Cari Blog Ini

Selasa, 11 Disember 2012

DBKL Menganas lagi!! Datuk Yahya Sulung & Isteri Diarahkan Keluar Rumah..



Biarpun memiliki gelaran 'Datuk' satu gelaran yang diimpikan oleh kebanyakkan ahli-ahli politik terutamanya dari PKR.. 

Tanpa wang untuk membeli kuasa dan tanpa kuasa untuk menjana kewangan inilah jadinya.. tiada penghormatan untuk dirinya.. meskipun beliau mempunyai gelaran 'Datuk'..

Dalam masa yang sama ini juga adalah bukti kejayaan pemimpin UMNO/BN dalam memperjuangkan nasib Melayu setelah lebih dari 50 tahun berkuasa..

Yang bertambah kaya pemimpin UMNO dan Kroninya.. yang bertambah miskin papa kedana golongan marhaen yang kononnya nasib mereka diperjuangkan oleh pemimpin UMNO..

Negara kaya raya.. tapi rakyat papa kedana... HIDUP MELAYU!!! 
Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800. Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.

"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Alisah memberitahu dia kini menghidap kanser paru-paru. Alisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.

Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.

Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.

“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Zed Zaidi

"Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.

Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.

~ mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan