Cari Blog Ini

Isnin, 24 September 2012

Ingat Allah, ingat Nong Chik?.. kalau terdesakpun janganlah sampai macam ni..


Ada yang mendakwa ini ialah antara teknik pihak yahudi mencuci minda 'Brain wash' untuk menjadikan mereka kekal dalam ingatan..

Selain dari menganggu solat setiap individu yang mahu mengerjakan solat menggunakan sejadah ini pasti akan terpandang nama orang yang menyumbangkan sejadah ini kepada pihak Surau.

Secara tidak langsung selain dari mengingati Allah kita juga akan terpandang nama Nong Chik ketika ketika hendak rukuk dan sujud.. Ingat Allah, ingat Nong Chik??

JEMAAH salah sebuah surau di Pantai Dalam berang dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang dilihat sengaja mahu jemaah surau tersebut mengingati Umno dan BN serta dirinya ketika menunaikan solat di surau terbabit.

Lihat gambar di bawah ini, pada bulan Ramadhan lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu telah mendermakan sejumlah sejadah di surau terbabit, namun meletakkan "pelekat kekal" dengan logo 1 Malaysia, Umno dan BN di atas sejadah tersebut.

Malah turut terpapar di atas pelekat itu ialah nama beliau sebagai penderma sejadah tersebut.

Hal ini membuatkan orang ramai yang menggunakan sejadah tersebut menjadi tidak khusyuk ketika menunaikan solat lantaran terpandang "pelekat kekal" tersebut yang betul-betul dilekatkan pada kawasan pandangan mata ketika jemaah "Qiam" di dalam solat.

Difahamkan ramai jemaah yang mengadu tentang hal ini kerana merasa terganggu dengan sejadah berpelekat Umno/BN itu. Tambah parah ramai jemaah berang kerana terpaksa sujud di atas pelekat Umno/BN itu ketika menunaikan solat berjemaah.

Akhirnya terbongkar bahawa ini merupakan taktik Raja Nong Chik mempopularkan dirinya di kalangan penduduk setempat untuk bertanding di DUN Lembah Pantai pada PRU13 nanti menentang penyandang, YB Nurul Izzah Anwar.

Lagi gambar sejadah sila lihat di sini ( MiLo SuaM )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan