Cari Blog Ini

Isnin, 1 Oktober 2012

Jangan gelak la woii, Pak Nan tengah serius neh...


Saya tak main-main - Adnan Yaakob

KUANTAN - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau serius untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah ke Selangor seperti yang ditegaskan Ahad lalu, sekiranya kerajaan negeri itu tetap tidak mahu membenarkan pembinaan LojiRawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan.

Untuk tujuan itu, tegas beliau, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Mat Zara‘ai Alias telah diarahkan untuk meneliti perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua kerajaan negeri pada 2007.


‘‘Saya tak main-main, sebagai kerajaan bila kata nak kaji, kita akan kaji. Saya pun ada sebab tersendiri untuk bercakap macam itu (kaji perjanjian). Kalau betul kerajaan Selangor tak mahu, terma perjanjian ada sebut ia boleh dibatalkan jika ada persetujuan bersama.- Utusan

P/S: Masaalahnya Pak Nan oiii, ada Selangor kisah?

Kahkahkah...


******************************

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor menyambut baik pembatalan perjanjian bekalan air mentah ke Selangor yang mungkin dilakukan oleh kerajaan negeri Pahang terhadap Selangor.

Berkata demikian, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar yang menyarankan supaya pengesahan mengenai perkara itu dibuat secara rasmi jika hasrat itu ingin diteruskan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Memetik kenyataan yang dibuat di TV Selangor, Dr Xavier berkata dengan pembatalan perjanjian bekalan air mentah ke Selangor, kerajaan negeri Selangor tidak perlu membayar royalti air mentah sebanyak RM60 juta setahun kepada kerajaan negeri Pahang.
"Kalau dia (Adnan) dah cakap macam itu, lebih baik dia tulis 'black and white' kepada kita. 
"Selangor memang gembira sebab kita tidak perlu membayar RM60 juta setahun kepada dia dan dia boleh jawab kepada perjanjian-perjanjian yang dia (Adnan) sudah buat," beliau dipetik sebagai berkata.
Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Sri Andalas ini berkata kerajaan negeri Pahang tidak boleh hanya bercakap tanpa menunjukkan hasil yang ingin diputuskan.
"Ini semua ada perjanjian, dia kena tulis kepada kita," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Adnan yang mungkin akan membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke Selangor jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak membenarkan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) diteruskan.

Perjanjian tersebut sebelum ini ditandatangani antara kerajaan negeri Pahang dan Selangor yang ketika itu diwakili Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo pada kadar harga 10 sen bagi setiap meter padu dengan kuantiti 1.6 juta meter padu sehari.

Adnan berkata jika kerajaan negeri Selangor tidak meneruskan Projek Langat 2 pada masa sekarang dan ingin menyambungnya pada masa hadapan, harganya akan dinaikkan kepada RM1 bagi setiap meter padu.- SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan