Cari Blog Ini

Ahad, 23 September 2012

Umno Pun Tak Pernah Terfikir, Lim Guan Eng Cadang Nama Lapangan Terbang Antarabangsa P.Pinang P.Ramlee


Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 23.9.2012.

Mencadangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Dinamakan Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee Demi Mengenangkan Jasa Seniman Terunggul Ini Dan Menggalakkan Mutu Kerja Pembesaran  Bertaraf Antarabangsa. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee demi mengenangkan jasa seniman terunggul ini dan menggalakkan kerja pembesaran dijalankan dengan baik dan elok secara bertaraf antarabangsa. Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini.

Masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang dan bahawa masyarakat majmuk dan terbuka serta menggalakkan pembentukan bakat yang wujud pada masa itu di Pulau Pinang membolehkan P. Ramlee menrealisasikan potensinya sebagai seniman, pelakon, pemuzik dan penyanyi yang paling cemerlang dalam sejarah Malaysia. P. Ramlee pernah dipilih pelakon terbaik Asia.

Memandangkan beliau dikenali umum di peringkat antarabangsa adalah wajar nama beliau terukir di peringkat antarabangsa seperti Lapangan Terbang yang berhubungkait dengan pentas dunia.

Pada masa yang sama, keadaan kerja semasa membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa sebanyak RM 250 juta di luar atau di dalam agak kurang memuaskan dengan kebocoron air hujan, kualiti kerja kurang baik dalam banyak aspek, kelambatan siap kerja dan pengurusan kerja yang mengganggu penumpang-penumpang.

Terlalu banyak aduan diterima bukan sahaja daripada penumpang tetapi juga daripada pekerja-pekerja dalam lapangan terbang tersebut.Adalah diharapkan pihak berkuasa Kerajaan perseketuan boleh menjalankan semakan setiap minggu untuk mengenalpasti masalah tersebut yang timbul agar ia tidak ditutup begitu sahaja. Kebimbangan semua pihak adalah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee ini akan menjadi suatu lapangan terbang bermasalah sebaik ia siap kelak.

LIM GUAN ENG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan