Cari Blog Ini

Ahad, 9 Jun 2013

Lagi Laporan Rasis Dari Utusan..

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Masyarakat Cina yang membuat keputusan mengikut emosi dan rakus hanya akan merugikan diri sendiri kata akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, di samping menggesa masyarakat Cina di Malaysia supaya bersyukur.

Kolumnis akhbar milik Umno Awang Selamat berkata, keputusan pilihan raya ke-13 baru-baru ini adalah salah satu contoh di mana masyarakat Cina tidak bersyukur dengan jasa dan bantuan kerajaan walaupun mereka sudahpun menguasai ekonomi negara, tetapi sebaliknya masih menyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

“Dalam konteks politik Malaysia, Awang ingin mencelah bahawa Cina yang emosi dan rakus akan merugikan kaumnya sendiri yang sudahpun menguasai ekonomi,” kata Awang Selamat dipetik berkata dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini dalam tulisannya bertajuk, “Sedarlah Cina”.

Awang Selamat kemudiaan memetik dan menyokong kenyataan Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang mengatakan tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai “Cina” kecuali di Malaysia serta memuji penyelidik tersebut kerana masih ada segelintir Cina yang rasional dan bersikap terbuka.

“Peringatan beliau sangat tepat pada masanya. Mungkin pedih bagi kebanyakkan orang Cina tetapi itulah realiti yang harus diakui,” kata Awang Selamat.

“Di sebalik sentimen perkauman tebal majoriti kaum Cina, ada segelintir suara daripada kalangan Cina yang rasional dan bersikap terbuka,” tambahnya.

Awang Selamat kemudiaan menghalakan kritikannya kepada Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang dianggap sebagai melampau terutama selepas mengkritik perlantikkan menteri tidak fasih berbahasa Mandarin.

“Perkara ini melampau sedangkan orang Cina yang tidak fasih bahasa Melayu langsung tidak diungkit. Orang Cina pun tidak pernah baiki keadaan ini,” Awang Selamat memetik kata Teo seperti yang dilaporkan pada Khamis lalu.

Petikan analisis berkenaan dilihat masih lagi menyalahkan masyarakat Cina yang memilih DAP dalam Pilihan Raya 2013, semata-mata mahu menumbangkan kuasa politik Melayu.

Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah “tsunami Cina” selepas keputusan pilihan raya menunjukkan Barisan Nasional kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu turut mengeluarkan tajuk “Apa lagi Cina mahu?” sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.

Walau bagaimanapun penganalisis menolak tanggapan sedemikian, Merdeka Center sebaliknya menegaskan keputusan pilihan raya menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN

Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan bacaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pilihan raya umum 5 Mei sebagai “tsunami Cina” tidak tepat kerana Melayu bandar turut mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).

“Terdapat persaingan di kawasan berpendapatan rendah dengan pendapatan sederhana manakala bandar dengan kawasan luar bandar,” Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Penganalisis telah mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.

Dalam kajian awal mengenai trend pengundian, penganalisis mengatakan walaupun terdapat peningkatan dalam sokongan Cina kepada PR, tsunami politik juga menyaksikan sokongan Melayu dari golongan menangah dan atas.

Ibrahim juga dilaporkan berkata beberapa kawasan juga menyaksikan BN menang tipis, bukti persaingan sengit diantara BN dan PR.

BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.

BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR Ahad lalu. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013. ~the malaysian insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan