Cari Blog Ini

Jumaat, 12 Oktober 2012

Ketua AMK Kedah Ditukarkan Kerja Serta Merta sebab sokong Pakatan Rakyat


Ketua AMK Kedah Ditukarkan Kerja Serta Merta. Pemuda Dan AMK Kelantan Sambut Dengan Ceramah Perdana

Penjawat awam terus menjadi mangsa kerakuasan politik Bn ; Pemuda PAS Kelantan dan SAMM Kelantan rai pertukaran Cikgu Azman dari P.Pinang ke Kelantan

Penjawat awam terus menjadi mangsa kerakusan kuasa regim Bn. Bukan sedikit saban tahun penjawat awam diganggu tugasan mereka atas arahan politik. Bagi yang terus mempertahankan prinsip akan menjadi mangsa ditukar, dilambat kenaikan pangkat malah tidak kurang digantung dan di pecat.

Cikgu Azman Nasarudin seorang guru yg berdedikasi punya rekod perkhidmatan yang diakui baik oleh kementerian sendiri, malangnya secara tiba - tiba di pertengahan sesi persekolahan dia mendapat arahan pertukaran sekolah ke Gua Musang, Kelantan. Diyakini ini semua berlaku ekoran tindakan wujud beberapa aduan termasuk dari pihak Umno yang mengadu ke Kementerian ekoran beliau juga menjawat jawatan selaku Ketua AMK Negeri Kedah. 
 
Bukan baru tetapi sudah hampir dua penggal Cikgu Azman menjawat jawatan Ketua AMK Kedah dan sama sekali tidak pernah mengganggu tugasan beliau sebagai seorang pendidik. Namun baru - baru ini dia dipanggil mengadap wakil Kementerian Pelajaran untuk memberikan penjelasan khususnya berkenaan penglibatan beliau dalam bidang politik. 
 
Namun didepan wakil kementerian beliau tegaskan haknya untuk memilih parti untuk disokong selagi tugasan selaku pendidik tidak terganggu. Akhirnya beberapa hari lepas dia mendapat surat arahan bertukar ke Gua Musang. Punya anak yang bersekolah di Kedah dan isteri yang bertugas juga di Kedah maka tidak sempat menguruskan pertukaran, anak dan isteri terpaksa ditinggalkan dan beliau akan melaporkan diri di sekolah baru minggu hadapan (16 Oktober 2012). Semua ini boleh dielakkan jika Cikgu Azman bersetuju meletakkan jawatan selaku Ketua AMK Kedah dan duduk senyap. Namun demi amanah dan keinsafan untuk sama menyumbang menyelamatkan negara dia terus pertahankan prinsip.

Menghargai pengorbanan cikgu Azman dan juga sebagai tanda mengiktiraf ramai lagi kakitangan awam yang menjadi mangsa politik regim Bn maka Pemuda PAS Kelantan melalui Ust Fadli Shaari (Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri) dan SAMM Kelantan akan meraikan Cikgu Azman di Kelantan.

Semua dijemput hadir sama meraikan

Ceramah Umum
'pegawai kerajaan terus jadi mangsa Bn
Jom Rai Ket.AMK Kedah yg ditukar ke Kelantan'
15 Oktober 2012, 9 malam
bersama YB Takiyuddin, cheGuBard dan Cikgu Azman (ket.AMK Kedah)
Di Kg paya senang (belakang SIC) Kota Bharu

** sebelum itu Cikgu Azman akan 'mengadap' Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat selepas Zohur di Pejabat Menteri Besar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan