Cari Blog Ini

Sabtu, 1 Disember 2012

NAJIB lebih lemah dari PAK LAH rupa-rupanya..!!


PAU 2012 membuktikan Najib lebih lemah dari Pak Lah

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf sebanyak 3 kali kepada rakyat 'atas kekhilafan kerajaan' menggambarkan beliau lebih teruk 'gagal' berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Abdullah Ahmad Badawi.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin permohonan Najib itu kerana kegagalannya mengurus tadbir negara dengan baik.
"Najib sedar beliau tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik untuk mengangkat negara ke arah yang lebih baik.
"Dan ini menunjukan beliau rasa beliau lagi gagal dari Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi)," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Sebelum ini, pada Mac lalu ketika satu majlis di Baling Kedah, Najib juga pernah membuat rayuan momohon maaf kepada rakyat negeri itu atas kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak di negeri itu.
Dalam satu majlis di Pelabuhan Kelang dua minggu sebelum itu, Najib juga memohon maaf dan mengakui bahawa BN ada melakukan beberapa kesilapan di negeri Selangor sehingga mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.
Mengulas lanjut, Salahuddin juga berkata, rakyat boleh memaafkan Umno BN atas kegagalan mereka namun tidak bermaksud rakyat akan terus memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Mungkin rakyat boleh memaafkan Umno BN tapi tidak bermaksud rakyat akan terus memberi peluang kepda mereka. Memaafkan dan terus memilih dua perkara berbeza," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Justeru katanya, tiada masalah bagi rakyat memaafkan Umno BN tapi jangan sampai memberi peluang kepada parti yang terbukti gagal.
"Memaafkan itu boleh tapi pastikan rakyat tidak memilih parti yang gagal lagi dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Najib dalam ucapan dasarnya dilaporkan sebagai berkata,"bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan"
 
p/s : Kalau dah tau buat salah, undur jer la macam yang diamalkan oleh negara Jepun. Bukan dah banyak buat salah tapi tetap nak kekalkan kuasa lagi. Yang tu hipokrit namanya.
Kalau dalam PRU13 nanti tetap Umno/BN yang berkuasa, maka makin banyak kesalahan dan kesilapan yang akan di lakukan kerana ego makin menebal kerana dah ternyata buat kesilapan pun masih di terima oleh rakyat.
Lastly, jangan ingat rakyat bodoh dan mudah melupakan segala kesilapan dan kesalahan yang di lakukan oleh Umno/BN yang semakin membebankan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan