Panas: Seperti Di Jangka, Rayuan Dua Bekas UTK Bunuh Altantunya Di Dengar Lepas PRU-13
PUTRAJAYA, 14 Dis - Mahkamah Rayuan menetapkan tiga hari mulai 11 Jun tahun depan untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Timbalan Pendaftar Darma Fikri Abu Adam memaklumkan tarikh itu kepada Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup, peguam Kitson Foong yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dan peguam J.Kuldeep Kumar bagi pihak Cif Inspektor Azilah Hadri.
Kitson kemudian memberitahu pemberita perayu memohon diberi tempoh yang panjang untuk meneliti dokumen dan Sirul Azhar akan membangkitkan lebih daripada 20 isu semasa rayuan. Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alampada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia itu bagaimanapun dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas pendakwaan gagal membukti kes prima facie terhadapnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan