Akhbar yang disanjung dan dipuja oleh orang melayu Umno kini boleh aku kategorikan sebagai akhbar sampah dan selayak di buang ke dalam tandas taik.....
Akhbar yang lari jauh dari etika penulisan dan kewartawanan . Akhbar yang penuh dengan isu politik kotor dengan memutar belit fakta semasa.Akhbar ini sepatutnya menjadi wadah bagi pencerahan minda dan santapan rohani pada rakyat dengan isu isu semasa tetapi ia bertukar sebaliknya. Akhbar ini menjadi agenda politik kotor dengan isi cerita menjilat tuannya dan melepar fitnah terhadap musuh politik tuan nya.
Sepatutnya Utusan adalah akhbar milik orang ramai[rakyat] maka tidak sepatutnya akhbar ini menerbit kan isu politik yang ketelaluan mirip akhbar Harakah , Rocket atau Suara Keadilan milik PKR.
Umno sepatutnya tidak berselindung dibelakang akhbar harian ini atau memperkudakan Utusan demi politik kotornya. seharusnya Umno mempunyai satu akhbar khas untuk bersaing dalam menyampaikan isu politik kepada rakyat seperti harakah atau sebagainya.
Yang lebih jeliknya muktahir ini Utusan suka mengkiblat kepada blog blog tertentu dengan mengambil isi cerita untuk di muatkan kedalam akhbar hariannya,dengan tanpa usul periksa akan cerita dan kesahihan bahan cerita ia terus dimuat turun dan paparkan utuk bahan cetakan.
Maka bila fakta dan penulisan itu tidak tepat maka terjadilah unsur usur fitnah yang mengakibatkan diheret ke Mahkamah dan akibatnya mereka didenda kerana ada unsur fitnah disitu.
Cerita Akhbar Utusan disaman bukan sekali tetapi telah banyak kali. Banyak kali akhbar ini tewas didalam kes fitnah di Mahkamah dan hari ini akhbar ini sekali lagi bersalah bila isu dan cerita yang di siarkan pada dada akhbar utusan ada unsur fitnah yang mengakibat utusan kena denda lagi .Utusan hari ini diperentah membayar saman oleh mahkamah kerana didapati bersalah kerana memfitnah Karpal Singh. ha ha padan muka..
Yang pelik Akhbar ini tak serik serik.......
Akhbar ini dengan gah akan meneruskan tradisi memecah belah pembacanya dengan cerita fitnah. Walau banyak kali didenda dengan wang ringgit dan jualan akhbar yang merosot utusan tetap berdiri megah tanpa takut akan gulung tikar atau bangkrap.
Ini kerana di belakang Utusan itu ada satu parti melayu yang menjadi tuannya sangat kaya dan
dan berkuasa akan tampil membela membela akhbar ini.
Saya percaya walau hari ini Utusan didenda tetapi itu tidak menghalang akhbar ini dari menyiarkan isu yang berunsur fitnah demi menjaga kuasa ketuanan bosnya.
Maka slogan dulu kini dan selamanya akan di guna pakai oleh Utusan untuk menabur fitnah dengan menulis cerita dengan harapan untuk memecah belah pemikiran rakyat agar Umno akan kekal berkuasa selama lamanya.
Umno punya falsafah biar rakyat bodoh, bila rakyat bangang maka mudah untuk Umno mengekalkan kuasanya dengan rakusnya........
hiasan
***************************************
Petikan dari msia kini
Fitnah: Utusan diperintah bayar Karpal RM50,000
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mendapati akhbar Utusan Malaysia milik Umno bersalah memfitnah Karpal Singh dan diperintah membayar gantirugi dan kos sebanyak RM70,000 kepada pengerusi DAP itu.
Ia berhubung penyiaran satu tulisan dan akhbar itu empat tahun lalu melibatkan satu acara pada malam sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Satu bahagian dalam tulisan berkenaan dipetik sebagai kenyataan Karpal walaupun peguam itu tidak hadir di acara tersebut.
Penulisnya, Zulkifli Jalil yang kini merupakan pengarang berita akhbar tersebut, membuat permohonan maaf secara terbuka ketika memberi keterangan dalam kes tersebut awal tahun ini.
Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan bahawa permohonan maaf semata-mata tidak membebaskan Utusan daripada kesalahan fitnah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan