Cari Blog Ini

Selasa, 25 September 2012

Syabas Universiti Malaya, Pro M menang bergaya


Pro-M berjaya pertahan 'kubu kuat'

Seperti yang dijangka, kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya mempertahankan kubu kuat mereka selepas menang dalam pilihan raya kampus itu lewat petang ini.

Di Universiti Malaya (UM), pro-M berjaya mempertahankan kemenangan apabila menang 22 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.

Mereka menang enam kerusi umum dan 16 kerusi fakulti. Sementara lawan mereka, Penggerak Mahasiswa memenangi 17 kerusi manakala bebas menang dua kerusi.

Tahun ini, kampus tersebut mempertaruhkan sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti.

Dalam pilihan raya lalu, pro-M menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di kampus perdana itu.- Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan