Cari Blog Ini

Selasa, 24 September 2013

Giliran menteri meletakkan kesalahan pada rakyat

oleh - Shahbudin Husin

September 24, 2013

Kenyataan yang dikeluarkan beberapa menteri dan pemimpin kerajaan kebalakangan ini benar-benar meresahkan rakyat. Ia bukan saja menimbulkan kesangsian tentang kecerdikan, kewibawaan dan tahap intelektual mereka yang diamanahkan dengan kuasa dan tanggungjawab itu tetapi seolah-olah semuanya sedang sepakat untuk meletakkan segala kesalahan dan beban kehidupan kepada rakyat.

Kadang kala pula, selain semua kesalahan cuba dilonggokkan kepada rakyat, pemimpin juga cuba memperbodohkan rakyat dengan memaksa menerima hujah separuh masak yang mereka lontarkan itu.

Dalam isu kenaikan harga minyak, selain kerajaan berhujah bahawa subsidi yang dikurangkan itu akan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya, di ketika yang lain Najib dan Ahmad Maslan juga berkata, kerajaan sebenarnya tidak menaikkan harga minyak tetapi hanya mengurangkan subsidinya sahaja.

Mungkin benar dan mungkin tidak, subsidi minyak yang dikurangkan itu akan ditumpukan kepada golongan rakyat yang menerimanya tetapi haruslah diingat bahawa kesan segera daripada kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter itu ditanggung rakyat sebelum keselesaan yang dijanjikan melalui penstrukturan subsidi baru itu benar-benar menjadi kenyataan.

Rakyat seperti disusahkan dahulu sebelum bantuan yang dijanjikan itu tiba.

Najib melalui televisyen dan semalam Ahmad Maslan bercakap di Parlimen bahawa kerajaan sebenarnya tidak menaikkan harga minyak tetapi hanya mengurangkan subsidinya saja. Apa beza tidak menaikkan harga tetapi memotong subsidi? Adakah harga sebelum subsidi dipotong sama dengan selepasnya?

Tolonglah jangan cuba perbodoh dan mengelirukan rakyat. Kalau harganya naik kerana subsidi dikurangkan, bermakna harganya sudah naiklah. Yang penting ialah sama ada duit yang dikeluarkan oleh rakyat bertambah atau tidak untuk membeli minyak dengan kuantiti yang sama. Apa yang susah sangat sampai Najib berkerut-kerut dahi mempertahankan bahawa harga minyak sebenarnya tidak naik tapi hanya subsidi yang dikurangkan.

Semalam Menteri Kesihatan, S Subramaniam pula berkata, oleh kerana jumlah pengidap kencing manis di kalangan rakyat adalah tinggi dan untuk mengurangkannya, maka harga pasaran gula akan dinaikkan. Senang benar nampaknya jadi menteri kalau macam ini.

Sekali lagi kenyataan seorang menteri menimbulkan keresahan rakyat dan kesalahan rakyat cuba dicari untuk melakukan sesuatu perkara yang akhirnya menyusahkan rakyat juga. Kenyataan beliau itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak dan rata-rata mereka mengejek dan memperlekeh kecerdikan serta tahap pemikiran menteri tersebut.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin turut menyindir dalam Twitternya dengan menulis, "kalau naikkan harga gula dapat kurangkan diabetes, apakah naikkan harga kereta dan minyak boleh kurangkan accident?"

Semalam juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hassan Malek meminta pengguna jalan raya memberi laluan kepada kenderaan VIP ketika kesesakan lalu lintas atas alasan bahawa mereka itu mempunyai tugas penting yang menunggunya, selain dakwanya, sikap itu juga merupakan budaya rakyat negara ini yang seharusnya sentiasa diamalkan.

Kenapa tiba-tiba sekarang seorang menteri meminta rakyat memberi penghormatan dan laluan kepada golongan VIP sedangkan rakyat yang sedang terperangkap dalam kesesakan juga sudah cukup sengsara deritanya? Bukankah lebih baik dan disanjung tinggi jika golongan VIP juga sanggup bersama dengan rakyat biasa mengharungi kesesakan jalan raya tanpa sebarang keistimewaan?

Atau kalau tidak mahu terperangkap dalam kesesakan, keluar awal dan rancang perjalanan dengan baik. Bukankah terlihat angkuh dan sombong jika seorang pemimpin atau VIP diberi keistimewaan begitu. Lagi pula, bukanlah sikap pengguna jalan raya begitu buruk sehingga permintaan sebegini dibuat. Ini kerana mereka biasanya tiada halangan untuk memberi laluan jika melibatkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau golongan diraja tertentu lantaran memahami desakan tugas dan selalu berkejar dengan masa.

Apa yang berlaku, ada menteri biasa pun turut menggunakan pengiring dan tidak sanggup bersesak bersama-sama dengan rakyat kebanyakan. Inilah yang menimbulkan rasa meluat rakyat. Tambahan pula bila Hassan Malek yang membuat permintaan secara terbuka mengenainya, seperti semuanya diminta rakyat mengalah selepas mereka dibebankan dengan pelbagai perkara sebelum ini.

Dengan Hassan Malek membuat permintaan sebegini dan sebelum ini meminta rakyat mengalih kepada makan ikan dan daging berikutan kenaikan harga ayam sedangkan sebenarnya harga ikan dan daging jauh lebih mahal, ada yang bertanya, "dari gua mana datangnya menteri yang dipilih Najib ini?"

Dan jika diimbas serta dihitung beberapa kenyataan menteri-menteri sebelum ini, kita sebenarnya memang harus berasa gusar dengan kualiti mereka yang dipilih dan diamanahkan tanggungjawab itu. Mereka seolah-olah bercakap tanpa ada perasaan dan meluahkan sesuatu perkara itu ikut sedap mulut saja.

Bila mempertikaikan undang-undang, disuruh pindah ke negara lain; mempertikaikan sistem pilihan raya, diminta duduk dalam hutan; apabila merungut harga sayur mahal, diminta tanam sayar sendiri; harga rumah mahal diminta jangan beli rumah dan kalau tidak suka dengan sistem pendidikan negara, bolehlah mencari pendidikan di negara lain.

Rakyat seolah-olah tidak boleh mengeluh, merungut atau meluahkan perasaan lagi, sebalik diminta reda dan menerima saja apa yang dilakukan oleh pemimpin dengan seadanya.

Kenyataan terbaru yang terus mengelirukan mengenai kenaikan harga minyak, cuba menaikan harga gula dengan alasan kencing manis dan meminta pengguna jalan raya memberi laluan kepada golongan VIP adalah kesinambungan cerita-cerita selepas pilihan raya yang cuba meletakkan beban kesalahan kepada rakyat atas kegagalan pemimpin itu sendiri menjalankan tugas dan memberi kesejahteraan yang sewajarnya kepada rakyat.

Jika sebelum pilihan raya dulu, kejadian sebegini tidak berlaku tetapi kini ia seakan menjadi-jadi. Satu demi satu kesalahan rakyat cuba dicari dan diselesaikan dengan meletakkan bebannya kepada rakyat juga.

Agaknya selepas menang pilihan raya memang resamnya begitu. Ketika hampir pilihan raya semula nanti, pelbagai janji dan harapan ditaburkan lagi untuk menutup semua kelemahan itu. Begitulah agaknya dan kita akan terus dihadapkan dengan perlakuan menteri yang menjengkelkan ini sepanjang masa. – shahbudindotcom.blogspot.com, 24 September, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Rakyat Bakal Naik Minyak Lagi.. Ini Puncanya

Penganalisis ekonomi tidak menolak GST adalah kaedah terbaik untuk mengutip wang dan menjana pendapatan negara, sekaligus pada masa sama membantu pertumbuhan ekonomi negara.

"Lebih awal kita laksanakan lebih pantas kita menyesuaikan diri, saya jangkakan lebih banyak penambahbaikan berlaku kepada ekonomi kita.

"Ia memperkasakan pengurusan cukai dan memberi kerajaan lebih banyak fleksibiliti dalam menguruskan kewangan awam," kata Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Dr Yeah mengakui langkah itu akan menyumbang kepada inflasi yang tinggi terutamanya selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini, tetapi melihatnya sebagai satu "realiti kehidupan"."Mengenai inflasi, ia adalah realiti kehidupan kerana kos hidup sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, ia tidak ada bezanya.

"Tetapi yang menjadi kebimbangan ialah kawalan dan penguatkuasaan ke atas pelaksanaan GST, ia bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan berlebihan dan kenaikan harga yang tidak munasabah," katanya.

Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui, berkata pelaksanaan GST adalah satu langkah tidak adil kerana kumpulan berpendapatan rendah terpaksa membayar pendapatan boleh guna mereka lebih tinggi daripada mereka yang kaya.

"GST secara dasarnya adalah kaedah berkesan untuk mengutip wang."Namun, secara jelasnya GST dilihat akan menghukum kumpulan yang lebih berpendapatan rendah kerana peratusan pembayaran GST daripada pendapatan boleh guna mereka akan lebih tinggi daripada mereka yang kaya," katanya.

Lim berkata, pelaksanaan GST tidak kena pada masanya kerana kerajaan baru sahaja menaikkan harga minyak baru-baru ini di samping langkah pencegahan rasuah dan ketirisan yang masih lagi lemah.

"Kerajaan sepatutnya melihat dan menangani isu ketirisan serta rasuah yang lebih merugikan orang ramai," katanya.Lim juga mencadangkan kerajaan mengambil pendekatan berbeza untuk meningkatkan perolehan negara antaranya meningkatkan kadar cukai bagi mereka yang kaya, meningkatkan keuntungan modal dan memperkenalkan semula cukai duti harta pusaka.

"Putrajaya perlu memperkenalkan polisi yang lebih berkredibiliti untuk mengawal defisit dan membawa pendapatan dengan cara yang lebih berkesan," katanya merujuk kepada tiga kaedah yang dicadangkannya.Malaysia mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, iaitu jumlah yang kerajaan belanjakan lebih daripada jumlah yang diperolehi, iaitu 4.5 peratus daripada Keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun lalu. 

Sementara itu, hutang kerajaan berbanding KDNK ialah pada 53.1 peratus, hampir mencecah set siling kerajaan iaitu 55 peratus.Lebihan akaun semasa Malaysia juga jatuh kepada RM2.6 bilion pada suku kedua daripada RM8.7 bilion awal tahun ini ketika eksport jatuh selepas berita mengenai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan mengurangkan dolar.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia(UUM), Prof Amir Hussin Baharuddin meramalkan langkah itu akan menerima aksi marah daripada orang ramai khususnya selepas kenaikan minyak."Demam 20 sen belum habis lagi, kalau GST ini diperkenalkan ia akan parah lagi."Tunggulah dua tiga tahun lagi, sekarang bukan masanya lagi. 

Kerajaan perlu juga pertimbangkan persepsi rakyat, lebih baik kerajaan berjimat dalam belanja dahulu sebelum mahu perkenalkan GST," katanya.Selepas kenaikan minyak baru-baru, orang ramai meluahkan kemarahan dan menyifatkan ia satu bebanan kepada mereka, malah Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan, berkata pemandu teksi mengeluh mengenai keadaan selepas pengumuman Putrajaya tersebut.

"Kami ini pemandu teksi, hari-hari guna minyak. Bila minyak naik, kos penyelenggaraan juga naik hampir 30 ke 40 peratus."Barang keperluan harian, semuanya sudah naik," kata Amran ketika dihubungi The Malaysian Insider.Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengakui bahawa kerajaan akan cuba memasukkan GST dalam Bajet 2014, yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan, Oktober ini.

Malah, Najib dalam pembentangan Bajet 2013 tahun lalu, turut menyatakan bahawa kerajaan akan cuba menstruktur semula sistem cukai negara dalam memastikan defisit perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan.Najib berjanji untuk mengurangkan defisit sebanyak 4.5 peratus daripada KDNK, Malaysia antara negara yang mempunyai hutang tertinggi di Asia.


Agensi penarafan kredit dunia, Fitch Ratings turut meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif, serta mempersoalkan langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi kewangan terutamanya selepas berakhir pilihan raya baru-baru ini. ~the malaysia insider

Gambar yang buat Ibrahim Ali naik angin!!

laniismaa

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali naik angin apabila Pemimpin PAS Kedah, Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.

