Cari Blog Ini

Sabtu, 22 September 2012

Kami akan kekal dalam PR, Pas jawab Khairy


Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas menolak desakan Umno sambil menegaskan pihaknya akan kekal dalam Pakatan Rakyat (PR), dan menerima permohonan maaf secara terbuka Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Hamberhubung ‘tweet’ yang dikeluarkan awal minggu ini.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas menerima langkah Koo Ham yang telahmemohon maaf atas kenyataan beliau.
Menurutnya, Pas tidak sebarang sebab dan alasan untuk meninggalkan PR memandangkan apa yang dikatakan oleh Koo Ham“lebih bersifat peribadi.”
“Bagi Pas, kenyataan Koo Ham itu pandangan peribadi beliau, Pas terima permohonan maaf daripada beliau yang dibuat secara terbuka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Semalam, Pemuda Umno yang mengadakan himpunan aman di  Masjid Jamek Kampung Barumendesak Pas keluar dari PR berikutan tindakan pemimpin DAP, salah satu parti dalam perikatan tersebut, yang disifatkan menghina agama Islam.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Pas gagal mendapat sokongan daripada sekutunya walaupun hanya dalam perkara asas iaitu agama.
“Saya amat kesal. Di mana pada satu keadaan agama kita dikecam, Nabi Muhammad dihina tetapi mereka (Pas) tidak mendapat sokongan daripada parti yang katanya rakan seperjuangan.
"Apa lagi nak tunggu? Bagi saya, itu adalah isyarat yang cukup jelas bahawa mereka (Pas) perlu tinggalkan parti pembangkang," tegas Khairy.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahimyang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, perhimpunan yang diadakan semalam tidak seharusnya diselitkan dengan isu-isu politik yang lari daripada tujuan asal iaitu untuk membantah filem dan karikatur menghina kesucian Islam.
Sementara itu, pendirian Pas untuk terus kekal berada dalam PR turut ditegaskan oleh Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
Katanya, PR yang mempunyai pemimpin yang berbeza kaum dan agamanya lebih terbuka dan menerima langkah yang diambil seperti perhimpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat (AS).
“Kami tak mahu layan suara suruh kita keluar PR… soal nak keluar PR, tak ada relevan pun.
“Semalam dalam perhimpunan di Kedutaan AS, Tian Chua dan N.Surendran (kedua-duanya Naib Presiden PKR) turut hadir, mereka lebih menerima dengan apa yang kita buat.
"Saya rasa dalam himpunan Pemuda Umno semalam tak ada kelibat MIC dan MCA," katanya.
Sehubungan itu, kedua-dua pemimpin Pas tersebut yakin perkara yang melibatkan pemimpin DAP itu tidak akan menjejaskan undi kepada PR pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan