SEBERANG TAKIR 10 Nov: Pengerusi Ulama SeDunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi yakin, malah mendoakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Doa itu tertulis pada pesanan beserta tandatangan pada buku tulisannya berjudul ‘Khaulah Sha’ab’ yang dihadiahkan kepada Anwar (yang kemudian diterjemah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berjudul Kebangkitan Rakyat).
“Dia sendiri tulis – Untuk saudara Anwar, Perdana Menteri Malaysia. Ini doa dia. (Kalau ada) tidak setuju tak apa tapi ini ulama besar.
“Dia (Yusof al-Qaradawi) kata, cari kedamaian, tegakkan keadilan, satukan ummah, bawa perubahan seperti kami usahakan di Tanah Arab.
“Ini doa dia supaya berlaku perubahan dan kita menang pilihan raya akan datang,” katanya disambut laungan takbir lebih 5,000 rakyat di tapak pasar Teluk Ketapang dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, keyakinan Yusof al-Qaradawi itu kerana sedar kepincangan di negara ini sehingga rakyat hidup terseksa di bawah pentadbiran Umno BN.
“Tapi tak semena-mena sekarang ini berlaku fenomena yang disebut Yusuf al-Qaradawi ‘khaulah sha’ab’ (kebangkitan rakyat).
“Ada ustaz-ustaz Umno cakap, kalau tunjuk perasaan, bantah kerajaan – ini tidak betul. Ini ustaz ‘wa ampu sana wa ampu sini’. “Sedangkan, Yusof al-Qaradawi kata, tanggungjawab kita tuntut perubahan, perubahan demi negara kita, bukan pemberontakan. Bukan bunuh orang.
“Hentikan kezaliman, hentikan pemimpin yang kaut kekayaan, bebaskan rakyat daripada kemiskinan, hapuskan rasuah,” katanya, menambah sejarah membuktikan negara yang mengabai tuntutan agama, pasti tersungkur./KeadilanDaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan