Cari Blog Ini

Sabtu, 22 September 2012

Jangan sampai Umno tiduri isteri anda!


Revolusi Mental Orang Melayu

Orang Melayu mesti buang dan singkirkan pemikiran ini. Yakni, jangan fikir bahawa masa depan kita, kemakmuran kita hanya UMNO boleh buat. Orang Melayu bukan-UMNO pun boleh buat lagi baik.

Yang pegang tampuk kuasa tidak boleh lama mengelak daripada melakukan apa yang dikehendaki oleh majoriti. Orang Melayu majoriti, kan? You cant dismiss the majority

Lim Guang Eng, KM Pulau Pinang. Dalam mengurus negeri tersebut, dia tak mampu mengetepikan kehendak orang Melayu di sana. Dia tahu realiti politik Malaysia. Pengajarannya ialah, sesiapa pun yang memerintah, kalau dia peka dan akur kepada kehendak majoriti, akan selamat.

Orang Melayu mesti bersatu. Tapi bukanlah bersatu di bawah UMNO. Bersatulah dalam fikiran bahawa melalui bertindak seirama dan senada, merekalah yang ada kuasa dan daulat untuk menentukan bagaimana negara ini ditadbir. Kita mungkin ada kerajaan PR yang memerintah- tapi selagi orang Melayu bertindak secara kolektif, kerajaan PR pun tidak boleh lakukan selain daripada apa yang dikehendaki oleh bangsa Melayu. Itulah hakikatnya.
Bersatulah orang Melayu tapi tidaklah ia bermaksud bersatu di bawah UMNO. Kita mesti ingat pengorbadanan orang-orang terdahulu, tapi janganlah kita ingat yang berkorban dahulu-dahulu hanya orang UMNO.

Masalah UMNO sekarang ialah ia gagal memncerminkan kehendak majoriti dalam pemimpinnya, dalam kepimpinan mereka, dalam dasar dan wawasan mereka dan dalam mutu penyokong dan ahli mereka. Adakah majoriti Melalu biadab dan kebiadaman mereka diwakili oleh pembaling batu dan cat merah ke arah kenderaan Anwar Ibrahim. Yang tonggeng bontot di depan rumah Ambiga- adakah mereka mewakili kebiadaban orang Melayu?

Hidup dan mati kita bukan disebabkan UMNO. Kalau orang Melayu yang beragama Islam berfikiran bahawa semuanya kerana dan untuk UMNO, itu sudah kufur. Jadi, hapuskanlah pemikiran bahawa HANYA UMNO mampu berkhidmat kepada orang Melayu. Kita biarkan orang UMNO jadi lembu, majoriti kita orang Melayu bukan sahaja tidak mahu jadi lembu tapi juga tidak rela dilembukan!

Kalau kita berkehendakkan sangat supaya orang Melayu jadi ketua, kita pilih orang Melayu. Antara calon MCA dan calon Melayu bukan-UMNO bertanding, pilih orang Melayu. Kalau Melayu DAP lawan Cina MCA, pilih Melayu DAP. Kalau Melayu PAS lawan Melayu UMNO, pilih yang terbaik di antara mereka. Jangan pilih Melayu UMNO kerana kita tahu dia penyangak dan gangster dan kaki sapu duit.

Orang Melayu tidak ikat janji dengan UMNO. Jadi relakslah. Kita tak ikrar, sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup ku dan mati ku kerana UMNO pemerintah alam kan? Tak kiamat dan tidak kafir kita kalau singkirkan UMNO.

Najib kata kalau UMNO kalah, masa depan orang Melayu akan muram. Ek betul dia dan UMNO. Macamlah dia dan UMNO sahaja yang boleh menjaga kebajikan orang Melayu.

Sebuah kerajaan yang majoritinya Melayu pun boleh buat lebih baik dari UMNO. Penjagaan dan perlindungan kebajikan dan kepentingan orang Melayu tidak bersyaratkan UMNO sahaja yang boleh lakukan. UMNO dah perintah sejak tahun 1955 dan semenjak merdeka iaitu selama 55 tahun.

UMNO dapat masa tersebut dan masih gagal nak lakukan yang sepatutnya dilakukan. Itu sudah bukti kuat, UMNO tidak mampu lakukan apa yang mereka janji. Sudah tiba masa nya, kita tendang UMNO keluar dan gantikan dengan kerajaan PR di mana majoriti pemimpinnya tetap juga Melayu.

Apa yang kita lihat pada UMNO? Kita lihat bahawa setiap pemimpin UMNO melihat kedudukan dan jawatan yang mereka dapat sebagai punca mencari rezeki dan kekayaan. UMNO penuh dengan pemimpin yang rasuah. Tak masuk akal seorang naib presiden UMNO boleh beri isteri muda RM200 ribu dan RM 1 juta seminggu!

Tak masuk akal pemimpin UMNO dengan gaji menterinya boleh memiliki lebih daripada 12 buak kereta mewah. Kita tak boleh terima Noh Omar bekalkan benih padi melalui syarikat proxynya. Semua menteri UMNO korap dan rasuah. Mukhriz dan Mustapa Mohamad dikatakan telah mengagihkan 100 juta saham FGV antara mereka berdua. Orang Melayu peneroka Felda yang berjumlah 112, 000 orang hanya dapat 800 unit saham seorang. (M@RHAEN: Sengaja tidak dicukupkan 1,000 unit untuk satu lot saham pemilikan peneroka. Ketika saham rugi pun, peneroka tak boleh jual, ketika saham untung pun mereka tak boleh jual, sebab tak cukup satu lot!)

Janganlah orang Melayu menerima amalan rasuah sebagai suatu kebiasaan. Punah orang Melayu. Jangan kita biarkan UMNO melakukan sesuka hati atas nama bangsa kita. Jika tidak,akan tiba suatu hari nanti, kita merelakan pemimpin UMNO masuk ke dalam rumah kita meniduri isteri dan anak kita. Tapi oleh sebab kita membiasakan diri kepada kemungkaran, kita kata ok sebab pelakunya bangsa Melayu yang buat perkara itu atas nama bangsa Melayu!. Hidup Melayu jerit kita.

UMNO tidak lagi melihat kuasa dan kedudukan sebagai wadah untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita tidak mahu lagi pemikiran demikian pada pemimpin kita. Dan kita ada kuasa memilih. Kalau kita pilih UMNO, maka kita akan pilih mereka yang akan mengayakan diri mereka dan mengetepikan khidmat kepada rakyat.

Melayu tetap Melayu dan tetap beragama Islam walaupun mereka bukan berada dalam UMNO. Perkara ini kita kena sedar. Orang Melayu dalam PAS tetap Melayu. Orang Melayu dalam PKR tetap Melayu. Orang Melayu dalam DAP pun tetap Melayu.

Melayu mereka tidak kurang dari Melayunya UMNO dan tidakkah kita bongkak dan angkuh kalau berfikiran bahawa pemikiran mengenai soal-soal Melayu orang UMNO lebih tinggi darjatnya dari pemikiran soal-soal Melayu mereka yang ada di luar UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan