Ngeh minta maaf isu tweet tentang filem anti-Islam

"Saya tarik balik dan meminta maaf kepada orang Islam yang tersinggung dengan twit saya, saya tidak pernah maksudkannya begitu," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tulisan Ngeh (atas) yang dipertikaikan itu menyebut: "Khairy mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pengarah Innocence of Muslims). Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya.
"Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini," tulisan anggota parlimen Beruas di Twitter itu dipetik.
Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang dilaporkan menyuarakan perasaan tidak senang mereka terhadap kenyataannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan