Cari Blog Ini

Ahad, 23 September 2012

Perisytiharan Kuching buat BN tertekan


NONE

Komponen BN Sabah dan Sarawak harus mengkaji semula kedudukan dalam gabungan itu jika Pusat tidak menaikkan bayaran hasil minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus, gesa Parti Reformasi Negeri (Star).

"Sekiranya Umno/BN tidak menaikkan hasil minyak tersebut kepada 20 peratus, maka parti-parti komponen BN lain di Sabah dan Sarawak seharusnya mengkaji semula kedudukan mereka dan menarik diri daripada BN demi masa depan rakyat," kata Pengerusi Star Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Menurutnya lagi, BN yang kini tertekan perlu lebih serius berbuat demikian setelah 'Perisytiharan Kuching' diumumkan Pakatan Rakyat baru-baru ini.

"Dengan memberi kredit kepada apa yang sepatutnya, Deklarasi Kucing merupakan langkah betul yang pertama oleh Pakatan, dan ia akan memberi tekanan kepada Umno dan BN untuk membuat tindakan susulan.

"Ini mungkin suatu petanda yang baik bagi negeri-negeri di Borneo jika adanya susulan oleh Pakatan dan Umno/BN, demi memulihkan kedudukan Sabah dan Sarawak," kata Jeffrey dalam kenyataan semalam.

Perisytiharan tujuh perkara itu antara lain menegaskan, royalti minyak bagi Sabah dan Sarawak akan dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus selain mengembalikan autonomi kedua-dua negeri itu.

Jeffrey berkata, pendapatan sampingan itu sekiranya digunakan dengan betul akan menyumbang kepada kesejahteraan penduduk Sabah dan Sarawak.

Jeffrey juga berkata, pemimpin Pakatan dan BN perlu mengkaji secara mendalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perjanjian Minyak yang ditandatangani pada tahun 1976 untuk tujuan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan