Cari Blog Ini

Ahad, 23 September 2012

Sekali lagi Mahathir pertikai Hukum Hudud..


Ketika beliau menjadi Perdana Menteri, Mahathir bukan sahaja pernah menghina Rasulullah S.A.W malah beliau juga mempersendakan hukum hudud..

Apa yang dia kata tentang Hudud dan Rasulullah S.A.W. sila baca di ( SINI ) dan di ( SINI )

Kini biarpun telah lama meninggalkan jawatan dan berusia 87 tahun, Mahathir sekali lagi mengulangi perbuatannya itu dengan jelas dan nyata.

Beliau menyatakan bahawa perlaksanaan hukum Hudud di negara ini akan mewujudkan sistem kehakiman yang tidak adil di negara ini.

Bercakap dalam forum Islam dan Kesihatan Wanita hari ini, beliau berkata hudud punya kelemahan dan ianya tidak sesuai untuk digunapakai di dalam negara kita yang punya berbilang bangsa ini kerana ianya hanya menghukum ummat Islam.

"Dalam hudud, jika anda mencuri tangan anda akan dipotong, tetapi hukuman itu hanya untuk orang yang berugama Islam sahaja tidak untukbukan Islam yang mencuri jumlah wang yang sama. Ini bukanlah satu perkara yang adil” katanya kepada hadirin semasa sessi soal jawab.

Beliau juga mempertikaikan perlaksanaan hukum Hudud terhadap pesalah rogol,di mana empat orang saksi dikehendaki untuk mensabitkan pelaku.

"Hari ini kita mempunyai alat moden yang setara DNA. Anda boleh mengumpul bukti rogol melalui mengumpul sampel DNA dan membandingkan mereka dengan pesalah.

"Sesungguhnya, kita boleh menerima keterangan mengikut keadaan walaupun tidak ada empat orang saksi.

"Dalam Islam, perkara yang paling penting adalah keadilan. Apabila anda menilai, anda mesti memastikan keadilan telah dilaksanakan . Jika anda menilai mengetahui dengan jelas bahawa ini adalah tidak adil, maka saya fikir ia adalah tidak islamik, "katanya.

Hmmm.. dulu semasa kempen PRU, Nenek saudara aku pernah menggunakan hukum hudud ini untuk menakut-nakutkan emak aku.. katanya “Kalau nak tengok habis tangan orang Islam kena potong.. Undilah PAS”

Nenek saudara aku masa tu Ketua Wanita UMNO kalau tak silap aku..

Emak aku menyampaikan perkara itu kepada aku.. aku pesan kat Mak aku.. “Mak tolong bagi tahu kat Tok Su tu.. kalau tak boleh terima hukum Allah baik pergi sembah berhala yang ada banyak di Perai tu....”

“Kita dijadikan oleh Allah.. jadi kenapa kita nak tolak hukum dari Allah yang telah mencipta kita, sebagai pencipta sudah tentu Allah S.W.T. lebih mengetahui dari kita..

Terkedu Mak aku dengar.. aku nak cakap panjang-panjang takut Mak aku pulak yang terasa masa tu.. he..he..

Kalau aku boleh bercakap dengan Mahathir.. ayat itulah yang akan keluar dari mulut aku kepada dia..
Dr M: Hudud law will create injustice

KUALA LUMPUR: Former prime minister Dr Mahathir Mohamad made his strongest ever objections on hudud law today, saying that its implementation will create an unjust judiciary system in Malaysia.

Speaking at the Islam and Women’s Health forum today, he said hudud with its shortcomings cannot fit into multi-racial countries like Malaysia, as it only punishes the Muslims.

“In hudud, if you steal, you can have your hand chopped off. But they want to chop off only Muslims’ hand, not the non-Muslim who steal same amount of money. Surely it’s not justice,” he told the audience during the question-and-answer session.

He also took a swipe at the hudud’s condition on rape offence, whereby four witnesses are required to convict a perpetrator.

“Today we have the modern equivalent tool of DNA. You can collect evidence of rape through collecting DNA samples and compare them with the offender.

“Surely, we can accept circumstantial evidence even if there are no four witnesses.

“In Islam, the most important thing is justice. When you judge, you must make sure justice has been served. If you judge knowing clearly that this is unjust, then I think it is un-Islamic,” he said.

Mahathir’ comment came amid repeated statements by PAS lately to implement the stringent law should it come into federal power.

Earlier, the longest-serving prime minister said that the hudud debate came about because certain individuals wanted to be stringent to show they are more “Islamic”.

“There is no mention in the Quran about stoning to death, or shooting with M16 gun, but this is regarded as the most appropriate [by some individuals].

“This shows we prefer the most extreme interpretation of Quran as against the norm of the day,” he said.
He urged Muslims to follow the Quran instead of the Sunnah or Hadith, which are merely “optional” interpretations of the Quran.

“In Islam, certain things are compulsory and certain [things] are optional; if we don’t accept the optional ones, that is not wrong for us,” he said ~ Free Malaysia Today

Jika Ngeh dikutuk habis-habisan oleh pencacai-pencacai UMNO kerana kenyataannya yang dikatakan menghina Islam .. adakah pemuda-pemuda UMNO yang mengadakan demo mengutuk Ngeh ketika PAS/PR mengadakan demo mengutuk US baru-baru ini berani mengadakan demo di hadapan rumah Mahathir yang jelas menghina hukum Allah ini?? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan