KUALA LUMPUR 24 September: Kerajaan cuba menutup kelemahan dan salahguna kuasa apabila mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) seminggu selepas pembentangan Belanjawan 2013.Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, lazimnya LKAN perlu dibentangkan pada hari pembentangan belanjawan supaya prestasi kewangan negara dapat dinilai setahun sebelum itu.“Ini untuk membolehkan Ahli Parlimen guna sebagai asas perbahasan. Seolah-olah ada agenda tersembunyi untuk menutup kelemahan dan salahguna kuasa,” kata Azmin.
Demikian reaksi beliau berhubung jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen, bahawa LKAN akan dikeluarkan berasingan, seminggu selepas pembentangan Belanjawan 2013.“Ini perkembangan baru yang amat mengejutkan. Tempoh (bahas) terbatas, kurang dari dua minggu.
Kalau LKAN diberi seminggu selepas bentang belanjawan, kerajaan cuba mengalih perhatian Ahli Parlimen untuk melihat fakta.“Laporan ini penting. Kita tak mahu tuduh tanpa asas. Dengan LKAN, kita boleh tahu sama ada wang yang dibelanjakan mengikut prosedur. Jadi saya nak tanya Nazri mengapa ini berlaku. Kerana ia dilihat ada agenda tersembunyi,” katanya.
“Sepatutnya kerajaan yang sering mengatakan transformasi harus lebih terbuka, tidak guna alasan untuk menutup kelemahan dan penyelewengan oleh Kementerian sepanjang tempoh kewangan tahun lalu,” tegas Azmin. ~kd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan