Cari Blog Ini

Ahad, 30 September 2012

Status Terkini Projek Lebuhraya Rakyat Negeri Kelantan



Kebanyakan Tuan-tuan tanah telah bersetuju untuk menukar tanah masing2 dengan Tanah-tanah Kerajaan di beberapa lokasi yang nilainya sama dengan nilai Tanah kepunyaan mereka setelah dibuat penilaian.
Dengan cara ini Kerajaan Negeri telah dapat mengurangkan banyak kos dari segi Kewangan. Untuk pembinaan pula, Pihak Consultant telah menasihatkan supaya kerja-kerja Pembinaan tidak dimulakan dalam masa terdekat memandangkan sudah masuk Musim Tengkujuh di Pantai Timur.
Sekiranya diteruskan juga akan mengakibatkan banyak masalah iaitu hakisan & pelbagai kesulitan dikawasan-kawasan sekitar pembinaan hasil dari Hujan & kemungkinan limpahan selut akibat Hujan Lebat.

Pihak Consultant telah mencadangkan supaya kerja-kerja pembinaan dimulakan selepas tamat Musim Tengkujuh iaitu awal tahun depan (2013) bagi melancarkan kerja-kerja tanpa gangguan Musim Tengkujuh.

Dijangkakan, Lebuhraya Rakyat akan selesai pembinaannya dalam tempoh 18 - 24 bulan dari tempoh mula pembinaan.

Jumlah Sumbangan & Wakaf yang telah diterima dari Pelbagai Pihak setakat ini keseluruhannya berjumlah lebih kurang RM1.4juta (tidak termasuk jumlah Sumbangan & Wakaf yang diterima ketika Hari pelancaran).

Jazakallah..
Haji Husam Musa
29 September 2012

1 ulasan:

  1. Kedengaran ada usaha untuk mencari satu makanisme mencari pelabur-pelabur yang sanggup melabur bagi menjayakan usaha membina lebuhraya rakyat...maca mana cara untuk membayar balik keuntungan pelabur-pelabur tersebut...? Adakah cara lain untuk menyelesaikan perkara ini. Setiap pelaburan mesti ada keuntungan....Ada kedengaran usaha untuk menjual tanah seluar 500 ekar diGua Musang adakah ianya bertujuan untuk mencari dana bagi membiayai kos projek tersebut...?

    BalasPadam