Cari Blog Ini

Isnin, 12 November 2012

Video : Warga emas mengamuk dalam ceramah Azmin Ali





Ceramah Jelajah Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali ke Negeri Johor di mana jadual program beliau singgah di Kampung Parit Lapis, Taman Nira, Batu Pahat. Kampung ini khabarnya merupakan kubu kuat Umno.

Apa yang ingin yang ingin dikongsikan di sini ialah, salah satu kejadian yang berjaya dirakamkan oleh lensa kamera di mana seorang warga emas penduduk tempatan mengamuk ketika Azmin Ali sedang memberikan ucapan.

Warga emas ini begitu emosional ketika Azmin menyentuh tentang isu Talam di mana berlaku pemberian berpuluh ribu ekar tanah oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan Mohamad Taib kepada tauke cina Tan Ah Chai dan melibatkan kerugian kepada kerajaan negeri apabila tauke cina itu tidak membayar premium.

Warga emas itu tiba-tiba tanpa dijangka meninggikan suara menyebut "Sama dengan Batu Pahat, penyangak semua di pejabat tanah!" sehinggakan Azmin terpaksa menenangkan beliau dan memintanya bersabar.

Namun beliau terus meninggikan suara lagi mendakwa dirinya juga merupakan salah seorang mangsa penipuan perihal tanah ini. Bagi menenangkan beliau Azmin terpaksa berseloroh dengan menawarkan microfon kepada warga emas itu.MiloSuam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan