Cari Blog Ini

Isnin, 24 September 2012

Mengapa Najib begitu bimbang Johor?


Mazlan Aliman
SEMALAM YAB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak datang ke Johor merasmikan Mesyuarat Agong bahagian2 sekitar Daerah Johor Baharu. Beliau mempertegaskan komitmen untuk mempertahankan Johor sebagai kubu terkuat Umno. Umno lahir di Johor, kata beliau.

Najib sempat memberi contoh kejayaan Kerajaan membangunkan Felda dan projek Petrokimia di Pengerang. Beliau membidas pembangkang yg kononnya mahu menjadi hero dalam isu FGVH.

Ucapan Najib disambut oleh YAB Dato' Abd Ghani Othman selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Johor. Beliau menceritakan sejarah kekuatan Umno dan lemahnya Pembangkang.

Saya akui memang Johor KUBU Umno/BN sudah sekian lama. Namun, adakah ia boleh bertahan buat selama2nya?

Hebatnya Kuasa pemerintahan Saddam Hussein, Hosni Mubarak, Muamar Gaddafi, Suharto dan Marcos; di mana mereka pada waktu ini?

Beberapa hari yang lalu, seorang pegawai Kedutaan Jepun, En Soegami bertemu saya dan pimpinan PAS Johor di Johor Baharu. Lebih sejam perbincangan. Menariknya, bila ditanya kenapa beliau bertemu kami pimpinan PAS.

Dia menyatakan bahawa banyak maklumat, analisis dan gambaran menyebut Johor dan Negeri Sembilan adalah antara negeri paling panas yg menjadi pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Berlatar belakang negeri yang penduduknya bercampur2, situasi kritikal pengundi Cina dan anjakan pengundi melayu dengan isu kos sara hidup, rasuah, isu FGVH dan projek RAPID Pengerang; Pakatan Rakyat punya potensi besar di Johor PRU 13.

Bagi saya biarlah Najib dan Ghani kekal dengan keangkuhannya. Kuasa pemerintahan adalah milik Allah. Turun naik, jatuh bangun sesebuah kerajaan; manusia tiada hak untuk tentukan. Meskipun Najib dan Ghani boleh kerah jentera kerajaan, arah polis, rasuah rakyat, upah samseng dan apa sahaja....kalau memang sudah sampai masanya BN Johor tumbang dlm PRU 13, apa jaminan Najib dan Ghani?

Bagi kita, Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik. Masanya sudah tiba bagi rakyat melakukan tranformasi terbesar utk mengubah kerajaan. Ia bukan mustahil bagi orang Johor!

Teringat kata2 YAB Tuan Guru Nik Aziz dlm satu majlis di Sg Benut Johor lebih 15 tahun dulu; 'Johor memang KUBU Umno tetapi yakinlah, suatu hari nanti akan menjadi KUBUR bagi Umno!'.....

Adakah PRU 13 ini, ungkapan Tok Guru Nik Aziz jadi kenyataan?

P/s perbincangan Mr Suegami dengan pimpinan PAS Johor, Hj Dzulkifly Ahmad, Hj Aminulhuda Hassan, Ghazaly Ayub dan Hj Nazari Mokhtar.

1 ulasan:

  1. HATI-HATI JALAN DIHADAPAN PENUH JERANGKAP SAMAR

    Jangan lah kita berjalan terlalu jauh tanpa melihat kebelakang dari tulisan sejarah yang tidak lagi boleh diubah …. sebenarnya yang paling memusuhi ISLAM di Malaysia hanya UMNO parti BANGSAT tinggalan penjajah BRITISH.

    Di Malaysia hanya UMNO yang sebenar-benarnya menentang hukum ALLAH dengan tindak tanduk nya dan keliatannya mengekalkan institusi ISLAM sperti peranan para MUFTI hanya sebagai badan pentadbir hukum hakam ISLAM berkaitan kahwin, mati, pembahgaian harta dan menjaga kumpulan agama yang dilabel sesat yang lebih berkepentingan untuk menjaga kedudukan UMNO sebagai pemerintah sekular di Malaysia. Ini adalah sebahagian polisi tinggalan BRITISH yang masih belum terungkai walaupun sudah menjangkau 55 tahun MERDEKA.

    Sejarah telah membuktikan UMNO lah yang menghilangkan tulisan JAWI, yang secara langsung menyebabkan orang MELAYU mulai lupa akan kepentingan huruf-huruf JAWI ARAB dalam memepelajari agama.

    Sejarah telah membuktikan UMNO lah yang bertanggung jawab menutup sekolah agama rakyat yang secara langsung menutup perkembangan ilmu fardhu ain di bumi Melayu, malang nya UMNO tidak bertindak sedemikian rupa terhadap sekolah-sekolah mubaligh Kristian.

    UMNO lah juga parti BANGSAT tinggalan penjajah yang masih memperluas penyebaran JUDI dan ARAK, dua senjata orang Kristian untuk menrosakan akhlak orang ISLAM dimana jua di dunia ini … sebagai senjata sulit Kristian menyekat perkembangan Islam dimana negara itu majoritinya orang Islam.

    Dan UMNO juga lah parti BANGSAT tinggalan BRITISH yang telah bertindak diluar batas tata susila ketamaddunan manusia yang waras dengan mengeluarkan perintah supaya MEMBUNUH orang ISLAM MELAYU dalam lakaran lipatan sejarah dalam peristiwa hitam PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI ORANG MELAYU di MEMALI. Tidak seperti di SELATAN THAI atau WILAYAH AUTONOMI MINDANAO dimana yang melakukan pembunuhan terhadap orang ISLAM adalah dari bangsa BUDDHA dan KRISTIAN, di Malaysia yang membunuh ORANG ISLAM adalah SYAITAN bertopengkan UMNO.

    UMNO sudah lama membohongi orang MELAYU dengan janji untuk menjadikan MALAYSIA sebuah negara ISLAM, sekarang ini tidak ada seorang PEMIMPIN UMNO yang berani bercakap atas tiket ISLAM kerana mereka adalah orang BANGSAT pengkhianat BANGSA dan AGAMA yang terlatih untuk patuh pada penjajah BRITISH walaupun dikatakan sudah 55tahun MERDEKA ….

    Bukti NAJIB juga adalah talibarut penjajah BRITISH adalah lawatan terakhir NAJIB ke BRITAIN yang sebenarnya adalah untuk mendapatkan WATIKAH pertabalan penjajah dalam satu upacara penuh istiadat pertabalan sebagai WAKIL penguasa BRITISH.

    Hati-hati, … UMNO tidak pernah segan silu untuk menjadikan orang MELAYU yang tidak berdosa sebagai korban bagi mengekalkan kedudukan mereka sebagai parti pemerintah …. skrip kejahatan UMNO sedang berjalan ketika ini dengan pelakun UTAMA anak-anak Melayu haramjadah yang menjadi anggota PERKASA dan PEKIDA yang telah dipilh KHAS sebagai pencetus perbalahan sesama MELAYU …. dan apabila berlaku keganasan antara MELAYU, UMNO akan turun dengan kekuatan angkatan TENTERA dan POLIS upahannya untuk menjadi PENYELAMAT, “atas nama menyelamatkan KENTENTERAMAN AWAM” – pencetus upahan ini sudah mula menyemarakan api kemarahan orang Melayu yang tidak berdosa dengan perintah melempar KEPALA BABI, melempar CAT, melempar BATU, melempar KASUT kedalam MASJID dan akan terus menerus melempar KATA NISTA mencaci dan mencerca sebagai umapan untuk menaikkan kemarahan ORANG MELAYU ISLAM

    Ini semua kerja KOTOR UMNO PARTI BANGSAT tinggalan BRITISH

    Hati-hati jangan termakan umpan pencetus kemarahan ORANG MELAYU

    BalasPadam