Cari Blog Ini

Sabtu, 22 September 2012

PANAS! Mengapa Bapa Mertua Juliana Banos 'Hentam' Rafizi Ramli?


Isu AP: Rafizi mengarut untung jual kereta import RM60,000











Kelembapan ekonomi dunia dan permintaan pembelian kereta import berkurang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, memberi kesan kepada pemegang permit import (AP).

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mutiara Motors Sdn Bhd, Ahmad Kemin menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa syarikat menjual kereta import dengan senang memperoleh untung sehingga RM60,000 untuk sebuah kenderaan.

“Mana untungnya RM60,000. Perkara ini tidak logik. Dengan keadaan sekarang, kami penjual kereta import dalam keadaan yang tenat.

“Jika dikira, sebuah kereta untung RM24,000, namun ia perlu ditolak bagi bayaran AP sebanyak RM10,000. Ini tidak termasuk kos baik pulih dan cat, untung (yang dapat) tidak seberapa pun,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad yang telah 30 tahun menceburi bidang perniagaan kereta menasihatkan Rafizi supaya membuat kajian dahulu sebelum beri kenyataan mengenai cadangan yang dikemukakannya untuk sistem pembidaan AP bagi menggantikan pemberian AP.

Katanya, syarikat pengimport kereta luar memerlukan modal untuk menyediakan bilik pameran, pejabat dan menguruskan lebih 200 kakitangan serta kos lain.

“Sebuah kereta laku pada  bulan tertentu, pastinya tidak cukup untuk menyelesaikan ‘overhead cost’.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menunda kenaikan cukai sehingga Disember ini. Ia amat membantu kami,” katanya.

Beliau berkata, bagi tahun ini, syarikatnya hanya menjual 30 peratus daripada kuota yang diterimanya.

Beliau juga mahu kerajaan memastikan syarikat yang benar-benar menjalankan perniagaan kereta import dengan betul terus diberi AP dan berharap pemberian AP diteruskan, bukan tamat pada 2015 seperti dicadang sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan