Cari Blog Ini

Isnin, 24 September 2012

Mengenal Manusia yang pernah digelar MAHAFIRAUN....



Manusia ini pernah digelar MAHAFIRAUN. Tepat sekali gelaran itu terhadapnya. Kini beliau mengaku Partinya adalah ibarat SYAITAN di mana beliau telah menjadi Penghulunya selama 22 tahun.

Orangyang mengaku dirinya Melayu yang berasal dari Kerala ini amat licik serta penuh dengan tipu muslihat serta bijak memutar belit. Beliau amat berkesan dalam mempengaruhi minda orang-orang Melayu dari mazhab UMNO. Bila perlu beliau akan berpura-pura menangis air mata buaya di atas nasib bangsa Melayu. Ketika lain mula beliau menempelak dan menghina kebodohan orang Melayu. Bila rasa diri dibenci,beliau berpura-pura merajuk....lantas orang-orang di sekeliling yang terpedaya berlumba-lumba ke penas mencium tangannya, sampai ada tumit kasut yang patah.

Mahathir menyatakan kesedihan tentang orang Melayu yang MUDAH LUPA katanya diselangi berbagai kutukan lagi....lebih menghairankan seluruh orang Melayu yang ada di dewan perdana PWTC termakan helah Si Kitul lalu bersama-sama menangis dan bersedih......alahai! Mamak tu kutuk Melayu wooiii!

Bayangkanlah jika Ling Leong Sik yang mengetuai orang-orang China di ketika itu menyebut di dalam perhimpunan mereka dengan kata kata...... China Suka Menipu atau mengungkap sajak tentang perangai buruk orang-orang China. Barangkali berterbangan kerusi meja menghentam beliau. Hanya bangsa Melayu UMNO saja yang boleh diperbodohkan manusia keturunan mamak!

Semasa berkuasa, Mahathir memberikan teraju utama dipegang oleh keturunan Mamak, tak cukup jari kaki dan tangan jika hendak diberi contoh. Ini adalah kerana jauh dilubuk hatinya Mahathir amat meragui kebolehan anak bangsa Melayu jati.

Walaupun Mahathir banyak kali mengatakan orang-orang Melayu sukar untuk berubah, beliau sebenarnya tidak berniat pun supaya orang Melayu berubah menjadi pandai dan berfikiran bebas. Kerana jika ini terjadi, sukarlah beliau menjajah fikiran orang-orang Melayu.

Mahathir juga tidak mahu orang kanan beliau terdiri dari mereka yang mempunyai "independent mind". Hanya orang lurus bendul atau kurang berpengaruh dijadikan timbalan. Kerana itu pengaruh Tengku Razali dikurangkan dengan melaga-lagakan beliau dengan Musa Hitam. Akhirnya Musa Hitam sendiri dikorbankan. Ghafar Baba langsung tidak mengancam Mahathir, hadirnya di situ adalah sebagai barang gantian tatkala UMNO di ambang persengketaan. Bila Anwar menunjukkan tanda-tanda mahu menderhaka, Mahathir pantas menghancurkan musuhnya itu denga pelbagai strategi kotor.......

Kia tunggu dan lihat apa helahnya esok......Sepandai-pandai Mamak Menipu akan terkantoi juga akhirnya dengan kuasa ALLAH

Asrul Sani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan