Cari Blog Ini

Jumaat, 1 Mac 2013

TERKINI! Lahad Datu Kini Dalam Zon Perang!



TERKINI! Lahad Datu Kini Dalam Zon Perang!

Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina, Philstar.com menyebut kini sedang berlaku insiden berbalas tembakan di Lahad Datu antara tentera Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Malaysia di sekitar bandar di timur Sabah itu.

Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum dapat dipastikan.

Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan.

Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu itu juga meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.

Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari insiden tersebut tetapi pentadbiran presiden Aquino kini dalam keadaan bersiap sedia untuk mengerahkan anggota tenteranya ke sempadan laut di Laut Sulu manakala Putrajaya dipercayai sudah membuka bilik situasi (situation room) bagi merencana pelan tindakan seterusnya.

Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini yang memungkinkan tahap keselamatan untuk penduduk tempatan diragui.

Sultan Kiram III masih tidak berganjak dengan keputusannya untuk terus menakluk Lahad Datu walaupun Manila sudah mengarahkan tentera sultan itu meninggalkan Sabah secepat mungkin seperti yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa jam lalu.

Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai bersembunyi akibat khuatir keselamatan mereka terancam sekiranya melaporkan kejadian itu kepada agensi berita masing-masing dan ditahan pihak berkuasa.

Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi menyebut pasukan keselamatan mengarahkan penduduk sekitar bandar itu agar mengunci pintu rumah masing-masing.

Deretan kedai dan pasaraya di bandar itu sudah ditutup sejak perintah tersebut berkuat kuasa sehingga sekarang.

Kawalan keselamatan secara keseluruhannya masih berada di dalam kekuasaan pasukan keselamatan Malaysia yang bertugas dalam lingkungan radius 25 kilometer dari pusat bandar.

Beliau juga memaklumkan kesemua perkhidmatan penerbangan MASWings ke Lahad Datu dibatalkan dan beberapa pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah mendarat di bandar itu awal pagi tadi.

Bilangan anggota tentera yang tiba belum dapat dipastikan tetapi jumlahnya dikatakan cukup untuk memusnahkan ketumbukan tentera Sultan Sulu itu dalam tempoh kurang dari tiga hari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan