Cari Blog Ini

Khamis, 20 September 2012

MENGEJUTKAN! Tiada Seorang Pun Pemimpin BN Berani Komen!




Dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud orang terkaya di Malaysia nampaknya tidak mengejutkan rakyat Sarawak.

Bagaimanapun, lebih mengejutkan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis dan pihak berkuasa lain didakwa tidak bertindak terhadapnya walaupun beberapa laporan rasuah, salah guna kuasa dan kronisme dibuat.

Ahli politik dan rakyat biasa yang diwawancara di Kuching sebelum ini berkata ramai orang sudah tahu bahawa Taib seorang yang kaya.

"Tetapi kami tidak tahu kekayaan sebenarnya kecuali SPRM, polis dan Perdana Menteri Najib Altantuya menjalankan siasatan," kata mereka. 

Ramai rakyat Sarawak mengetahui bahawa syarikat gergasi Cahaya Mata Sarawak (CMS) dan anak syarikatnya menjalankan banyak projek besar dan menguasai pengedaran simen untuk projek pembinaan, pembaikan jalan dan empangan.

Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak USD21 bilion (RM64 bilion). 

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak USD15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi bilionair Robert Kuok dengan USD12.5 bilion.

Usaha mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya.

Tiada seorang pun pemimpin BN juga mahu memberikan komen berhubung dakwaan itu setakat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan