Cari Blog Ini

Sabtu, 29 September 2012

Isu Soros untuk tutup pekung Mahathir dalam skandal mata wang

KUALA LUMPUR 28 September: Isu pemberian dana oleh Pengasas Open Society Institute, George Soros kepada NGO Malaysia sengaja dicipta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menutup restu dan pembabitannya dalam skandal dagangan mata wang asing atau forex hingga menyebabkan Bank Negara rugi RM5.7 bilion.
“Mahathir sengaja alih pandangan rakyat untuk letakkan tanggungjawab krisis ekonomi serantau kepada Soros.
“Sedangkan beliau bertemu Soros pada 2006 dan mengaku Soros tak bertanggungjawab dalam krisis kewangan Asia pada hujung 90-an,” kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Jelas Ahli Parlimen Batu itu lagi, pertengkaran peribadi di antara dua kapitalis ini tiada kaitan dengan amalan ekonomi negara yang baik.
“Kedua-duanya kapitalis dan berniaga mata wang antarabangsa. Bezanya, sama ada mereka (kapitalis) besar atau kecil. Soros memang spekulator mawa wang. Itu memang kerja dia.
“Masalahnya, Dr Mahathir tidak beretika (guna dana awam). Ketika itu, Malaysia rugi besar, sebab itulah dia cuba menutup kesalahannya,” kata Tian.
Mahathir dan Tun Daim Zainuddin menjadi punca kerugian Bank Negara Malaysia ekoran bermain spekulasi mata wang asing sejak 1992 tetapi menyalahkan Soros apabila berlaku krisis kewangan pada 1997. Anwar Ibrahim kemudian menghentikan amalan itu bagi mengelakkan Malaysia dari bankrap.
Mahathir adalah Perdana Menteri manakala Daim adalah Menteri Kewangan ketika Malaysia terlibat dalam perniagaan dagangan tukaran mata wang asing.
Merujuk pendedahan bahawa Mahathir pernah menulis surat kepada Soros untuk mengundangnya menyertai projek Forum Keamanan Global, Tian berkata, reaksi Mahathir hari ini bertentangan dengan tindakannya ketika bertemu Soros pada 2006.
“Dr Mahathir seperti orang yang takut bayang-bayangnya sendiri,” kata Tian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan