yakin Sabah Sumbang 10 Kerusi Buat PR



SHAH ALAM : Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin hari ini menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Pakatan Rakyat (PR) memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Menurutnya keyakinan tersebut berdasarkan kemampuan pengundi di Negeri Dibawah Bayu itu menukar Kerajaan Negeri Sabah pada 1985 sehingga 1994 serta kesedaran baru terhadap penipuan yang dilakukan oleh Umno-BN.
“Orang Sabah pernah melakukan menukar kerajaan, tak mustahil berlaku lagi kali ini dan kerusi itu akan membantu PR membentuk kerajaan di Putrajaya.
“Selama lebih 50 tahun Umno-BN berkuasa, tak pernah sekalipun bercakap nak kaji semula royalti minyak di Sabah, tetapi PR bersedia beri 20 peratus sekiranya diberi kuasa,” kata Lajim ketika membuat penampilan khas dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing pula melahirkan rasa kesal apabila Kerajaan Umno-BN gagal melindungi Sabah dari kemasukan pendatang tanpa izin.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran itu berkata tidak kurang 250,000 orang pendatang tanpa izin memasuki Sabah dan sebahagiannya diberikan kerakyatan negara ini dengan mudah.
Sementara itu, Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli ketika berucap dalam konvensyen sama berkata pemimpin dan ahli parti haruslah memberikan fokus terhadap perjuangan untuk menghadapi PRU-13 nanti.
“Dalam konteks Islam, perjuangan rakyat itu juga merupakan suatu perjuangan dalam Islam,” kata Rafizi.
Rafizi turut mengingatkan perwakilan terhadap kepentingan penggunaan startegi betul dalam perjuangan seperti mana dilalui oleh Mathama Ghandi dan Tariq Bin Ziyad ketika menentang musuh masing-masing.
Dalam Rapat Umum Pimpinan Nasional 2012 yang diadakan sepanjang hari ini, seramai 1,500 perwakilan parti itu dari seluruh negara hadir.

Status Terkini Projek Lebuhraya Rakyat Negeri Kelantan



Kebanyakan Tuan-tuan tanah telah bersetuju untuk menukar tanah masing2 dengan Tanah-tanah Kerajaan di beberapa lokasi yang nilainya sama dengan nilai Tanah kepunyaan mereka setelah dibuat penilaian.
Dengan cara ini Kerajaan Negeri telah dapat mengurangkan banyak kos dari segi Kewangan. Untuk pembinaan pula, Pihak Consultant telah menasihatkan supaya kerja-kerja Pembinaan tidak dimulakan dalam masa terdekat memandangkan sudah masuk Musim Tengkujuh di Pantai Timur.
Sekiranya diteruskan juga akan mengakibatkan banyak masalah iaitu hakisan & pelbagai kesulitan dikawasan-kawasan sekitar pembinaan hasil dari Hujan & kemungkinan limpahan selut akibat Hujan Lebat.

Pihak Consultant telah mencadangkan supaya kerja-kerja pembinaan dimulakan selepas tamat Musim Tengkujuh iaitu awal tahun depan (2013) bagi melancarkan kerja-kerja tanpa gangguan Musim Tengkujuh.

Dijangkakan, Lebuhraya Rakyat akan selesai pembinaannya dalam tempoh 18 - 24 bulan dari tempoh mula pembinaan.

Jumlah Sumbangan & Wakaf yang telah diterima dari Pelbagai Pihak setakat ini keseluruhannya berjumlah lebih kurang RM1.4juta (tidak termasuk jumlah Sumbangan & Wakaf yang diterima ketika Hari pelancaran).

Jazakallah..
Haji Husam Musa
29 September 2012

Full Video : DS Anwar Mengulas Belanjawan 2013




Pakatan Rakyat Fundraising Dinner 28/09/2012

[BONGKAR] Penipuan SPR - 64,100 Pengundi Pos Didaftar Dalam Sehari, 5 Juta Tiada Alamat

Kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipertikaikan lagi apabila audit yang dibuat ke atas daftar pemilih mendapati 64,100 pengundi pos telah didaftar dalam satu hari.

Ia telah didaftarkan pada 9 April 2010 dan menimbulkan pelbagai tanda tanya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia berdasarkan audit yang dibuat pada bulan Mac 2012, kata Anwar.

Beliau mendedahkan perkara ini ketika berucap di majlis makan malam perdana anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Melawati malam tadi.

Hampir kesemua pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kecuali Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak berapa sihat, berada di majlis itu.

Selain itu, audit yang dibuat juga mendapati 77,400 pengundi yang tidak dimasukkan dalam senarai pemilih 2008 telah dimasukkan begitu sahaja dalam senarai ini tanpa melalui proses yang sepatutnya.

Audit itu juga mendapati, 2,052 anggota tentera telah dimasukkan dalam senarai pemilih itu tanpa dinyatakan nombor kad pengenalan baru Malaysia.

Anwar juga memberitahu, 4.38 juta pemilih yang ada dalam senarai itu tidak mempunyai nombor rumah pada alamatnya manakala 3.3 juta pemilih pula mempunyai nombor rumah sahaja tetapi tidak mempunyai alamat jalan dan sebagainya.

"Kesemua ini menimbulkan pelbagai tanda tanya ke atas kewibawaan senarai pemilih ini," kata Anwar.

Bagaimanapun, di sebalik kesemua masalah itu, katanya, beliau yakin Pakatan akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini.

"Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak serta kehadiran pemimpin mereka malam ini memberikan satu semangat baru kepada kita," kata Anwar.

Antara yang hadir malam tadi adalah bekas timbalan menteri, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan anggota Parlimen Wilfred Bumburing serta beberapa nama besar lagi dalam arena politik tanah air.

Kedua-dua mereka telah mengumumkan meninggalkan Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini. -HD

Anwar:Cubaan menipu PRU,SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat

SHAH ALAM 29 September: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.

“Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.

“Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.

“Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula,” kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin

Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.

Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.

“Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.

“Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan,” katanya.

Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.

“Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan.

Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.

“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya.

Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.

“Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.

“Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya.
 -KD

Sabtu, 29 September 2012

Sultan Yang Sempoi...

Sultan Kelantan Melawat Rumah Tuan Guru Nik Aziz 




Tengok pakaian yang sultan kelantan pakai tu. Betul2 low profile. Pakaian simple gila. Dengan baju melayu dan kopiah memang simple habis. 



Sekali pandang macam bukan sultan, macam orang kebanyakkan jek lagaknya tapi inilah sultan. Sultan kelantan. Moga2 sultan kelantan dan tuan guru boleh bersama2 memakmurkan negeri kelantan mengikut acuan islam.. 

Sama2 doakan.. 

Barisan Nasional – autokrat berbulu demokrat.



SUARAM bukanlah mangsa pertama. Sebelum ini BERSIH 2.0, yang merupakan gabungan lembaga swadaya masyarakat (NGO) yang memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil turut menerima nasib serupa. Diserang bertubi-tubi sebagai pertubuhan haram dan tidak berdaftar, menerima dana asing, diserap pengaruh komunis dan pelbagai tuduhan. Syukur serangan tidak berlarutan sehingga menuduh BERSIH 2.0 mempunyai jaringan dengan makhluk Marikh untuk menakluk bumi.
Kini SUARAM pula berdepan serangan yang hampir sama. Pertuduhan yang tidak jauh beza dan lebih tertumpu kepada hal-hal teknikal. Rakyat dapat melihat bagaimana Menteri dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Ismail Sabri Yaakob cuba mengganggu dan mempengaruhi siasatan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Disambut serangan demi serangan daripada media yang dikuasai pemerintah. Menumpukan pada isu dana asing dengan tujuan untuk mencemar wibawa NGO ini.
Serangan yang lebih dasyat dijangkakan apabila News Straits Time mencanangkan bahawa dana-dana asing disuntik kepada beberapa NGO bagi tujuan menggoyah kerajaan UMNO BN. Tentu sekali ia cubaan awal mengolah persepsi dan menghantar isyarat bahawa gendang kempen mengganyang NGO-NGO yang kritis terhadap pemerintah sudah dipalu.

Kestabilan Parti Pemerintah
Tentu UMNO BN tidak berminat dengan SUARAM sekiranya aktiviti mereka adalah menghasilkan bendera Malaysia menggunakan tempe. Bagi yang sering mengikuti saluran berita-berita alternatif pasti mengetahui akan usaha SUARAM menjejak dan membongkar skandal Scorpene hingga ke negara Perancis.
SUARAM dalam kempennya telah cuba mendedahkan korupsi bernilai berbilion-bilion ringgit dalam pembelian kapal selam dan penjual rahsia negara kepada syarikat Perancis. Dan cubaan ini turut berkemungkinan membuka semula kes pembunuhan seorang model Mongolia yang mempunyai kaitan dengan urusan pembelian itu.
Sebagaimana Bersih 2.0, semua aktiviti yang dijalankan memberi ancaman, tetapi persoalannya kepada siapa? Apakah negara rugi besar sekiranya korupsi-korupsi didedahkan?
Bukan kestabilan kerajaan Malaysia yang digugat oleh aktivisme sedemikian, tetapi kestabilan parti yang memerintah. Pemerintah kelihatan sudah mula rimas dengan NGO-NGO yang kritis terhadap mereka. Ini tidaklah menghairankan memandangkan pemerintah sendiri dengan bongkak memandang parti pembangkang sebagai musuh negara dan lupa terus dengan peranan semak dan imbang yang dimainkan mereka. Kini muncul pula NGO-NGO melakukan semak dan imbang dengan lebih agresif, tentu bertambah menyesakkan dada.

COINTELPRO
Tindakan pemerintah ke atas SUARAM diikuti gembar-gembur media kawalan mereka memberi gambaran telah bermulanya program COINTELPRO terang-terangan terhadap NGO-NGO.
Pernah di Amerika Syarikat, COINTELPRO atau Counterintelligence digunakan untuk menghancurkan gerakan-gerakan progresif rakyat. Pertubuhan-pertubuhan haluan kiri, nasionalis kulit hitam, pejuang-pejuang anti-perperangan dan sesiapa sahaja yang tidak  sehaluan dengan kerajaan menjadi mangsa program ini.
Antara perkara yang dilakukan termasuklah pengawasan elektronik, pemalsuan dokumen, menyebarkan maklumat-maklumat palsu, mereka-reka bukti, penahanan bagi tujuan menakut-nakutkan, propaganda hitam dan banyak lagi.
Mathieu Deflem di dalam Surveillance and Governance: Crime Control and Beyond telah mendedahkan perkara-perkara yang ingin dicapai melalui program COINTELPRO dan antaranya adalah mencipta imej buruk sasaran di mata awam.
Maka tidak mustahil apabila perkara yang paling dicanang-canang adalah isu dana asing. Ini kerana ia mudah untuk mengolah sentimen bahawa terdapat pihak luar mahu campur tangan dalam urusan negara. Mengambil kesempatan terhadap salah tanggapan bahawa penerima dana adalah askar upahan yang dicucuk hidungnya.
Melupakan terus bahawa pembangunan Malaysia sendiri bergantung kepada dana asing dan dasar Malaysia kini banyak membuka pintu buat pelabur asing. Menyembunyikan terus bahawa prosedur mendapatkan dana ini sama sahaja dengan mana-mana prosedur untuk mendapatkan dana bagi penyelidikan-penyelidikan terutamanya dalam institusi-institusi pendidikan.

Berhenti Membuli
Ketika Perdana Menteri masih berangan-angan menjadikan Malaysia ‘demokrasi terbaik dunia’, aktor-aktor di dalam kerajaan pula sedang berusaha mencari hujah-hujah teknikal untuk membenam NGO-NGO yang tidak sehaluan. Mengorek apa sahaja yang mampu dijadikan senjata untuk merosakkan imej dan seterusnya wibawa NGO-NGO yang melakukan semak dan imbang, memberikan input dan kritik ke atas dasar-dasar.
Gerakan masyarakat sivil mempunyai fungsi dan sumbangan yang tersendiri dalam memperkukuh demokrasi. Tetapi sekiranya pemerintah hanya berminat memberikan layanan penuh kasih sayang pada NGO-NGO yang senada dengannya. Maka bolehlah peribahasa lama diberi nafas baru dan ditujukan kepada pemerintah, “Autokrat berbulu demokrat.”

-/ roketkini.com

Pemanis Bajet mungkin tidak akan memaniskan PRU 13 BN

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pengundi Malaysia sudah lebih matang dan tidak mudah terpengaruh dengan insentif tunai dan lain-lain faedah pemberian “one off” untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang kata penganalisis politik apabila ditanya tentang kesan pembentangan Bajet 2013 semalam. 
Pemerhati politik yang ditemuramah oleh The Malaysian Insider keseluruhannya bersetuju bahawa RM251.6 bilion yang diumumkan semalam yang menjanjikan pemberian wang tunai dan potongan cukai tersebar di seluruh lembaga bertujuan untuk merayu kepada kumpulan-kumpulan demografi utama menjelang PRU ke-13, tetapi berkata pengundi telah menjadi semakin licik dan mampu menilai keuntungan peribadi jangka pendek terhadap kesan jangka panjang fiskal kepada ekonomi negara.
“Hanya dua perkataan untuk menggambarkan ia — bajet pilihan raya,” kata pensyarah sains politik Universiti Monash, Dr James Chin.
Beliau berkata perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak telah “menarik keluar semua sentimen pengundi terhadap mereka, untuk membiarkan mereka berfikir dua kali tentang mengundi pembangkang “dalam pilihan raya yang mesti akan diadakan pada April depan selepas mandat lima tahun yang BN menangi Mac 2008 tamat.
“Orang ramai akan membandingkan bajet Pakatan Rakyat dan juga akan melihat bagaimana pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini akan merangsang inflasi,” tambah beliau.
Pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang ditubuhkan empat tahun lalu dalam selepas kemenangan dalam PRU 2008 telah berjanji untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia dalam set cadangan Bajet alternatif hanya dua hari sebelum pentadbiran Najib mengumumkan cadangan rasmi untuk perbelanjaan dan cukai.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendapatan boleh guna akan meningkat melalui langkah pembaharuan fiskal seperti memotong cukai import bagi kereta buatan asing, pemansuhan tol dan pengecualian pinjaman pelajar, sebagai usaha PR untuk menggagalkan pengumuman Bajet Najib.
Anwar berkata kerajaan PR dapat membayar untuk langkah-langkah yang dicadangkan tidak melalui menaikkan cukai tetapi dengan mengurangkan ketirisan yang timbul akibat ketidakcekapan dan rasuah.
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Arnold Puyok berkata, gula-gula yang diumumkan bagi golongan muda dan bujang “adalah satu petunjuk bahawa parti pemerintah bersedia untuk memenangi hati dan minda pengundi kali pertama dalam pilihan raya akan datang”.
Beliau berkata ia masih terlalu awal untuk memberitahu jika pemanis itu akan menyebabkan pilihan raya sengit itu akan memihak kepada BN.
“Orang-orang muda tidak mudah tertarik kepada insentif kewangan terutama apabila berkaitan dengan politik pilihan raya. Mereka mungkin menganggap gula-gula sebagai satu bentuk bantuan kerajaan. Akan tetapi, sama ada ini akan diterjemahkan sebagai undi masih belum dapat dilihat,” kata Dr Arnold
Penganalisis lain, Dr Faisal Hazis, percaya pengundi telah lebih bijak semenjak pilihan raya 2008.“Pengundi sekarang ini lebih bijak, tidak lagi mudah untuk digula-gulakan seperti dulu,” kata ketua jabatan sains politik dan hubungan antarabangsa, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
“Pemberian tunai seperti BR1M ini tidak dapat menjanjikan sokongan kekal, sepertimana yang ditunjukkan dalam tinjauan Merdeka Center beberapa bulan dahulu dimana peratus sokongan terhadap Najib meningkat selepas pemberian BR1M tetapi menurun tidak beberapa lama selepas itu,” kata Dr Faisal.
Menurut pengumpul suara bebas Merdeka Center, perincian kelulusan peribadi PM susut empat peratus dalam kaji selidik yang terakhir Mei dari 69 per peratus kepada 65 peratus pada Februari, berikutan pertempuran ganas tahun lepas antara polis dan penunjuk perasaan dalam perhimpunan pada 28 April bagi menuntut daftar pemilih dibersihkan.
Herizal Hazri, timbalan wakil negara The Asia Foundation (TAF), sebuah NGO Amerika Syarikat yang berusaha untuk meningkatkan tadbir urus, undang-undang, dan isu-isu masyarakat sivil melalui dasar berkata bajet mesra rakyat yang menjurus ke arah membantu golongan berpendapatan rendah adalah satu langkah positif untuk meningkatkan pendapatan boleh guna dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik, akan tetapi menekankan kekurangan kawalan untuk memantau perbelanjaan kerajaan.
“Apa yang membimbangkan dalam bajet ini adalah bahawa tidak ada perbincangan mengenai kaedah untuk memantau pelaksanaan belanjawan, sama ada ia benar-benar akan dijalankan secara telus atau sebaliknya,” katanya.
Prof Dr Jayum A Jawan pensyarah politik dan kerajaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi pandangan sama dengan Dr Faisal, menerangkan pemberian ‘one-off’ sebagai aksi populis untuk memancing undi di kalangan kumpulan yang kurang politik sedar biasanya di kawasan luar bandar, terutamanya pedalaman kedua-dua negeri Malaysia timur merentasi Laut China Selatan yang masih sebahagian besarnya hutan.
“Peruntukan untuk pengangkutan, infrastruktur awam, nelayan, petani dan kepada orang-orang di Sabah dan Sarawak adalah sangat dialu-alukan. Satu perkara yang membimbangkan ialah bagaimana akan semua ini akan dihantar? Semua cadangan akan mencapai lelaki di kawasan pedalaman di sana?” tanya timbalan dekan pengajian siswazah di fakulti ekologi manusia, UPM.
“Pemberian ‘one-off’ adalah hanya sementara dan akan mempunyai kesan terhad pada sesetengah orang,” katanya.
Dr Jayum berkata beliau bimbang bajet itu terlalu tertumpu pada kos operasi dan mengingatkan bahawa kerajaan diperlukan untuk memastikan peningkatan tahap produktiviti di kalangan tenaga perkhidmatan awam untuk mengimbangi kos operasi yang terlalu tinggi.
Seperti Dr Jayum, Dr Chin dari Monash University itu adalah juga teragak-agak untuk mengatakan bahawa itu cadangan mesra rakyat untuk mengurangkan peningkatan kos hidup Najib yang diletakkan dalam Bajet 2013 akan mengakibatkan pengundi kembali memihak kepada BN di peti undi yang mana ia adalah perkara-perkara paling penting.
“Ujian muktamad bajet adalah reaksi pasaran saham pada hari Isnin, ia pasti akan naik dan juga akan memberi kesan  kepada tawaran permulaan awam (IPO) Astro. Ia semua sesuai untuk masuk.
“Jika beliau (Najib) tidak memanggil pilihan raya sekarang, beliau gila,” kata Dr Chin.

Bajet 2013: Ini Bajet Terbaeek sejak Nabi Adam AS!


oleh 



Tidak mengapa , jika Syed Mokhtar punya kompeni hutang RM 34 billion. Dia kan Melayu? Apa salah nya orang Melayu kaya jugak. YTL kaya. Ananda Krishnan kaya. Quek Leng Chan kaya. Cina dan India kaya. Ok lah jika orang Melayu pun kaya. 
 
Ye , tidak mengapa. Suatu hari nanti, bila orang masuk rumah kita, meniduri anak dan isteri kita tdak mengapa- sebab orang itu orang Melayu.  Kalau demikian fikiran orang Melayu- tak dapek se nolong nya. Hidup Melayu. 
 
Takpe, itu kita cerita lain kali. 
 
Kali ini kita sebut pasal bajet 2013 dulu. Apabila kawan2 mengajak saya nonton TV tengok PM Najib bentang belanjawan, saya kata sori. Saya mahu dengar radio tanpa melihat wajah nya. Kalau kita nonton, saya khuatir kita tidak objektif. Yang taksub dengan Najib mulut merah akan memuji dan memuja nya. Inilah bajet yang terbaeek sejak zaman Nabi Adam AS( bukan Amerika Syarikat ye). Yang sedia tidak menyukai Najib akan mengecis nya. 
 
Jadi lebih baik mendengar pembentangan tanpa wajah. Mungkin dengan cara yang demikian, kita boleh objektif. Saya talipon kawan saya di MOF- tuan sudah sediakan sapu tangan atau tissue ke untuk boss? Dia ketawa kerana tahu maksud saya kerana jika Najib bercakap terlalu lama, air liur akan meleleh. Kalau tak pakai tissue atau sapu tangan dia akan sapu dengan tangan dan kemudian akan salam orang lain. Kesianlah kat Muhyidin orang Muor tu. 
 
Satu peringatan sebelum kita pergi jauh. Untuk makluman kedua pihak- PR dan BN. bajet bukan suatu anugerah atau gift dari mereka kepada rakyat. Bajet ialah permohonan oleh kerajaan yang memerintah buat masa ini, dari rakyat untuk mengeluarkan sejumlah wang yang disatukan, untuk kegunaan mengurus dan mentadbir ekonomi. Its you who are asking our money and telling us what and how you want to apply the money you asked from us. Ingat ya. So do mind your language. Ask us nicely. Bukan talk down on us. 
 
Bukan dia beri kita- bukan ehsan, bukan hadiah. Dia orang yang minta kepada kita. Duit rakyat punya dia mohon keluarkan untuk ditadbir dan diurus. 
 
Jadi jangan nak ek dan sombong lah dengan penggayaan bahasa yang menjebik, mengejek dan penggunaan suatu yang diminta dari kami untuk dijadikan alasan untuk ejek2. Just do your bloody job- bentangkan bagaimana kamu mahu perlakukan duit kita. Ini bukan duit bapak awak punya yang di perlakukan kepada gift kepada kita. 
 
Najib thinks what he does is his gift to us.
 
Untuk 2013, kerajaan BN meminta RM251.66 billion dari kita untuk melakukan beberapa perkara. Kita mulakan dengan bertanya, mengapa perbelanjaan mengurus 80% dari bajet 2013?  Ini bukan jumlah yang sikit. Kerajaan BN sudah jadi suatu behemoth yang menyedut duit rakyat untuk menampung jentera mereka. Kamu mahu belanja RM201.9 billion untuk elaun tetap, untuk bayar gaji, untuk beli perbekalan, untuk beli harta dan lain2? Berapa harga printer tu? Berapa harga setin milo? Berapa harga kereta proton untuk jabatan X tu? Rakyat mahu tahu kepada belanja untuk perbekalan sebesar RM33.7 bilion? 
 
Mak ai- ngapo banyak nyo jang? 
 
PER
BELANJA UNTUK
RM BILLION
1
ELAUN TETAP
107.3
2
BAYARAN GAJI /EMOLUMENT
58.6
3
BELIAN BEKALAN/SUPPLIES
33.7
4
ASSETS(BERGERAK N TETAP)
1.1
5
LAIN2 BELANJA PELBAGAI
1.2

JUMLAH
201.9

Kalau lah bajet ini instrument untuk memberi one off payments kepada pelbagai kelompok masyarakat, maka lebih baik tidak perlu bajet. Buat sahaja suatu supplementary bajet dan mintak secara khusus, ini sejumlah wang yang kami minta untuk beri kepada orang miskin, budak sekolah, pensioner, bekas tentera dan sebagai nya. For once, dont tell us the lies, we will stop telling the truth about you. 

Penerima yang menerima pemberian one offs ini tentu bergembira seperti yang sepatutnya. Kerana mereka tertekan oleh kos kehidupan yang kian meningkat akibat dari tidak cekap mengendali ekonomi seperti yang dilakukan oleh kerajaan Najib. Ingat itu. sekarang harga gula naik lagi. Walaupun monopoli gula di pegang oleh Syed Mokhtar. Harga beras naik lagi. Harga minyak masak naik. Harga daging sebab Shahrizat gagal dengan projek NFC- harga daging pun naik lagi.BN=Barang Naik!

Kita hendak tahu bagaimana kerajaan menggunakan duit yang mereka mohon itu untuk mengembangkan ekonomi. Nak tahu, bagaimana penggunaan wang yang mereka minta boleh meningkatkan kapasiti pengeluaran industry dan negara kita? Sebab apa? Sebab nya kalau ekonomi kita makmur, kerajaan boleh bayar hutang yang kini mencecah sudah tahap bahaya- hampir 55% dari GDP kita. 55% dari pendapatan negara kita. 
 
Macam mana kita hendak tahu, apa yang kerajaan lakukan untuk tujuan mengembangkan ekonomi kita? Kita tengok bahagian bajet yang disalurkan kepada belanja untuk pembangunan atau expenditure for development.  Yakni belanja keatas faktor2 yang menggandakan pendapatan.

PER
BELANJA UNTUK
RM BILLION
1
RESEB KECEMASAN
2.0
2
PENTADBIRAN
2.0
3
KESELAMATAN
4.6
4
SOSIAL
11.1
5
EKONOMI
30.6

JUMLAH
49.7

Sebanyak RM 30.6 billion untuk ekonomi- belanja buat jalan dan infratsruktur termasuklah agak nya, river of life yang kontrak membina nya dimenangi oleh syarkat yang berkait dengan Hishamudin Hussein. Takpe- menteri kaya pun, mereka orang Melayu. Apa salah nya orang Melayu kaya. 
 
Ini benar2 bajet tidak masuk akal. Kerajaan BN belanja lebih untuk menampung jentera berkerajaan yang semakin membesar dan belanja hanya 20% untuk membina kapasiti pengembangan ekonomi. 
 
Sikit pun PM Najib tak sentuh mengenai ekonomi luar negara dan bagaimana apa yang dia rancang untuk negara kita berkait dengan apa yang berlaku diluar. Sebab itu bila saya dengar pembentangan bajet tanpa melihat muka PM najib yang hensem itu, saya tak faham apa sebenarnya perancangan Najib. Ye lah mungkin sebab sama seperti Dr Mahathir yang hanya ada weak school certificate, saya pun lulus copot2 bidang ekonomi dari university SA- Sekolah Atap. 
 
Dan saya percaya ¾ dari MP yang ada dalam dewan kelmarin pun tak faham. Meraka hanya mahu sesi parlimen semalam tamat cepat supaya mereka boleh berlumba lumba berkata apabila di iinterview- ini bajet best since Nabi Adam. 
 
Pasaran di luar negara semua dalam keadaan huru hara dan berasa cemas. Ekonomi dunia berada diambang resesi ekonomi dalam masa terdekat. Setakat ini belum kita lihat pembetulan atau koreksi jangka panjang. Maka Najib tidak hiraukan itu semua, dia buat macam apa orang luar negara buat- persetankan penyelesaian jangka masa panjang- kawan nak menang pilihanraya. Itu lagi penting.
 
Disini dia sibuk cakap besar mengenai penyenaraian baru atau IPO. Tengok FGV dia kata. Tengok IHCC. Tengok pula ASTRO nanti. ASTRO bukan awak punya lah wok. IPO2 ini semua akan menyedut wang rakyat dan akan convert simpanan rakyat kepada asset kertas. Tidak ada faedah lansung dari perbuatan tersebut kecuali pembeli jual pada harga yang lebih tinggi dari harga semasa IPO. Banyak kaunter saham jatuh dan jatuh lagi jika ini gaya nya Najib mengurus ekonomi negara kita. 
 
Maka bajet 2013 ini seperti yang Mukhriz Mahathir sebut bila Pak Lah buat ucapan Dasar pada suatu PAU- its old wine in a new bottle. Takde yang baru. Bayar sana dan bayar sini. Beri one off sana dan beri one off sini. Saya rasa tidak ada orang akan bertemasya dengan membakar mercun dan bunga api. Di Bursa Saham sekarang, mungkin 65% hingga 70% syarikat yang tersenarai dalam keadaan tenat akibat pengurusan yang tidak cekap. SC mesti membersihkan Bursa dari syarikat2 yang menghisap darah rakyat. Sepatutnya bersihkan dulu Bursa Saham sebelum membenarkan kemasukan syarikat baru. Ada setengah saham syarikat di Bursa Saham KL tidak diperdagangkan pun. Ini menandakan syarikat2 ini berisiko tinggi dan tidak selamat. Ramai pemain saham tinggal seluar dalam sahaja. 
 
Dunia kat luar sana berkecamuk dan Najib ambil angka dari negeri antah berantah, kata Malaysia akan tumbuh pada kadar 5%? Yang menumbuhkan ekonomi kita ialah pengusaha yang menjual barang dan khidmat mereka. Mereka nak jual kepada ekonomi dunia yang kian menguncup? Bila ekonomi besar seperti china, india dan amerika menguncup, mereka akan jaga kebajikan rakyat mereka dahulu. Mereka akan kurangkan impot barangan seperti komoditi dari Malaysia. Malaysia akan kurang pendapatan. Bila kurang pendapatan, pengusaha akan scale down production dan hasil untuk negera akan menguncup juga. Jadi dari bahagian otak mana Najib datang kadar pertumbuhan ini? 
 
Asset waqaf mahu diconvert kepada asset dalam bentuk share. Apa akan jadi? Jabatan yang jaga harta dan asset waqaf akan convert asset kepada saham. Urusetia yang jaga harta waqaf tidak lagi memiliki asset fisikal tapi asset kertas. Di perjudikan dalam pasaran saham. Naik atau turun ditentukan oleh sindiket. 
 
Nampak nya tamak dan haloba orang UMNO dan pakar runding yang ingin buat duit dengan apa cara pun semakin melampau.

Soalan BERSIH: NGO tuntut sekolah diberi tunjuk sebab



Sekolah di Johor yang terlibat mengeluarkan kertas peperiksaan berunsur politik dengan memuatkan soalan berhubung perhimpunan BERSIH patut diberi surat tunjuk sebab, kata Angkatan WargaAMAN Malaysia.
Barathidasan of MIPAS"Tindakan ini menunjukkan Umno-BN terlalu terdesak sampai terpaksa memanipulasi soalan peperiksaan percubaan SPM. 

"WargaAMAN menyeru pihak sekolah yang mengeluarkan soalan berkenaan harus memberi surat tunjuk sebab kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia," kata setiausaha agung NGO itu S Barathidasan.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Johor Baharu dan SMK Jementah, Segamat sebelum ini didakwa memuatkan gambar dan soalan berhubung BERSIH untuk soalan peperiksaan percubaan subjek Pendidikan Moral, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

SMK Aminuddin Baki bagaimanapun menjelaskan mereka tidak berniat untuk mempolitikkan isu itu manakala SMK Jementah mahu menyemak kesahihan dakwaan itu dahulu.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi kelmarin menjelaskan, kementeriannya tidak mendapat sebarang aduan mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada sekolah.

Dalam kenyataannya hari ini, WargaAMAN - NGO yang dilihat dekat dengan Pakatan Rakyat - berkata, mereka kesal tindakan sekolah terbabit kerana soalan itu tidak relevan dan tidak berasas.

"Dan jika benar pihak sekolah menyatakan ia hanya menekan nilai-nilai murni, kenapa pula tidak timbul soalan: wajarkah tarian punggung diadakan depan rumah orang?" kata Barathidasan merujuk'protes punggung' di rumah Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga tidak lama dahulu.

NGO itu juga mendakwa apa yang berlaku sebahagian daripada agenda dan "taktik kotor" kerajaan BN dengan menggunakan sekolah untuk meracuni pemikiran pelajar terhadap penganjuran perhimpunan BERSIH. 

"Sedangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa BERSIH entiti yang sah dan bukan pertubuhan haram. 

"Jadi pihak sekolah perlu mengambil tahu perkara sebenar dan harus menerangkan nya kepada pelajar-pelajar dan bukannya meracuni minda mereka./~M'kini