Fadzil menegaskan kehadirannya bukanlah mewakili PAS atau PKR tetapi atas keinginannya sendiri.

Ibrahim Ali berkata tindakan tersebut kerana nak meraih undi Cina.

“Ini semua politik dan untuk meraih undi pengundi Cina terutama bekas ahli PKM. Chin Peng ini manusia kufur. Bagaimana pemimpin PAS yang beragama Islam ini boleh memberi penghormatan kepada pemimpin kafir seperti Chin Peng?” kata Ibrahim Ali kepada The Malaysian Insider.

Itu kerana pemimpin PAS yang pergi, kalau pemimpin Umno yang pergi nadanya tentu tak sebegitu!!. Ibrahim Ali juga menyelarkan Mat Sabu kerana kenyataan sebelum ini.

“Sejarah Abu Jahal di Mekah dan Firaun di Mesir berbeza dengan Chin Peng. Apakah Mat Sabu tidak mengetahui sejarah Islam? Chin Peng bukan warganegara Malaysia dan telah membunuh ramai askar Melayu Islam.

“Selepas peristiwa pembukaan Mekah, Allah dan Rasul melarang orang kafir memasuki Mekah. Besar implikasinya. Ramai lagi orang kafir mati di Mekah tetapi Rasullulah SAW tidak memberi penghormatan malah berdoa untuk orang kafir,” katanya.
Fadzil_Baharom_PAS_Chin_Peng
Gambar : Fadzil Baharom, dua dari kanan. - Resipi

'Bukan pakar' dibayar RM20j untuk pelan pendidikan

NONEAnggota Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan penglibatan perunding antarabangsa McKinsey and Co dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Menurut jawapan Parlimen oleh Kementerian Pendidikan, firma itu dibayar RM20.56 juta untuk menyediakan dokumen itu.

Bagi anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming, langkah itu hanya membazirkan wang pembayar cukai.

Katanya, McKinsey adalah firma perunding pentadbiran umum yang didakwa tiada kepakaran khusus dalam bidang pendidikan, terutamanya apabila dibandingkan dengan pasukan petugas untuk projek itu.

"Setakat yang saya tahu, ini kali pertama perunding luar digunakan untuk mendraf rangka dasar pendidikan Malaysia dan dengan kos ini," kata Ong dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Perghh DR MAZA Tibai Menteri Pasai Gula Pula...Kiki


Kebanyakan Mereka mereka yang makan free semua bercakap begini, cuba semasa pilihanraya berkata begini..nak kantooi..cubala..

Ahad, 22 September 2013

Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib? tanya Hishamuddin Rais


Selepas mengeluarkan kenyataan bahawa Pas terbuka untuk bekerjasama dengan Umno, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang nampaknya terus mendapat perhatian blogger terkenal, tukartiub.blogspot.com. 

Pemilik blog berkenaan yang juga aktivis politik, Hishamuddin Rais dilihat seolah-olah mempersendakan kenyataan Hadi dan menganggap pemimpin itu "meroyan".

"Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib.

"Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," tulisnya dalam laman mikro Twitter seperti mengajuk Pas kerana berulang kali mengutarakan perkara ini tanpa sebarang hasil.

Abdul Hadi semalam dipetik sebagai berkata, Pas sedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.

Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.

"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya.

Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.

"Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara Umno dan Pas untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.

Sinar Harian

Pulau Pinang beri RM40,000 kepada Adun pembangkang

GEORGE TOWN: 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang Umno BN di negeri ini diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun mulai 2014.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri pada 18 September lalu dan telahpun diluluskan secara prinsip.

“Selepas mekanisma peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dengan tambahan undi popular sebanyak 10 peratus kepada 68 peratus dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan Mei lepas, ada 30 Adun PR dan 10 Adun Umno BN.

Sebelum ini, kata Lim kerajaan negeri telah cuba menjemput Adun-Adun Umno untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka ada membuat kerja sambil menerima peruntukan.

Akan tetapi, ujarnya tawaran ikhlas kerajaan negeri telahpun ditolak sama sekali dengan begitu angkuh sekali oleh Adun Umno kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR.

Katanya, kerajaan negeri mahu Adun Umno menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang mereka tidak akan ikut standard operating procedure yang ditetapkan seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin-pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan.