Cari Blog Ini

Sabtu, 15 Jun 2013

Perang media dan potensi menang PRU14

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Apa faktor terbesar Umno-BN masih mengekalkan kuasa dalam PRU13 lebih sebulan lalu? Bagi Dr Mahathir Mohamad, kuncinya terletak kepada ketakutan majoriti pengundi Melayu terhadap kemungkinan Anwar Ibrahim bersama DAP menguasai Putrajaya. Rasa takut "kehilangan hak-hak Melayu" yang dsengaja dicipta ini disuntik melalui propaganda berterusan sehingga membentuk persepsi hodoh kepada Pakatan Rakyat

Namun begitu, ramai tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir itu. Tentulah lebih banyak pihak menyalahkan sistem, proses dan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Dan ketempangan amalan demokrasi itu bukan hanya bermula daripada tarikh pembubaran Parlimen, tetapi sudah berakar umbi sejak lama, malah dianggap suatu kelebihan buat mana-mana parti pemerintah, yang jarang dibantah secara berkesan.

Saya sedaya upaya tidak mahu mengulangi hujah-hujah basi, tetapi terpaksa juga membawa penekanan hampir sama. Kadang-kadang isu-isu stereotaip terpaksa diulang selagi ia belum ditangani dengan tekun, berhemah dan serius. Kita memang menyenaraikannya sebagai faktor utama kekalahan dalam setiap kali pilihan raya, tetapi ia terus "terbiar" begitu sahaja, dan mengulangi punca-punca itu sebagai daleh tanpa mengatur pelan tindakan lebih bermakna.

Bagi saya -- begitu juga anggapan ramai pemerhati politik -- kekuatan Umno-BN masih terletak kepada penguasaan dan manipulasi media. Tentu ramai yang spontan mengangguk lesu, mengiakan hakikat "padang permainan masih tidak sama rata" ... tetapi apa perancangan strategik Pakatan untuk berdepan dengan serangan, ancaman dan pujukan kuasa media ini?

Dalam pada itu, tidak sedikit penyokong Pakatan akan menyatakan, kita sendiri sudah memiliki senjata paling berkesan, iaitu media baru -- termasuk media sosial yang lebih demokratik dan mudah dicapai -- yang dapat menyalurkan maklumat alternatif, menyanggah tohmahan media tradisional dan seterusnya membentuk persepsi masyarakat.

Saya tidak mahu terperangkap dalam polemik tidak berkesudahan ini. Kesimpulan mudah saya, meskipun capaian dan akses internet lebih menyeluruh, namun pengaruh akhbar, radio dan televisyen tetap menyerlah dan menyengat.

Kalaupun anda mempunyai perbedaan pandangan -- dan tetap berkeras bahawa kian ramai rakyat Malaysia yang tidak lagi melanggan akhbar harian, jarang-jarang sekali menonton siaran berita TV3, apatah lagi terkesan dengan berita radio -- ketepikan sekejap. Ya, mengapa kita tidak boleh sama-sama bersetuju bahawa kita juga berpeluang untuk membangunkan "sistem media" sendiri, yang lebih sofistikated atau sekurang-kurangnya setanding dengan BN?

Baru-baru didedahkan dalam satu forum mengenai persempadanan semula, berdasarkan kawasan pilihan raya sedia ada, Umno-BN boleh mendapat majoriti mudah di Parlimen hanya dengan menguasai kerusi-kerusi yang mempunyai sekitar 20 peratus saja. Dan kebanyakan kerusi terbabit adalah di luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak. Soalnya, setakat mana pengaliran maklumat secara cepat dan mudah di kawasan tumpuan atau "simpanan tetap" BN itu?

Mungkin DAP tidak menghadapi kesukaran berdepan karenah akhbar-akhbar Cina, sepertimana PAS dan KeADILan yang dianggap oleh harian berbahasa Melayu sebagai seteru yang mesti dimusnahkan. Pemimpin DAP masih diberikan liputan sewajarnya oleh akhbar Cina berbanding rakan-rakan mereka dalam Pakatan yang "dihenyak semahunya" oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Okey, saya tidak perlu membazirkan masa melukiskan kembali situasi berat sebelah ini, yang diwarisi zaman berzaman. Kita harus ada pelan bertindak.

Semua akur bahawa ketiga-tiga lidah rasmi parti-parti dalam Pakatan, terutama Harakah dan Suara Keadilan, amat tidak memadai untuk memikul tanggungjawab yang begitu besar. Dengan kekerapan penerbitan yang terbatas -- dua kali seminggu untuk Harakah, dan bertaraf mingguan untuk SK -- apatah lagi begitu mudah dijejaskan rangkaian pengedarannya disebabkan peruntukan undang-undang sedia ada, pengaruh kedua-dua media ini dapat dihadkan.

Justeru, saya menggesa agar tekanan dapat ditingkatkan bagi memastikan semua lidah rasmi parti politik tidak lagi dibataskan hanya kepada ahli-ahli parti sahaja, dan peraturan "karut-marut" itu dimansuhkan. (Pelik memikirkan, mengapa Pakatan seakan-akan memandang sepi gangguan berterusan -- dan sistematik -- terhadap pengedaran lidah rasmi masing-masing).

Serentak dengan itu, rangkaian pengedaran harus diperluaskan dengan pelbagai inovasi baru. Pada hemat saya, selama ini, jaringan itu terbina dengan sendiri atau semulajadi, dengan segala kelemahan dan kekurangan. Pimpinan Pakatan seolah-olah tidak memberi perhatian serius untuk meningkatkan jumlah cetakan (rekod semasa masih terlalu jauh daripada target), termasuk memastikan Harakah dan SK, mengetuk setiap pintu rumah pengundi, khususnya di kawasan tumpuan.

"PAS dan KeADILan harus merancang untuk terbit akhbar harian, sekurang-kurangnya kombinasi di antara kekerapan Harakah dan SK," kata seorang bekas editor kanan, yang percaya masih banyak potensi dalam dunia media yang belum diteroka oleh Pakatan.
"Mungkin Harakah tiga kali seminggu dan SK juga begitu, berselang-seli. Bagi Harakah yang ada permit, boleh difikirkan judul lain, seperti Bangkit dan Inikalilah yang diterbitkan masa kempen PRU13 yang lalu," ujarnya.

"Jangan tunggu PRU14 baru nak aktifkan penerbitan, waktu itu sudah crowded, pengundi pun mungkin pening dengan begitu banyak asakan media, ditambah surat layang atau risalah tidak bertanggungjawab. Lebih penting, usaha mempengaruhi pengundi Melayu memakan masa dan perlu dilakukan secara berterusan dan halus seninya," tambah rakan saya itu, yang kini bersara dari alam kewartawanan.

Seorang pembaca Harakah, berkelulusan jurnalisme, memberi komentar melalui emel: "Kualiti akhbar lebih penting. Laporan Harakah dan Suara Keadilan perlu lebih bermutu, tidak mengulangi kesilapan sama, dan harus ditadbir seperti industri akhbar yang profesional. Karyawannya tidak boleh tangkap muat, mesti hebat dan dihormati, dan pastinya perlu diganjari setanding akhbar-akhbar utama. Brain dan skill terbaik tidak datang menggolek."

Beliau turut menyokong penuh cadangan yang pernah saya luahkan, agar sistem penajaan percuma kepada audien terpilih dilaksanakan. "Saya yakin ramai penyumbang bermurah hati untuk beramal secara lebih praktikal, menaja terus naskhah Harakah kepada sasaran yang dipilih mereka."

Pengalaman saya membuktikannya. Kutipan dana yang dipelopori Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) amat memberangsangkan. Saya terfikir, jika inisiatif mengumpul kewangan untuk penerbitan akhbar seumpama Bangkit dan Inikalilah ini dimulakan daripada sekarang, dan disokong oleh pimpinan tertinggi Pakatan, tentu sambutannya lebih menakjubkan.

Apa pun, bukan hanya penerbitan akhbar parti perlu disusun semula, tetapi dimensi lain yang juga begitu penting, misalnya TV internet dan potensi klip video, belum diteroka sepenuhnya. Aspek kandungan media baru juga seperti terabai walaupun penguasaan teknologi begitu baik sekali.

Setakat ini, saya lebih suka menyalahkan diri sendiri jika peluang untuk menyaingi media UMno-BN tidak diberi perhatian serius. Kita seolah-olah membiarkan sekelompok pengundi yang cukup penting dan kritikal -- kini, pengundi Melayu dan Bumiputera Sabah/ Sarawak -- terus diperbodohkan. Ironinya, kita terus menyalahkan orang lain, tanpa menampilkan gerakerja luarbiasa untuk memetik hasil yang lebih manis.

2 Kerajaan Negeri Tumbang Dengan Petisyen Pilihanraya?

Blog mutaligat.blogspot.com


PR dan BN masing-masing memfailkan petisyen pilihanraya kerana tidak puashati dengan perjalanan pilihanraya dan ujudnya penipuan, rasuah, salah laku, kesilapan teknikal dan sebagainya.


Jumlah petisyen yang banyak dam memecahkan rekod sebelum ini membuktikan kepada kita bahawa banyak perkara yang tidak kena dengan PRU13.

Malah pemerhati politik melihat jika mahkamah yang mengendalikan petisyen ini professional besar kemungkinan 2 kerajaan negeri akan tumbang iaitu kerajaan BN Perak yang menang dengan majoriti 3 kerusi (BN-31, PR-28) dan Kerajaan BN Terengganu yang hanya mempunyai 2 kerusi majoriti (BN-17, PR-13).

Tidak syak kedua-dua kerajaan BN tersebut sedang berada dalam keadaan gusar dan gundah gulana kerana apa-apa sahaja akan berlaku terhadap kerajaan yang goyah tersebut.

Mari sama-sama kita berdoa agar kedua-dua kerajaan baru akan ditubuhkan di Perak dan Terengganu......... Kemenangan BN di kedua-dua negeri ini benar-benar ibarat telur di hujung tanduk.

Ahad, 9 Jun 2013

Terkini!!! Mat Sabu: PAS sertai himpunan 15 Jun

 
Mat Sabu: PAS sertai himpunan 15 Jun
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu hari ini memutuskan untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.
Mohamad berkata, jawatankuasa PAS pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.
Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.

"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjawab teka-teki yang timbul ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam perhimpunan berkenaan.

Harun dalam kenyataannya minggu lalu berkata, PAS bertindak demikian kerana menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Katanya, PAS sebaliknya memberi fokus kepada persiapan bagi pilihan raya umum akan datang.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hj Hadi akan jatuh seperti Dolah Badawi!

Pak Lah jatuh kerana Khairy. Hj Hadi jatuh kerana Din Ayam!


Kisah Ketamakan Dan Kebodohan menantu Hj Hadi


Menantu presiden PAS sudah bersuara. Kalau nak tau dalang kecelaruan kerusi Kota Damansara orangnya menantu presiden PAS. Zaharuddin Muhammad nama diberi. Din Ayam gelaran dari para ahli Rusila. Buat kerja sama macam Khairi buat kerja masa

Pak Lah jadi PM dulu.


Din Ayam ini cakap PAS nak laksanakan Islam. Tp di kota damansara BN yang menang. Puncanya pecah undi. Kalau PAS tak masuk calon PKR akan menang besar. Dia buat alasan PSM itu sosialis. Dia cakap Sosialis itu tidak islam. Mungkin dia nak kata BN tu islam kot

Islam cara Din ayam boleh khianat kerusi kawan. Haram PKR khianat kerusi PAS. Tp halal PAS khianat kerusi PKR. Islam cara Din Ayam adalah haram untuk orang lain. Islam orang lain semua tidak betul. Tp halal jika din ayam yang buat.

Islam cara Din Ayam laksanakan hudud dan Qisas sahaja. Masa PAS perintah Kedah dia tak pernah pun paksa laksana hudud dan Qisas. Berjuta-juta alasan dia bagi nak kata Kedah terkecuali laksanakan hudud dan Qisas. Din ayam nak bagitau kita, wajib itu bila dia kata wajib. Kalau dia tak kata wajib, ia tak jadi wajib. Islam kroni cara Islam Din Ayam sang menantu Hadi.

Mungkin Din Ayam nampak islam itu hanya hudud dan Qisas. Rasuah, tindas, ISA itu bukan larangan islam. Mungkin bila PAS perintah nanti, Din Ayam akan digunakan seribu satu dalil nak halalkan rasuah kot? Nak halalkan tindas kot? Nak halalkan ISA kot? Almaklumlah, Islam hanya sah dari tafsiran Din Ayam. Selain Din Ayam adalah Islam tak benar (?)

PSM yang lawan ISA itu tidak sah pada pandangan Islam cara Din Ayam. PSM lawan Rasuah itu tidak sah. Dr Jayakumar gunakan duit AP-nya untuk buat jambatan rakyat itu tidak sah. Tetapi yang sah adalah Hashim Jasin ambil AP-nya buat beli kereta pocher untuk anak. Hebat Islam cara Din Ayam ni rupa-rupanya.

Din ayam kata UMNO menang itu lebih baik dari PSM menang. Mungkin menantu presiden tu nak kata bahawa rasuah itu lebih baik, ISA itu lebih baik, tipu duit rakyat itu lebih baik. UMNO yang lansakan benda ni. PSM konsisten lawan semua ni.

Sebenarnya Kota Damansara tu kerusi PKR. Bukan kerusi PAS. Tahun 2004 PKR bertanding di DUN Paya Jaras. Kota Damansara pula PAS bertanding. Haji Arif calon PAS Kota Damansara masa tu. Tp tahun 2008 PAS minta tukar kerusi Paya Jaras dengan PKR. PAS nak bertanding di DUN Paya Jaras. Dun Kota Damansara pula PAS bagi kepada PKR. Tahu-tahu PKR menang di DUN kota Damansara. PAS kalah di DUN Paya Jaras.

Kalau Din ayam nak PAS bertanding di kerusi Kota Damansara. Kenapa Din ayam tak bagi kerusi Paya Jaras kepada PKR? Oh, Din Ayam amalkan islam kroni. Islam Hadi dan menantu.

Bila tahun 2008 PKR menang di Dun Kota Damansara, Din Ayam dah mula merepek. Dia duduk di seksyen 8 Kota Damansara. Dia mula kata orang itu tidak betul, orang ini tidak betul. Orang itu tidak Islam, orang ini tidak Islam. Yang islam hanya datang dari dia sahaja. Dia mula buat fitnah macam-macam kat Dr Nasir. Geng dia tukang sebar. Dorang kata Dr Nasir tak sembahyang. Dorang kata Dr Nasir tak puasa. Islam cara Din Ayam ni boleh tuduh orang. Fitnah orang dapat pahala pada Din Ayam.

Din ayam semakin tamak. Masa isu ADUN Bukit Lanjan. Gambar Elizabert wong tersebar. Menantu presiden PAS tu buat kenyataan minta DUN Bukit Lanjan itu diberikan kepada PAS.

Bila datang tahun 2013. Din ayam sekali lagi pamerkan tamak. PAS kawasan Subang dah buat keputusan dah yang PKR bertanding di kerusi itu. masalah PKR nak bubuh calon PSM atau tidak, itu PKR punya pasal la. Sebab itu kerusi PKR. Macam PAS letak hasan ali dulu kat DUN Gombak setia. Kalau PKR masuk juga bertanding, mesti PAS pun marah. PAS nak letak hasan ali ke kat DUN Gombak tu, PAS punya pasal la.

Bila PAS Kawasan Subang dah tau bahawa Dr Nasir bertanding di DUN Kota Damansara atas tiket PKR. Lawyer Razlan asalnya calon PKR pun dah tarik diri. Dia bagi laluan kepada Dr Nasir Hashim. PAS kawasan subang pun buat keputusan tak akan bertanding.

Tp, malam penamaan calon lain pula jadinya. Watikah calon PAS pun sampai. Hadi yang tandatangan. PAS selangor dan PAS pusat tak tau. Timbalan presiden kata itu kerusi PKR. Semua Naib presiden pun kata benda sama. PAS selangor pun kata benda sama. SU Agong PAS pun kata benda sama.

Tp Hadi sahaja yang diam. Rupa-rupanya Hadi dipengaruhi Din Ayam untuk tandatangan watikah. Lebih-lebih lagi Calon PAS Kota Damansara itu kawan baik Din Ayam masa belajar di Mesir dulu. Sama-sama dalam PMRAM.

Masa hari penamaan calon. Dorang sekali lagi licik. Dorang tak datang awal. Dorang datang lewat. Bila dah selesai semua calon-calon DUN dalam Parlimen Subang masuk dewan penamaan calon baru dorang masuk. Selepas Khairuddin masuk. Selepas Sivarasa Masuk. Selepas Elizabert wong masuk. Tiba-tiba dengar takbir.

Orang-orang PAS yang berada di bahagian hadapan terkejut. Dorang tengok calon PAS dah masuk dah. Ni calon mana pula. Dorang ingat calon ISMA. Rupa-rupanya calon PAS. Riduan Ismail. Pandai dorang buat strategi. Kalau dorang datang awal. Nanti sempat Khairuddin selesaikan lebih awal sebab Khairuddin tu setiausaha PAS Selangor. Tp dorang datang lambat supaya Khairuddin tak sempat nak selesaikan benda ni. Memang kerja dorang licik. Din ayam mastermindnya. Tahniah hadi ada menantu macam Din Ayam.

Bila Din Ayam berhujjah. Dia guna hujjah lawak. Alasan dia 7 ribu undi PAS itu tak akan undi calon PKR. Kata Din Ayam 7 ribu tak akan keluar mengundi kalau PAS tak bertanding. Mungkin Din ayam nak pakai logik. Kalau PKR tak bertanding mungkin 14 ribu undi tak akan undi PAS. Hujjah intelek Din Ayam lebih hebat dari hujjah seekor kambing.

Din Ayam ni sesuai sangat jadi penasihat Hizbut Tahrir atau ISMA. Din Ayam ni salah seorang Ahli majlis Syura Ulama. Dia buat keputusan. Dia dilantik sebab dia menantu Hadi. Kalau dia bukan menantu dia tak akan jadi Ahli Majlis Syura Ulama PAS punya. Majlis Syura Ulama PAS ni penentu dasar dan keputusan parti. Dia boleh buat desakan supaya PAS keluar dari PR dengan fatwa-fatwa dia. Islam Din Ayam, Islam kroni anak menantu Hadi.

Lagi Laporan Rasis Dari Utusan..

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Masyarakat Cina yang membuat keputusan mengikut emosi dan rakus hanya akan merugikan diri sendiri kata akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, di samping menggesa masyarakat Cina di Malaysia supaya bersyukur.

Kolumnis akhbar milik Umno Awang Selamat berkata, keputusan pilihan raya ke-13 baru-baru ini adalah salah satu contoh di mana masyarakat Cina tidak bersyukur dengan jasa dan bantuan kerajaan walaupun mereka sudahpun menguasai ekonomi negara, tetapi sebaliknya masih menyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

“Dalam konteks politik Malaysia, Awang ingin mencelah bahawa Cina yang emosi dan rakus akan merugikan kaumnya sendiri yang sudahpun menguasai ekonomi,” kata Awang Selamat dipetik berkata dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini dalam tulisannya bertajuk, “Sedarlah Cina”.

Awang Selamat kemudiaan memetik dan menyokong kenyataan Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang mengatakan tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai “Cina” kecuali di Malaysia serta memuji penyelidik tersebut kerana masih ada segelintir Cina yang rasional dan bersikap terbuka.

“Peringatan beliau sangat tepat pada masanya. Mungkin pedih bagi kebanyakkan orang Cina tetapi itulah realiti yang harus diakui,” kata Awang Selamat.

“Di sebalik sentimen perkauman tebal majoriti kaum Cina, ada segelintir suara daripada kalangan Cina yang rasional dan bersikap terbuka,” tambahnya.

Awang Selamat kemudiaan menghalakan kritikannya kepada Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang dianggap sebagai melampau terutama selepas mengkritik perlantikkan menteri tidak fasih berbahasa Mandarin.

“Perkara ini melampau sedangkan orang Cina yang tidak fasih bahasa Melayu langsung tidak diungkit. Orang Cina pun tidak pernah baiki keadaan ini,” Awang Selamat memetik kata Teo seperti yang dilaporkan pada Khamis lalu.

Petikan analisis berkenaan dilihat masih lagi menyalahkan masyarakat Cina yang memilih DAP dalam Pilihan Raya 2013, semata-mata mahu menumbangkan kuasa politik Melayu.

Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah “tsunami Cina” selepas keputusan pilihan raya menunjukkan Barisan Nasional kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu turut mengeluarkan tajuk “Apa lagi Cina mahu?” sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.

Walau bagaimanapun penganalisis menolak tanggapan sedemikian, Merdeka Center sebaliknya menegaskan keputusan pilihan raya menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN

Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan bacaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pilihan raya umum 5 Mei sebagai “tsunami Cina” tidak tepat kerana Melayu bandar turut mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).

“Terdapat persaingan di kawasan berpendapatan rendah dengan pendapatan sederhana manakala bandar dengan kawasan luar bandar,” Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Penganalisis telah mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.

Dalam kajian awal mengenai trend pengundian, penganalisis mengatakan walaupun terdapat peningkatan dalam sokongan Cina kepada PR, tsunami politik juga menyaksikan sokongan Melayu dari golongan menangah dan atas.

Ibrahim juga dilaporkan berkata beberapa kawasan juga menyaksikan BN menang tipis, bukti persaingan sengit diantara BN dan PR.

BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.

BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR Ahad lalu. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013. ~the malaysian insider

Akhirnya Bekas Ketua Polis Mengaku Salah Dan Kalah Pada TGNA

matuse68
Tuan Guru Nik Aziz mempunyai sebab yang kukuh kenapa dia mahu memaafkan individu yang menuduh dia bapak kafir.. dan menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Itu bukan isu dan tidak perlu kita persoalkan pendirian Tuan Guru Nik Aziz yang bersikap pemaaf dalam kes ini.

Memang di akui kadangkala mereka2 ini perlu diajar kerana bersikap biadap dan seringkali menfitnah Tuan Guru. Namun admin kagum, kerana Tuan Guru tidak pernah menolak permohonan maaf dari mana-mana individu yang menghina dia..
Moga Allah panjangkan usia Tuan Guru Nik Aziz..

Panas!!! PKR pulau sidang Parlimen 24 Jun ini

Tian Chua
Tian Chua
 
SHAH ALAM – PKR bakal memulaukan sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 24 Jun depan, kata Naib Presidennya, Tian Chua.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan susulan beberapa tuntutan mereka yang tidak ditunaikan.

“Kami hanya menuntut seluruh ahli dalam SPR meletak jawatan, tetapi perkara itu tidak ditunaikan.

“Sebaliknya kerajaan beri input lain dengan mahu membuat jawatankuasa khas (PSC) dan sebagainya,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Batu itu lagi, selagi seluruh ahli dalam SPR tidak letak jawatan pihaknya tidak berminat untuk memberi kerjasama kepada kerajaan.

“Kalau mahukan kerjasama daripada PR dalam perkara yang mahukan muafakat syarat itu perlu ditunaikan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu akan hadir pada hari perasmian kerana menghormati kehadiran Yang di-Pertuan Agong.

“Sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong, kita akan hadir untuk mendengar titah baginda tiada isu mengenai hal ini.

“Tetapi mengenai lain-lain perkara sama ada untuk angkat sumpah, atau menyertai PSC dan pilih wakil pembangkang dalam Parlimen itu kita masih pertimbangkan sama ada mahu bekerjasama atau tidak,” katanya.

Sementara itu, berbeza pula dengan pendirian parti komponen PR, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu yang mereka tidak akan memulaukan sidang Parlimen akan datang.

“DAP tidak ambil tindakan seperti itu, kami akan hadir seperti biasa. Soal (pulau) atau tidak terpulang pada pendirian mereka (PKR),” katanya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah Parlimen sebagai tunjuk rasa kesal terhadap keputusan PRU13 yang didakwa wujud unsur penipuan.

SinarHarianOnline